Jenayah Rasuah di Malaysia: Penyakit Sosial Merentas Zaman

MOHAMAD FAUZI HUSIN adalah pegawai kerajaan yang berkhidmat dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selama lebih dari 29 tahun, serta menjawat pelbagai kedudukan sewaktu perkhidmatan beliau dalam agensi awam tersebut.

DBP (Cetakan Kedua, 2021)
268 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM40.00

In stock

Jenayah Rasuah di Malaysia: Penyakit Sosial Merentas Zaman menerangkan teori, konsep tingkah laku jenayah rasuah, konsep pemberi, konsep penerima dan orang tengah dalam perlakuan jenayah rasuah. Buku ini juga memperincikan ciri, jenis, simptom, dan bentuk jenayah rasuah yang begitu unik yang bertapak di negara ini sejak sekian lama. Buku ini memberikan pengetahuan mengenai punca berlakunya jenayah rasuah dan implikasi buruk jenayah rasuah. Perincian diberikan mengenai langkah berkesan dalam memerangi jenayah rasuah dengan mengatakan “tidak” kepada jenayah rasuah, pencegahan rasuah dari sudut ajaran Islam, inisiatif dan peranan kerajaan dalam memerangi jenayah rasuah.

Di samping itu, buku ini menjelaskan cara SPRM berjaya memainkan peranan dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi pencegahan rasuah peringkat antarabangsa. Bab terakhir buku ini digarap untuk menarik perhatian para pembaca agar bersama-sama membantu SPRM dengan melaporkan perbuatan jenayah rasuah, yang menjelaskan kepentingan maklumat berkualiti tentang jenayah rasuah, saluran aduan dan perlindungan di sisi undang-undang kepada pemberi maklumat.

Buku ini secara umumnya lengkap dan merangkumi semua aspek tentang perlakuan jenayah rasuah, khususnya dalam konteks negara ini. Buku ini dimulakan dengan pengenalan kepada definisi dan konsep jenayah rasuah dari aspek bahasa, budaya, undang-undang dan perspektif pelbagai agama. Selain itu, penerangan diberikan tentang sejarah penubuhan agensi pencegahan rasuah di negara ini sejak tahun 1957 sehingga kini, bermula dengan penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR) sehingga penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009 dan penguatkuasaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Dalam tempoh itu, beberapa kali undang-undang antirasuah dipinda dan diperkukuh bagi memastikan usaha memerangi dan membendung penularan jenayah rasuah turut diperhebat. SPRM dikawal oleh lima buah badan bebas mewakili rakyat Malaysia bagi memastikan jenayah rasuah diperangi dengan lebih berintegriti, telus, bebas dan diyakini oleh rakyat tentang kebebasannya memerangi jenayah rasuah. Hal ini selari dengan berkembangnya jenayah rasuah yang semakin kompleks, berangkai dan merentas sempadan negara. Aliran perlakuan dan bentuk jenayah rasuah mula berkembang dan merebak bukan sahaja merentas zaman, sebaliknya melangkau dunia tanpa sempadan.

Prakata
Senarai Kes

BAB 1 LATAR BELAKANG JENAYAH RASUAH

Pengenalan
Definisi Jenayah Rasuah dari Aspek Bahasa dan Budaya
Definisi Jenayah Rasuah dari Sudut Undang-undang
Jenayah Rasuah Menurut Perspektif Pelbagai Agama
Rumusan

BAB 2 SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN AGENSI PENCEGAHAN RASUAH DI MALAYSIA

Pengenalan
Sejarah Awal Bermula pada Zaman Penjajahan Inggeris
Komitmen Tinggi Perdana Menteri Pertama
Usaha Menubuhkan Badan Pencegah Rasuah (BPR)
Daripada BPR kepada Biro Siasatan Negara (BSN)
Ditukar Semula kepada Nama BPR
Akta Pencegahan Rasuah 1997 Diluluskan
Daripada BPR kepada Suruhanjaya
SPRM Melaksanakan Transformasi
Bantuan dan Kerjasama dengan Agensi-agensi Pencegahan Rasuah Antarabangsa
Rumusan

BAB 3 TEORI DAN KONSEP PERLAKUAN JENAYAH RASUAH

Pengenalan
Teori Perlakuan Jenayah Rasuah
Konsep dan Tingkah Laku Jenayah Rasuah
Konsep Pemberi, Penerima dan Orang Tengah dalam Jenayah Rasuah
Rumusan

BAB 4 KAJIAN-KAJIAN TERDAHULU MENGENAI JENAYAH RASUAH

Pengenalan
Hasil Kajian Jenayah Rasuah oleh Individu
Hasil Laporan oleh Pasukan Kajian
Rumusan

BAB 5 CIRI-CIRI, JENIS DAN SIMPTOM JENAYAH RASUAH

Pengenalan
Ciri-ciri Jenayah Rasuah
Jenis-jenis Perlakuan Jenayah Rasuah
Klasifikasi Jenayah Rasuah Menurut Islam
Simptom-simptom Perlakuan Jenayah Rasuah
Rumusan

BAB 6 BENTUK-BENTUK KESALAHAN JENAYAH RASUAH

Pengenalan
Kesalahan Setuju Menerima, Meminta atau Menerima Rasuah
Kesalahan Memberi, Menawarkan atau Setuju Menawarkan Suapan Rasuah
Kesalahan Mengemukakan Dokumen atau Butiran Palsu
Kesalahan Menggunakan Jawatan atau Kedudukan untuk Mendapatkan Suapan Rasuah
Kesalahan Jenayah Rasuah berkaitan “Liabiliti Korporat”
Kesalahan-kesalahan Lain yang Ditetapkan
Bilakah Hadiah Menjadi Kesalahan Suapan Rasuah?
Pandangan Islam Terhadap Harta Diperoleh Secara Rasuah
Statistik Tangkapan Kes-kes Jenayah Rasuah
Statistik Sabitan Kes-kes Jenayah Rasuah oleh Mahkamah
Rumusan

BAB 7 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA JENAYAH RASUAH

Pengenalan
Punca-punca Jenayah Rasuah dari Pandangan ahli Sains Sosial
Faktor Penyebab Berlakunya Jenayah Rasuah
Pemikiran Salah Pegawai Kerajaan Mendorong Menerima Suapan Rasuah
Punca-punca Berlakunya Jenayah Rasuah Menurut Islam
Rumusan

BAB 8 IMPLIKASI JENAYAH RASUAH

Pengenalan
Implikasi Buruk Jenayah Rasuah
Implikasi Jenayah Rasuah dari Sudut Islam
Adakah Persepsi Memberikan Kesan Kepada Perlakuan Jenayah Rasuah?
Persepsi Masyarakat Antarabangsa Terhadap Rasuah di Malaysia
Rumusan

BAB 9 LANGKAH-LANGKAH BERKESAN MEMERANGI JENAYAH RASUAH

Pengenalan
Bagaimana Mengatakan “TIDAK” kepada Suapan Rasuah?
Pencegahan Jenayah Rasuah dari Perspektif Islam
Inisiatif dan Peranan Kerajaan dalam Memerangi Jenayah Rasuah
SPRM Mendapat Pengiktirafan Antarabangsa
Rumusan

BAB 10 MELAPORKAN PERBUATAN JENAYAH RASUAH

Pengenalan
Keperluan Maklumat atau Aduan Kesalahan Jenayah Rasuah Berkualiti
Peranan Orang Ramai dalam Menyalurkan Maklumat atau aduan Jenayah Rasuah
Ciri-ciri Maklumat atau Aduan Jenayah Rasuah Berkualiti
Saluran untuk Mengemukakan Maklumat atau Aduan
Perlindungan kepada Pemberi Maklumat
Statistik Penerimaan Maklumat atau Aduan Jenayah Rasuah
Kesimpulan

Biodata Penulis
Bibliografi
Indeks

Weight0.411 kg
Dimensions22.7 × 15.1 × 1.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.