Jawatankuasa Parlimen: Semak dan Imbang Kuasa Eksekutif di Malaysia

MOHAMAD AQIFF HAKIM MOHAMAD ARIFF adalah graduan Sarjana Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

RASYIKAH MD. KHALID adalah Profesor Madya di Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2020)
75 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM20.00

Only 1 left in stock

Jawatankuasa Parlimen: Semak dan Imbang Kuasa Eksekutif di Malaysia merupakan sebuah kajian yang memaparkan peranan jawatankuasa Parlimen untuk mengawal pengaruh Eksekutif terhadap proses penggubalan undang-undang dan pemantaun terhadap aktiviti-aktiviti badan Eksekutif serta menilai keberkesanan sistem yang sedia ada di Malaysia. Di Malaysia, menjadi kelaziman bagi seorang Menteri yang mengepalai sesebuah kementerian untuk mengusulkan suatu rang undang-undang untuk meminda, memansuh atau memperkenalkan undang-undang baharu. Hal ini kerana undang-undang sedia ada memberi punca kuasa kepada Menteri berkenaan untuk berbuat demikian.

Sesetengah undang-undang turut membenarkan Menteri untuk memperkenalkan undang-undang subsidiari dalam bentuk peraturan atau arahan. Ini memberi kemudahan kepada Menteri atau agensi kerajaan untuk bertindak dengan pantas dalam menangani isu-isu tertentu atau semasa kecemasan, seperti semasa wabak COVID-19 bermula. Oleh kerana pihak eksekutif, iaitu menteri, juga merupakan ahli Dewan Rakyat, ini menimbulkan persoalan sama ada suatu undangundang telah dibahaskan dengan menyeluruh atau berlaku keadaan berat sebelah. Jika komposisi kerajaan adalah dua pertiga Dewan Rakyat, berlakunya kebarangkalian yang tinggi untuk ahli dewan yang mewakili kerajaan untuk mempersetujui rang undang-undang tersebut tanpa melalui perbahasan yang adil dan menyeluruh.

Sistem Parlimen Westminster yang diwariskan oleh penjajah Inggeris memperkenalkan proses jawatankuasa Parlimen atau jawatankuasa Dewan dalam proses pembuatan undang-undang. Jawatankuasa ini dianggotai oleh beberapa orang ahli yang terdiri daripada pihak kerajaan, pihak pembangkang dan pakar-pakar dalam bidang-bidang tertentu.

Sistem Parlimen Westminster mewujudkan jawatankuasa Parlimen sebagai peringkat di mana rang undang-undang dikaji secara mendalam. Ini kerana ahli Dewan mempunyai banyak rang undang-undang lain untuk dibahaskan dalam setiap penggal parlimen bersidang. Namun, komposisi jawatankuasa Parlimen yang terdiri daripada pelbagai ahli dan pakar membenarkan suatu rang undang-undang itu disemak dengan lebih adil dan menyeluruh. Ini sekaligus bertindak sebagai ejen semak dan imbang badan Eksekutif yang memperkenalkan rang undang-undang berkenaan.

Penulisan ini merungkai dengan lebih mendalam berkenaan peranan Parlimen sebagai badan Perundangan Persekutuan dan fungsi jawatankuasa Parlimen dalam menyemak imbang kuasa eksekutif di Malaysia. Perbincangan mengenai fungsi jawatankuasa Parlimen dapat memberi pandangan baharu mengenai kepentingan jawatankuasa Parlimen dalam memastikan rang undang-undang yang diperkenalkan oleh badan Eksekutif disemak dengan teliti dan menjamin penggubalan undangundang yang bermutu di Malaysia.

Senarai Rajah
Senarai Kes
Senarai Statut
Prakata

BAB 1 Pengenalan

BAB 21 Parlimen sebagai Badan Perundangan

BAB 3 Fungsi Jawatankuasa Parlimen

BAB 4 Keberkesanan Jawatankuasa Parlimen dalam Semak dan Imbang Kuasa Badan Eksekutif

BAB 5 Penyelidikan Rang Undang-undang di Parlimen Malaysia

BAB 6 Pemerkasaan Jawatankuasa Parlimen dalam Semak dan Imbang Kuasa Badan Eksekutif

BAB 7 Masa Depan Jawatankuasa Parlimen di Malaysia

Rujukan
Indeks

Weight0.126 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 0.5 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.