Out of stock

Ingin Jadi Pujangga: Kumpulan Cerpen 1944-1991

A. SAMAD ISMAIL (1924-2008) merupakan tokoh kewartawanan terkemuka di Malaysia. Beliau juga tokoh sasterawan dan pejuang bahasa Melayu, aktivis politik dan kesatuan sekerja, pejuang hak asasi selain menjadi pembekal senjata kepada pejuang kemerdekaan Indonesia dalam tahun 1940-an.

Diselenggara oleh A. KARIM HAJI ABDULLAH

DBP (Cetakan Kedua, 1995)
833 halaman

RM60.00

Out of stock

ISBN: 9789836242709 Product ID: 639 Category: Sub-subjects: ,

Ingin Jadi Pujangga: Kumpulan Cerpen 1944-1991 merupakan kumpulan cerpen A. Samad Ismail yang lengkap sejak dari permulaan pengarangnya menulis cerpen dalam zaman Jepun hinggalah ke dekad 1990-an. Hampir separuh daripada 40 buah cerpen beliau mengambil latar dunia wartawan Melayu sejak zaman perang hingga  ke zaman berakhirnya konfrontasi. Malah, cerpen-cerpen terawalnya dikaitkan pula dengan pergolakan politik tanah air, di samping persoalan-persoalan hidup masyarakat yang sesuai dengan konsep ASAS 50 iaitu Seni Untuk Masyarakat.

Kecuali cerpen-cerpennya  dalam dua buah antologi Mastura dan Temasya Tinta, ternyata cerpen-cerpen yang lain telah pernah pertama kalinya disiarkan dalam pelbagai akhbar mingguan dan majalah bulanan seperti Utusan Zaman, Berita Harian, Mastika, Dewan Budaya dan Dewan Sastera. Cerpen-cerpennya membawa pelbagai tema yang berkaitan dengan politik, kekejaman pada zaman pemerintah Jepun, dunia wartawan yang rencam, ligat dan mencabar, dan kisah-kisah keluarga yang dikaitkan dengan realiti objektif yang wujud dalam masyarakat.

Prakata
Seulas Pinang
Catatan Penyelenggara
Pengantar

1. Seorang Pengail
2. Ubi Kayu
3. Ke Bintan-To
4. Budak-budak Main Soldadu
5. Antara Dua Kekasih
6. Insaf
7. Ingin Jadi Pujangga
8. Pertentangan
9. Surat kepada Tauke
10. Surat daripada Tauke
11. Putus Asa
12. Bung Leman
13. Cina Angkat Najis di Rumah Saya
14. Ah Khaw Masuk “Syurga”
15. Belum Baik-baik Lagi
16. Ke Rumah Cucu
17. Pak Yak Mahu Kahwin
18. Rumah Pak Haji Harun
19. Mastura
20. Kau Mesti Sunat, Kata Bapa
21. Puthu
22. Dongeng
23. Amelia
24. Mandi Kolam
25. Belajar Agama
26. Ruangan Wanita
27. Wak Ha! Ha!
28. Menunggu Teman Bebas
29. Soal Kereta
30. Impian Haji Tamimi
31. Hussein Zet
32. “Ahli” Bahasa
33. Edisi Pagi
34. Kisah Cinta di Kota Bharu
35. Titi
36. Rumah Kedai di Jalan Seladang
37. Penulis Tua
38. Peloncoan
39. Pak Cik Badong
40. Mr. Haf Pa Dollah
41. Ustaz

Weight 1.058 kg
Dimensions 22.2 × 14.5 × 4.7 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.