Out of stock

Karya dan Kekuasaan Pengarang

S.M. ZAKIR adalah penerima S.E.A. Write Award 2011.

Nusa Centre (Cetakan Pertama, 2021)
392 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM35.00

Out of stock

Karya dan Kekuasaan Pengarang merupakan kumpulan tulisan kritik sastera S.M. Zakir yang berkisarkan tema identiti, kuasa, moral, dan sosial. Dalam pengkajian teknik-teknik sastera terdapat apa yang dinamakan sebagai sudut pandang seperti sudut pandang orang pertama, kedua, ketiga dan sebagainya. Begitu juga terdapat apa yang disebut sebagai sudut pandang serba tahu. Dalam haj ini pengarang menjadi seperti ‘pengarah’ yang mencipta segala tindakan watak-wataknya serta segala sebab akibat dan penyebab kepada semua peristiwa. Pengarang juga boleh dikatakan menjadi seorang dalang yang menggerakkan patung-patung wayangnya mengikut peristiwa-peristiwa sama ada yang terakam sebagai teks di atas kertas atau naratif di dalam kepalanya.

Sudut pandang selalunya dikaji dalam melihat sisi dan jurus pergerakan cerita. Namun perkara yang lebih penting untuk dilihat ialah bagaimana sudut pandang ini juga memunculkan apa yang dinamakan ‘kekuasaan pengarang’ terhadap karyanya. Kekuasaan pengarang dapat dilihat sebagai suatu bentuk dialektika autoriti dalam konsep panopticon yang dikemukakan oleh Michel Foucault. Walaupun panopticon dikemukakan Foucault hanya satu sudut untuk melihat sikap kekuasaan, tetapi ia memungkinkan pemahaman terhadap bagaimana kekuasaan pengarang terhadap karyanya dapat dihubungkan dengan keberadaan sistem sosial, politik, ekonomi dan budaya; yang menjadi locus kepada keberadaan pengarang itu sendiri.

Foucault menyebut kekuasaan (pengarang) mengatul suasana sosial dan budaya, malah mengatur siapa yang boleh berbicara, di mana dan bila di dalam teksnya. Foucault tidak menyebut kekuasaan (pengarang) sebagai kekuatan pengendal terpusat, tetapi menyebutnya sebagai tersebar kepada semu peringkat pembentukan sosial dan kekuasaan bersifat generatif yang bererti menghasilkan hubungan-hubungan antara sosial dan identiti. Dalam pada itu kekuasaan pengarang ini juga mewujudkan perlawanan terhadap autoriti teks luaran dengan mengemukakan teks dalaman sebagai penyalur pemikiran dan wacananya. Ia mewujudkan sistem tanda yang tersendiri dalam mengacu kepada pemaknaannya, yang akhirnya mewujudkan arena perjuangan dalam menentu makna dan kebenaran. Kekuasaan (pengarang) dalam apa yang dikemukakan oleh Foucault melahirkan pengarang yang berkuasa ke atas teks, mengubah keadaan pengarang sebagai pengguna dan pengikut sistem yang sedia ada.

Kekuasaan (pengarang) melahirkan keseimbangan baharu setelah meruntuhkan keseimbangan lama yang adakalanya mempunyai sisi negatif dan sisi positif. Sisi negatif memperlihatkan keseimbangan baharu ini bertindak sebagai suatu bentuk dekonstruksi yang meruntuhkan keseimbangan lama termasuk menyerang nilai, norma dan prinsip sedia ada. Namun sisi positif lebih melihat kepada pembentukan keseimbangan baharu melalui rekonstruksi nilai, norma dan prinsip; sekaligus pemurnian terhadap nilai-nilai tersebut. Secara keseluruhannya kekuasaan pengarang memungkinkan pengarang mencipta makna baharu daripada lingkungan yang ditempati mereka.

Kekuasaan pengarang merupakan suatu hal yang sangat positif dalam mewujudkan sebuah karya kesusasteraan tinggi. Kekuasaan pengarang bukan sahaja mengawal dan mengatur cerita, tetapi mencipta satu bentuk mikrokosmos lingkungan dunianya dengan tujuan untuk mengatur hubungan sosial dengan identiti menyangkuti soal politik, ekonomi, dan budaya melati penerapan kesedaran yang jitu oleh matlamat pemikirannya. Maka itu kekuasaan pengarang yang jitu secara tidak langsung juga mengatur lingkungan sosialnya melalui idealogi dan pemb kiran.

Dalam novel Penyeberang Sempadan, Anwar Ridhwan memperlihatkan kehadiran pemikiran yang jitu dalam menampilkan arena perjuangan yang menentukan makna serta kebenaran Islam. Pemikiran yang jitu ini ternyata didokong oleh gaya naratif yang dicipta khusus untuk menjadi bejana yang muat dan padan bagi ruang pemikirannya. Kekuasaan pengarang telah mengembangkan pemikiran dan gaya naratif yang sangat jitu dalam Penyeberang Sempadan; sekali gus membangunkan sebuah sistem nilai melalui teks dalam nalar yang khusus.

1. Arah dan Cabaran Penulis Muda: Antara Ubermensch dan Khudi Pembentuk Peribadi Unggul

2. Budaya dan Kosmopolitanisme

3. Filem Malaysia Wajah Kebudayaan Kebangsaan

4. Interlok dalam Pengertian Multiculturalism

5. Karya dan Kekuasaan Pengarang

6. Konsep Puisi Islam: Memaknakan Keindahan Tauhid

7. Mitos dan Agama: dalam Bilangan Fu dan Bedar Sukma Bisu

8. Pandangan Jagat Penulis Muda: Mendepani Dunia Baharu

9. Pembinaan Mercu Tanda Sastera Malaysia: Sastera Sebagai Budaya Tinggi

10. Perkembangan Sastera di Alam Melayu

11. Perubahan Masyarakat oleh Perubahan Budaya

12. PPSMI dan Nilai Kebangsaan

13. Sastera dan Industri

14. Sastera Kota dan Bricolage Anak Muda

15. Sastera Malaysia Era Transisi

16. Penerimaan dan Toleransi dalam Konsep Negara

17. Teater Sebagai Medium Dakwah

18. Teras Budaya dalam Cerpen: Sebagai Wahana Perpaduan

19. Tradisi dan Nilai dalam Model Karya Agung

20. Sastera Insklusif dalam Reproduksi Sosial

Bibliografi
Indeks

Weight0.369 kg
Dimensions18.4 × 12.8 × 2.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Ikarus
    Out of stock

    Ikarus

    RM30.00
  • Noordin Hassan: Jalan Panjang Teater Fitrah

    Noordin Hassan: Jalan Panjang Teater Fitrah

    RM25.00
  • Ular di Tilamku: Kumpulan Cerpen
    Out of stock

    Ular di Tilamku: Kumpulan Cerpen

    RM20.00
  • Perjalanan Sang Zaman: Kumpulan Puisi

    Perjalanan Sang Zaman: Kumpulan Puisi

    RM20.00