Out of stock

Idea-Idea Pendidikan Berkesan al-Ghazali dan Konfusius

ABDUL SALAM YUSSOF adalah Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang pengkhususan beliau adalah tamadun Islam dan tamadun Asia, kemahiran berfikir dan hubungan etnik.

Penerbit UKM (Cetakan Kedua, 2015)
241 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

Out of stock

Product ID: 22432 Subjects: , Sub-subjects: , , , , ,

Idea-Idea Pendidikan Berkesan al-Ghazali dan Konfusius bertujuan mengkaji warisan zaman klasik tentang persoalan epistemologi daripada dua tamadun yang berasingan, iaitu tamadun Islam dan China. Dua tokoh yang dipilih al-Ghazali dan Konfusius telah banyak memberi sumbangan dan pemikiran besar dalam kemajuan ilmu sejak zaman mereka sehingga kini, dan masih lagi menjadi sumber rujukan untuk menghadapi cabaran zaman kontemporari. Pelbagai idea besar ini tidak pernah berhenti dan akan terus berkembang. Skop penulisan meliputi aspek biografi tokoh, sumber, tujuan dan klasifikasi ilmu serta kaedah penyebaran dan pembelajaran ilmu mengikut perspektif masingmasing.

Kajian menyentuh soal falsafah ilmu dan matlamat pendidikan serta metodologi pengajaran dan pembelaj aran yang berkesan sebagai alternatif memperlengkapkan sistem pendidikan moden yang lebih menekankan teknologi maklumat dan komunikasi. Para pelajar kini menghadapi krisis spiritual dan nilai-nilai moral yang kurang menyenangkan banyak pihak dalam masyarakat. Dalam buku ini teks utama yang digunakan hasil tulisan al-Ghazali sendiri kitab Ihya ‘Ulum al-Din dan Lun Yu himpunan ajaran Konfusius yang dibukukan oleh para pengikut selepas kematiannya.

Penulisan ini mendapati bahawa kekuatan dalaman atau kekuatan spiritual mesti diutamakan untuk mencapai tahap kecemerlangan para pelajar yang menuntut ilmu. Keyakinan, keberanian dan etika murni mesti ditanam kepada setiap kanak-kanak sej ak peringkat awal perkembangan. Namun kesedaran rohaniah atau spiritual mencapai kematangan di peringkat yang terakhir dalam proses pendidikan. Kesedaran rohaniah timbul setelah latihan yang cukup untuk membersihkan jiwa sena daya fikiran sudah menjadi matang dan dapat menerima kebenaran rohani.

Penulisan ini juga mendapati nilai moral dan akhlak perlu diberikan keutamaan terhadap semua jenis ilmu. Dengan menanamkan nilai-nilai positif dan nilai-nilai murni, seseorang dapat berperanan dan bertindak dengan lebih rasional dan objektif dalam menangani masalah yang dihadapi. Krisis moral dan konflik nilai boleh memberi kesan buruk kepada kehidupan individu dan masyarakat dapat dikurangkan sekiranya setiap orang dapat menggunakan akal fikiran dengan lebih rasional, objektif dan bertimbang rasa. Nilai wujud dalam pemikiran dan mencorakkan pemikiran serta tindakan seseorang.

Idea-Idea Pendidikan Berkesan al-Ghazali dan Konfusius juga menunjukkan bahawa perbezaan wujud dalam falsafah epistemologi al-Ghazali dan Konfusius yang mendasari falsafah pendidikan masing-masing. Perbezaan ini amat ketara pada tahap sumber dan hierarki ilmu. Namun masih banyak ciri-ciri kesamaan dan keserasian objektif dan metodologi penyebaran dan pembelajaran agar dikongsi faedah bagi saling lengkap-melengkapi dalam menghadap cabaran pendidikan pada zaman yang penuh dengan ledakan maklumat tanpa batasan.

Weight0.361 kg
Dimensions22.9 × 15.1 × 1.2 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.