Out of stock

Kemahiran Komunikasi

ZAWIYAH MOHAMMAD YUSOF adalah Pensyarah Kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

DBP (Cetakan Pertama, 2009)
283 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM25.00

Out of stock

ISBN: 9789834602499 Product ID: 519 Category: Sub-subjects: ,

Kemahiran Komunikasi menumpukan kepada aspek teori dan praktikal yang memenuhi keperluan pelajar yang mengikuti pengajian pada peringkat diploma. Hal ini diperlukan kerana graduan yang bakal dilahirkan adalah untuk memenuhi keperluan kerja pada peringkat eksekutif yang lebih mementingkan aspek praktikal. Komunikasi ialah bahagian terpenting dalam kehidupan seharian. Komunikasi tidak sahaja berlaku melalui percakapan tetapi juga melalui proses mendengar, membaca, menulis dan gerak badan atau postur. Semua proses ini memerlukan kemahiran yang boleh dipelajari. Sesetengah kemahiran seperti penguasaan bahasa dan pemilihan perkataan yang tepat, pemikiran logik dan pengumpulan maklumat diperlukan untuk semua jenis komunikasi seperti komunikasi antara perorangan, komunikasi dalam kumpulan, komunikasi dalam organisasi, komunikasi untuk pemasaran dan komunikasi dalam bentuk pengucapan awam.

Oleh itu, semakin baik kemahiran ini dikuasai, semakin berkesanlah proses komunikasi yang berlangsung. Komunikasi yang berkesan membolehkan idea dan maklumat dapat disampaikan dengan sempurna. Komunikator yang berjaya tahu bagaimana hendak mendengar, bercakap, membaca dan menulis. Walau bagaimanapun, kepetahan bercakap semata-mata belum lagi menjamin kemahiran berkomunikasi kerana tidak ada maknanya jika kata-kata yang di. susun indah itu hanya bertujuan untuk menyakitkan hati dan melukakan perasaan orang lain. Meskipun sudah banyak buku komunikasi terdapat dalam pasaran tetapi buku yang memberi input tentang model komunikasi dan komunikasi dari perspektif Islam masih langka.

Oleh itu, selain membicarakan model komunikasi, buku ini juga menggariskan panduan atau prinsip komunikasi secara praktikal dan juga komunikasi daripada perspektif Islam. Olahan sedemikian dilakukan dengan tujuan untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai komunikasi. Kemampuan individu menggambarkan, melihat, membaca dan memikirkan idea dapat membantu individu tersebut membentuk dan mengembangkan ideanya ke dalam penulisan dengan yakin.

Senarai Rajah
Senarai Jadual
Senarai Foto
Prakata

1. Perkembangan Disiplin Komunikasi
2. Model Komunikasi
3. Komunikasi antara Perorangan
4. Komunikasi di Tempat Kerja
5. Komunikasi dan Penyelesaian Konflik
6. Kemahiran Bertanya
7. Kemahiran Mendengar
8. Kemahiran Menulis
9. Pengucapan Awam
10. Persembahan Berkesan
11. Perhubungan Awam
12. Komunikasi Pemasaran
13. Etika Komunikasi
14. Komunikasi dari Perspektif Islam

Bibliografi
Indeks

Weight 0.390 kg
Dimensions 21.6 × 14 × 1.5 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.