Out of stock

Islam dan Melayu dalam Perlembagaan: Tiang Seri Hubungan Etnik di Malaysia

NAZRI MUSLIM adalah Profesor Madya dan Pensyarah di Pusat Citra, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang pengkhususan beliau ialah kajian etnik dan sosiologi perlembagaan.

Penerbit UKM (Cetakan Kedua, 2020)
279 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM45.00

Out of stock

Islam dan Melayu dalam Perlembagaan: Tiang Seri Hubungan Etnik di Malaysia diterbitkan atas kesedaran untuk menyemarakkan lagi diskusi ilmiah mengenai perlembagaan dalam bahasa Melayu. Kebanyakan perbahasan ilmiah mengenai perlembagaan adalah dalam bahasa Inggeris, bersifat teknikal undang-undang dan istilah jargon yang hanya difahami oleh mereka yang berkecimpung dalam bidang perundangan.

Justeru, buku ini cuba mengisi kelompongan yang ada khususnya penggunaan bahasa yang tidak bersifat teknikal undang-undang dan bersifat sosiologi perlembagaan serta dibahaskan dari perspektif hubungan etnik di Malaysia. Kedalaman perbincangan dalam buku ini mengkhususkan kepada Tiang Seri dalam perlembagaan, iaitu Islam, Melayu, Bahasa Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Antara kandungan penting dalam buku ini ialah Islam dan hubungan etnik, rasional dan implikasi peruntukan Islam dan Melayu dalam perlembagaan, isu yang berkaitan diskriminasi perlindungan, perbahasan peruntukan Perkara 153, kesamarataan dari sudut pandangan Islam dan masa depan peruntukan Islam dan Melayu dalam perlembagaan. Buku edisi kedua ini terhasil daripada kajian ilmiah untuk menjelaskan kepada masyarakat Malaysia mengenai Tiang Seri dalam Perlembagaan Persekutuan yang sering kali menjadi konflik dan membawa misi memasyarakatkan perlembagaan agar difahami bukan sahaja dari segi teknikal undang-undang, tetapi bagaimana perlembagaan itu perlu dilihat dari sudut sejarah dan sosiologi serta rasional kenapa sesuatu peruntukan itu dimaktubkan dalam perlembagaan. Di samping penambahan perbincangan yang mendalam terhadap Bahasa Melayu dan Institusi Beraja, fakta serta statistik terkini diberikan bagi memberi gambaran yang jelas berkenaan hubungan etnik di Malaysia.

Bagi sesebuah negara yang berdaulat, perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Semasa merangka perlembagaan tersebut, etnik Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang sangat penting kepada kestabilan negara yang merujuk kepada kontrak sosial. Melalui kontrak sosial ini, orang bukan Melayu telah diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli.

Manakala orang Melayu diperuntukkan dalam perlembagaan mengenai agama Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-Raja Melayu atau apa yang dipanggil sebagai unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan. Namun dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, unsur ini lebih wajar dikenali sebagai Tiang Seri kerana isu agama Islam, kedudukan istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu sering menjadi konflik dalam masyarakat.

Maka, dengan penggunaan istilah Tiang Seri Perlembagaan, ia dapat menggambarkan betapa pentingnya perkara ini dihayati agar tidak timbul sebarang pertikaian dalam kalangan pelbagai etnik di Malaysia dan berbezanya perkara ini dengan perlembagaan yang terdapat di negara-negara lain. Ini kerana dalam pandangan semesta orang Melayu, tiang seri itu amat penting dan tonggak dalam kehidupan seharian seperti pembinaan rumah tidak boleh dijalankan selagi tidak ditegakkan tiang serinya.

Weight 0.419 kg
Dimensions 22.9 × 15.1 × 1.4 cm
Edition

Format

ISBN

9789674121853

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Islam dan Melayu dalam Perlembagaan: Tiang Seri Hubungan Etnik di Malaysia”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.