Out of stock

Katemeneh Komunis

Disunting oleh JAMAL RIZAL RAZALI dan IMADUDDIN ABIDIN

Penerbit UMP (Cetakan Ketiga, 2022)
288 halaman termasuk Indeks

RM38.00

Out of stock

Product ID: 33146 Subject: Sub-subjects: , ,

Katemeneh Komunis menyorot sejarah “komunis” daripada pelbagai perspektif, latar dan konteks sama ada sebagai sebuah ideologi politik, pemikiran mahupun sebagai suatu kerangka pergerakan sesebuah organisasi. Perbahasan dan perbincangan mengenai maudhuk ini merupakan suatu hal yang penting bagi membuka perspektif yang lebih luas lagi “komunis” itu sendiri yang kewujudannya sengat kontroversi. Oleh yang demikian, diharapkan buku ini sedikit sebanyak dapat membekalkan maklumat kepada para pembacanya akan perihal “komunis” dan “komunisme” tersebut. Buku ini diberi judul “Katemeneh Komunis” yang membawa maksud “kerenah komunis”. Kata “katemeneh” diambil daripada bahasa Melayu dialek Negeri Sembilan yang hampir sama maksudnya dengan kata “ulah” yang merujuk kepada suatu keadaan huru-hara disebabkan oleh sesuatu. Pemilihan kata tersebut juga untuk mengukuhkan teras pemikiran dalam buku ini yang memaparkan kesan sebab-akibat yang terhasil daripada perbuatan pihak komunis di seluruh dunia dan negara kita.

Parti Komunis Malaya bermula pada tahun 1920-an. Tetapi penubuhan secara rasmi pada tahun 1930. Sejarah penubuhan PKM banyak berkaitan dengan sejarah China dan permusuhan China—Jepun. Parti Kuomintang pimpinan Ching Kai Sek mempunyai banyak cawangan dan ramai penyokong kuatnya di Tanah Melayu. Parti Komunis China di bawah pimpinan Mou Tse Tung bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya. Sementara itu, komunis Tanah Melayu dan Singapura dipengaruhi oleh gerakan Komunis Antarabangsa (Comintern) yang diselenggarakan oleh komunis Rusia. Pada zaman Jepun, Parti Komunis Malaya menubuhkan tujuh “Regiment” bebas dan dikendalikan oleh ahli-ahlinya di pelbagai tempat. British bekerjasama dengan Forces 136 yang menjalankan kegiatan bawah tanah bagi membebaskan Tanah Melayu. PKM bekerjasama dengan British selepas melihat Rusia bekerjasama dengan British pada tahun 1945, bagi menentang kemaraan tentera Jerman dan Itali. Rejimen komunis yang bekerjasama dengan British ialah MPAJA atau Malayan People Anti Japanese Army. Semasa bersama-sama menentang Jepun, ideologi yang sangat berbeza tidak begitu dihiraukan.

Secara gambaran kasarnya, British seolah-olah memperalatkan komunis dan dari segi lain, komunis memperalatkan senjata yang dibekalkan oleh tentera British. Pada zaman Jepun, ahli MPAJA adalah lebih 7000 anggota askar. Tentera British yang datang semula ke Tanah Melayu segera membubarkan MPAJA ini. Ahli-ahli MPAJA ini membubarkan beribu-ribu cawangan mereka. Tetapi mereka enggan menyerahkan senjata yang dibekalkan oleh British semasa menentang tentera Jepun. Ini termasuklah bom-bom besar, brengun, sten gun, carbine, rifle dan peluru. Sebenarnya PKM sama sekali tidak berniat hendak bekerjasama atau tunduk kepada British Military Administration ataupun dikenali sebagai BMA. Mereka mengangap British sebagai batu penghalang terbesar dalam mencapai matlamat PKM hendak menegakkan sebuah Republik Komunis Malaya. MPAJA dikatakan mempunyai ahli aktif seramai 10,000 orang yang mana 6,800 orang setuju untuk membubarkan MPAJA tetapi hanya 4000 orang menyerahkan senjata.

Ketika itu Chin Peng sendiri adalah anggota Force 136, PKM pernah wujud sebagai parti komunis yang sah dan berjaya mempengaruhi beberapa pertubuhan tertentu dengan ideologi mereka. Antaranya ialah penubuhan PUTERA-AMCJA. Malangnya PKM gagal mencapai matlamatnya secara damai. Agen PKM diseludupkan ke dalam Kesatuan Sekerja Umum (General Labour Union), Persekutuan Kesatuan-Kesatuan Buruh Semalaya (Pan-Malayan Federation of Trade Unions). Kesatuan-kesatuan ini membuat tuntutan-tuntutan kaum pekerja terhadap majikan-majikan mereka yang kebanyakannya orang Eropah.

Kerap kali tuntutan ini berakhir dengan rusuhan. PKM dan British semakin menuju kepada pergolakan sengit. Pemimpin-pemimpin PKM telah menghadiri mesyuarat-mesyuarat komunis di Prague pada tahun 1947 dan di London pada Januari 1948. Pada Februari 1948 pula, Soviet Rusia menganjur satu mesyuarat agung bagi komunis-komunis Asia, Australia di Calcutta. Dalam mesyuarat ini, satu ketetapan telah dibuat iaitu semua komunis dan anti imperialis bersatu melawan kekejaman imperialisme. Mereka bercadang melakukan general atrakes, agitation dan strifes and armed struggle. Kerajaan Persekutuan dan Singapura tidak memberi peluang kepada komunis untuk bergerak secara damai dan bebas. Kesatuan-kesatuan telah ditutup pada tahun 1948. Pihak berkuasa di Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah menyekat aktiviti-aktiviti GLU, PMFTU dan lain-lain kesatuan sekerja antara tahun 1947 hingga 1948. Beberapa undang-undang telah diluluskan bagi membantu majikan-majikan Eropah.

Kata Pengantar

1. Sejarah, Strategik dan Krisis Pemikiran Komunis di Malaysia: Satu Tinjauan Awal
Mohd Arsad Johanis, Amirul Ridzuan Abu Bakar dan Nazarudin Zainun

2. Kemaraan Fahaman Komunis di Tanah Melayu (1921-1941)
Ahmad Zaki Mohd Johari

3. Kegiatan Komunis di Pahang: Kajian Terhadap Strategi Kerajaan
Hasnah Hussiin

4. ANZUS dan Ancaman Komunis di Asia Tenggara 1950-1955
Sah-Hadiyatan Ismail

5. Penglibatan Penduduk Temerloh dalam Gerakan Politik Kiri (1946-1948)
Mohamed Salleh Lamry

6. Dilema Perjuangan Melayu Zaman Darurat 1948-1960 dan Kesannya terhadap Kemerdekaan
Hasan Ahmad

7. Iltizam Bangsa Melayu Menentang Komunis; Kupasan Isu di Selatan Tanah Air (Daerah Batu Pahat, Johor)
Ku Hasnan Haji Ku Halim

8. Perbukuan Golongan Marx-Engels di Alam Melayu
Mohammad Alinor Abdul Kadir

9. Kampung Baru di Pahang (19491952)
Mohd Herman Roslan

10. Serangan Komunis di Pahang
Jamal Rizal Razali, Imaduddin Abidin dan Hishamuddin Abd Rahman

Biodata Penulis
Indeks

Weight0.461 kg
Dimensions23 × 15.2 × 1.6 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.