Sastera Melayu Islam: Konsep, Teori dan Aplikasi

SAMSINA ABD. RAHMAN adalah Pensyarah Kanan di Universiti Putra Malaysia, dalam bidang pengajian Kesusasteraan Melayu khususnya Puisi Melayu dan Kesusasteraan Melayu Islam (Tasawuuf).

DBP (Cetakan Pertama, 2021)
566 halaman termasuk Indeks

RM50.00

Only 1 left in stock

Sastera Melayu Islam: Konsep, Teori dan Aplikasi memuatkan perbincangan merangkumi sejarah, perkembangan, analisis, bentuk dan kandungan teks sastera Islam, yang disertakan dengan contoh karya daripada penulis terpilih dan disokong dengan teori sastera tempatan. Buku ini turut menyampaikan aspek penting berkaitan Islam, iaitu akidah, tauhid, syariat dan amal ibadah serta tasawuf yang terdapat dalam karya kesusasteraan Melayu, khususnya genre puisi. Melalui buku ini, pembaca dipaparkan dengan kajian kes yang melibatkan kajian teks bukan sahaja dari Malaysia tetapi Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam. Rangkuman analisis karya dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam dapat meluaskan skop pasaran sekali gus menjadikan buku ini sebagai dokumentasi yang berguna untuk rujukan dan penyelidikan pada masa yang akan datang.

Kelahiran teori kritikan sastera daripada perspektif Melayu dan Islam di Malaysia pada tahun 1980-an disebabkan para sarjana Melayu berpendapat wujudnya kelemahan dan kekurangan dalam teori dan pengkaedahan kritikan Barat, di samping ketidaksesuaiannya dalam mengkaji, meneliti dan menganalisis teks karya sastera Melayu. Menurut para sarjana Melayu seperti Hashim Awang, Ismail Hussein dan Mana Sikana, sastera Melayu yang memiliki ciri-ciri keunikan dan kesignifikannya yang tersendiri memerlukan pengkaedahan yang tersendiri pula sesuai dengan corak, bentuk dan latar belakang pertumbuhan serta perkembangannya. Kelemahan dan kekurangan teori dan pengkaedahan kritikan Barat yang bersifat berat sebelah, tidak menyeluruh dan statik serta abstrak menimbulkan kekecewaan dan ketidakpuasan hati dalam kalangan para sarjana Melayu apabila digunakan dalam pengkajian sastera Melayu khususnya sastera tradisional.

Oleh itu, beberapa usaha telah difikirkan dan dilaksanakan demi membentuk suatu pengkaedahan yang bersifat asli dan tempatan dengan mengutarakan nilai keperibadian Melayu yang indah, kreatif dan padat dengan falsafah pemikirannya. Sebagai hasilnya telah lahir sebuah buku kritikan sastera oleh Mana Sikana dengan judul Kritikan Sastera: Pendekatan dan Kaedah pada tahun 1986. Seterusnya pada November 1989, iaitu dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu kali kedua yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor telah diperkenalkan satu pendekatan yang dikenali sebagai Pengkaedahan Melayu untuk digunakan dalam menganalisis karya sastera Melayu sama ada yang tradisional mahupun yang moden. Pendekatan ini telah diperkenalkan oleh Hashim Awang dari Universiti Malaya.

Pengkaedahan Melayu ini dikemukakan dengan berdasarkan cara dan sikap hidup, kepercayaan dan kebudayaan masyarakat setempat, iaitu masyarakat Melayu yang melahirkan karya sasteranya sendiri. Pengkaedahan Melayu ini dibahagikan kepada dua, iaitu Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan. Kedua-duanya menurut Hashim Awang adalah saling berkaitan dan tidak terpisah antara satu dengan yang lain.

Prakata

BAB 1 Definisi dan Konsep Kesusasteraan Islam
BAB 2 Tasawuf dalam Puisi Melayu Moden
BAB 3 Tasawuf Falsafah dalam Puisi Melayu Moden Indonesia
BAB 4 Tasawuf dalam Kumpulan Puisi Taman Takwa
BAB 5 Jalan Menuju Keredaan Allah dari Perspektif Ilmu Tasawuf dan Pengungkapannya dalam Puisi Melayu Moden
BAB 6 Insan Kamil dalam Puisi Melayu
BAB 7 Amar Makruf Nahi Mungkar dalam Puisi Melayu
BAB 8 Tuntutan Mujahadah al-Nafs dalam Puisi Melayu Moden Malaysia
BAB 9 Unsur Islam dalam Seberkas Puisi Usman Awang
BAB 10 Ajaran Islam dalam Pantun
BAB 11 Unsur Insaniah dalam Kumpulan Puisi Semoga Cepat Sembuh
BAB 12 Pengungkapan Kekuasaan Allah SWT terhadap Alam dalam Puisi Melayu Moden
BAB 13 Pengkaedahan Melayu: Konsep dan Aplikasi dalam Genre Puisi
BAB 14 Pentakmilahan Pengkaedahan Melayu dan Pengaplikasiannya dalam Genre Puisi
BAB 15 Analisis Takmilah dalam Puisi Melayu
BAB 16 Insan Kamil dalam Kumpulan Puisi Al-Amin
BAB 17 Aplikasi Teori Takmilah dalam Kumpulan Puisi Taman Takwa
BAB 18 Kembali kepada Fitrah dalam Puisi Suhaimi Haji Muhammad
BAB 19 Mutiara Kenangan: Dari Dunia Tani dan Alam Desa ke Dunia Kini dan Alam Kota dalam Puisi Dharmawijaya
BAB 20 Memperkukuh Akar Diri demi Melestarikan Kesucian Islam dan Kemuliaan Insan: Seruan Dakwah dalam Puisi Yahya M.S.

Indeks

Weight0.649 kg
Dimensions21.5 × 14.1 × 2.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.