Kebebasan Peribadi dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Disunting oleh RUZIAN MARKOM, NUR KHALIDAH DAHLAN dan MOHD IZZAT AMSYAR MOHD ARIF

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2020)
117 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM25.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 5 reward points!
ISBN: 9789672511212 Product ID: 30878 Category: Sub-subjects: , ,

Kebebasan Peribadi dalam Kalangan Rakyat Malaysia berfokuskan kepada kebebasan media, kebebasan bersuara, intervensi jenayah Syariah dan undang-undang khalwat serta kebebasan privasi dan LGBT. Bermula dengan kajian terhadap kebebasan media dari perspektif undang-undang seterusnya dengan kajian terhadap hak bersuara dari perspektif undang-undang dan disusuli dengan kajian intervensi undang-undang jenayah Syariah terhadap hak privasi Muslim. Kesemua tajuk yang dibincangkan amat relevan pada masa kini kerana perkembangan dan pendedahan mengenai hak asasi manusia yang semakin meluas dalam kalangan rakyat Malaysia.

Undang-undang Malaysia mengiktiraf kebebasan bersuara dan juga kebebasan media. Walau bagaimanapun, kebebasan ini adalah tertakluk kepada beberapa sekatan undang-undang yang perlu dipatuhi atas sebab keselamatan negara dan kepentingan awam. Antara undang-undang yang mengawal media adalah seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Fitnah 1957.

Selaras dengan perkembangan undang-undang konvensional, Islam juga mengiktiraf hak kebebasan manusia tanpa mengira agama yang mereka anuti. Antaranya adalah kebebasan bersuara bagi individu, pemimpin dan masyarakat dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah dan syariat Islam. Walau bagaimanapun, kebebasan ini hendaklah mematuhi keperluan syariah serta tidak memberi kesan negatif kepada umat Islam dan agama Islam. Amalan ini telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW yang mana Baginda telah memberikan ruang kepada para sahabat r.a. dan golongan kafir Quraisy berdebat dan berbincang tentang pelbagai isu berkaitan Islam dan negara untuk kebaikan kepada komuniti dan negara.

Perlembagaan Malaysia mengiktiraf hak kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat dalam kalangan rakyat. Walau bagaimanapun, takat kebebasan adalah terkawal demi memelihara keselamatan dan keharmonian negara. Pada masa yang sama, Islam menekankan pemeliharaan maruah dan ketinggian martabat individu. Penguatkuasaan undang-undang khalwat bertujuan memelihara ketinggian martabat wanita dan keturunan. Sehubungan dengan itu juga, setiap individu telah diciptakan mengikut fitrah kejadian untuk menjamin kesejahteraan dan keamanan sejagat dalam mencapai kelestarian ummah.

Senarai Kes
Senarai Statut
Senarai Jadual
Prakata

BAB 1 Evolusi Undang-undang Kebebasan Peribadi di Malaysia
Ruzian Markom, Nur Khalidah Dahlan, Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif

BAB 2 Kebebasan Media dan Undang-undang
Dini Amalina Mohamad, Aishah Bidin, Nur Khalidah Dahlan

BAB 3 Kebebasan Bersuara dan Undang-undang
Yong Ke-Qin, Aishah Bidin

BAB 4 Kebebasan Peribadi dan Undang-undang Khalwat
Muhammad Muhaimin Mohd Subki, Fatimah Yusro Hashim

BAB 5 Kebebasan Peribadi dan LGBT
Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif, Ruzian Markom, Faezy Adenan

BAB 6 Masa Depan dan Hala Tuju Undang-undang Kebebasan Peribadi di Malaysia
Ruzian Markom, Nur Khalidah Dahlan, Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif

Rujukan
Senarai Penyumbang
Indeks

Weight 0.191 kg
Dimensions 22.8 × 15.2 × 0.7 cm
Author(s)

, , , , ,

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.