Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah

Abdul Aziz Bari adalah bekas seorang ahli akademik, pensyarah dan pakar undang-undang berbangsa Melayu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Kini beliau bertugas di Universiti Selangor (UNISEL). Beliau merupakan profesor undang-undang perlembagaan khasnya berkaitan perlembagaan beraja. Beliau adalah ahli akademik tunggal yang menulis tesis doktor falsafah tentang peranan raja-raja dalam Islam dan demokrasi. Beliau bertanding sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Aziz Bari bertanding sekali lagi pada Pilihan Raya Umum ke-14 dengan menggunakan tiket DAP, bagi DUN Tebing Tinggi.

DBP (Cetakan Kelima 2013)
306 halaman

RM38.00

Only 1 left in stock

Product ID: 493 SKU: 9789836271853 Category: Tags: , ,

Sebahagian besar isi kandungan buku Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah tulisan Abdul Aziz Bari membincangkan isu-isu semasa yang banyak menyentuh permasalahan perlembagaan. Antaranya melibatkan isu raja-raja, pengasingan kuasa, hak asasi, darurat, fitnah, kehakiman dan pilihan raya.

Huraiannya jelas dan mudah. Banyak fakta yang melatari perkembangan Perlembagaan Malaysia sejak awal pelaksanaan khususnya yang melibatkan asas dan masalah mutakhir dibincangkan. Penulis berjaya mengupas isu perlembagaan yang kompleks dengan baik.

Buku Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama, yang diletakkan di bawah tema umum ‘landasan’ merupakan huraian-huraian tentang struktur dan kerangka perlembagaan kita. Ini perlu kerana perbincangan tema dan masalah perlembagaan perlu didahului dengan pengetahuan asas tentang struktur dan kerangka berkenaan. Ini bertujuan memberi gambaran atau senario umum bagi tema-tema yang akan dibincangkan dalam bahagian yang berikutnya. Bab-bab dalam bahagian pertama ini tidak berhasrat menggantikan bab-bab dalam buku teks yang ada dalam pasaran. Apa yang disajikan dalam bab-bab itu hanyalah perbincangan ringkas tentang aspek-aspek yang dirasakan penting dalam memahami perlembagaan.

Bahagian dua pula, yang boleh dikatakan kesemuanya, adalah rencana-rencana yang telah disiarkan dalam Dewan Budaya. Inilah kelebihan buku daripada majalah. Rencana dalam akhbar atau majalah terpaksa dipendekkan: Ruang dan sifat media itu sendiri tidak mengizinkan perbahasan-perbahasan yang tuntas tentang perlembagaan. Inilah yang mendorong penerbitan semula karangan-karangan tersebut dalam bentuk buku. Meskipun demikian di sana sini mungkin ada pengulangan. Bagaimanapun ini sukar untuk dielakkan dalam sebuah buku seperti ini.

Bagi pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut perkembangan Malaysia, buku ini amat sesuai dimiliki dan dibaca. Ia berguna sebagai sumber rujukan.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.430 kg
Dimensions 15.0 × 1.8 × 22.9 cm
Edition

Format

ISBN

9789836271853

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.