Ilmu: Teras Persuratan Melayu

Disunting oleh UNGKU MAIMUNAH MOHD. TAHIR

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2016)
407 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM40.00

In stock

Ilmu: Teras Persuratan Melayu membicarakan perihal ilmu daripada perspektif Islam, Barat dan Melayu, serta memberi gambaran menyeluruh tentang ilmu daripada ketiga-tiga perspektif tersebut dan kesannya ke atas sastera Melayu. Secara keseluruhan, beberapa perkara penting seperti soal sumber ilmu, tafsirannya, kedudukannya dalam tulisan kreatif dan kritikan, cara berurusan dengan sumber Islami dan bukan Islami serta paparannya dalam karya kreatif dan kritikan dibincangkan. Perbincangan yang diutarakan begitu jelas dan relevan bagi konteks sastera Melayu dewasa ini yang banyak menerapkan idea, konsep dan teori Barat pada satu pihak, sementara pada pihak yang lain pula menggunakan bahan Islami seperti al-Qur’an dan Hadith guna memberi nuansa agama Islam kepada tulisan yang dihasilkan. Buku ini memperlihatkan dengan jelas sejauh mana tafsiran dan konsep ilmu yang mendasari sumber Islami dan bukan Islami ini telah ditangani dalam karya kreatif dan kritikan Melayu—sama ada dengan kewaspadaan atau sebaliknya.

Perbincangan tentang ilmu dan sastera terutama dalam konteks sastera Melayu jelas memperlihatkan kekeliruan yang amat nyata dalam kalangan penulis, penilai, sarjana dan pembaca. Hal ini terbit daripada perspektif yang berbeza yang menjadi titik tolak kegiatan menulis menurut Islam, Barat dan Melayu. Sementara Islam menekankan peri pentingnya ilmu dan wajarnya penulisan (kreatif dan kritikan) dijadikan wadah sah untuk menyampaikan ilmu, Barat pula mempertahankan hak sastera untuk tidak dibebankan dengan truth function. Perspektif Melayu yang telah diasuh dan diwariskan dengan pandangan Islam mengetepikan warisan tersebut untuk menjadikan pendirian Barat sebagai pendirian pilihannya, dengan itu memperkenankan seluruh pekerjaan kalamnya termasuk keyakinan, pandang hidup, nilai dan identitinya diletakkan di bawah hegemoni tradisi asing. Sastera Melayu yang membanggakan dirinya dengan para penulis yang tersohor dan berwibawa tidak sewajarnya membiarkan situasi kebergantungan ini berlarutan.

Sementelahan, keadaan kebergantungan ini telah pun diakui, tidak direlakan dan digesa agar dikesampingkan untuk diganti dengan tatacara kita sendiri, hatta pengakuan tersebut rata-rata tinggal sebagai retorik halwa telinga. Justeru, apabila sudah adanya usaha ikhlas ke arah itu, yang sudah pula terbukti keberkesanannya, maka sewajarnya ia diraikan, dan sama-sama terus diperhalusi dan dimantapkan sebagai tradisi seempunya yang boleh dibanggakan. Sesungguhnya, hanya dengan cara tersebut sahaja sastera Melayu mampu mara dengan keyakinan bahawa ia telah benar-benar melepaskan kebergantungannya kepada teori, idea dan hegemoni tradisi asing, dan kini mengorak langkah untuk menyerlahkan pendirian dan identitinya, hasil kebijaksanaan pengarangnya sendiri yang berakar umbi di tanah leluhur ini.

Prakata

1. Ilmu dan Sastera: Perspektif Islam, Barat dan Melayu
Ungku Maimunah Mohd. Tahir

2. Sejarah Tradisi Sastera Arab dan Islam: Fokus kepada Sastera Sebagai Sumber Ilmu
Rahmah Ahmad Osman

3. al-Qur’an, Ilmu, Disiplin Islami dan Sastera
Zulkarnain Mohamed

4. Takrif dan Pemahaman “Ilmu” dalam Tradisi Sastera Barat
Ungku Maimunah Mohd. Tahir

5. Mengembalikan Peranan Ilmu yang Benar dalam Persuratan Melayu
Mohd. Affandi Hassan

Rujukan
Biodata Pemakalah
Indeks

Weight0.595 kg
Dimensions22.8 × 15.1 × 2 cm
Author(s)

, , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.