Kitāb Perubatan Melayu: Ṭayyib al-Iḥsān fī Ṭibb al-Insān (Pembukaan Mata Hati pada Bicara Mengubati)

Teks manuskrip karangan WAN AḤMAD BIN MUḤAMMAD ZAYN AL-FAṬĀNI

Pengenalan dan perumian oleh MOHD AFFENDI MOHD SHAFRI

AJM (Cetakan Kedua, 2020)
276 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM55.00

In stock

If you purchase this book you will earn 11 reward points!
ISBN: 9789769701937 Product ID: 34112 Category: Sub-subjects: , ,

Ṭayyib al-Iḥsān fī Ṭibb al-Insān (Pembukaan Mata Hati pada Bicara Mengubati) adalah kitāb perubatan Melayu karangan Shaykh Aḥmad al-Faṭānī yang selesai ditulis sekitar tahun 1312 dan dicetak pertama kali di Makkah dalam tahun 1313. Naskhah Ṭayyib al-Iḥsān fī Ṭibb al-Insān dimulakan dengan batu-batu asas yang menjadi kerangka kepada ‘ilmu perubatan Islam. Dalam Fasal awal, penulis kitab menerangkan permasalahan-permasalahan yang menyebabkan buku ini ditulis iaitu (1) kurangnya penulisan berkenaan perubatan di kalangan masharakat Melayu; (2) terdapatnya kaedah-kaedah berunsurkan penipuan yang digunakan oleh sesetengah orang yang tidak mempunyai ‘ilmu perubatan; (3) terdapatnya orang yang memiliki ‘ilmu perubatan tetapi tidak mahu mewarithkan ‘ilmunya; dan (4) terdapat keperluan yang tinggi di kalangan orang Melayu untuk menguasai ‘ilmu perubatan ini justeru pentingnya ‘ilmu ini kepada kehidupan.

Berikutnya, penulis kitab juga menerangkan harapannya terhadap umat Islam Melayu seperti pada pemerintah, pada masharakat serta para individu terpelajar dalam masharakat. Beliau mengeshorkan supaya para pemerintah Melayu berterusan menyediakan sokongan kewangan untuk membantu usaha menguasai ‘ilmu ini. Dalam konteks yang lebih luas, penulis yang merupakan seorang nasionalis dan pejuang anti-penjajah dalam kegiatan-kegiatannya, mempunyai kesedaran tentang perkembangan perubatan di zamannya dan pencapaian-pencapaian yang berlaku di negara Barat waktu itu. Ini tergambar melalui perkataannya, “.. maka tercawang daripada demikian itu hingga sekarang ini tibb segala tabib Farsi dan Hindi kemudian beratas-atas pada demikian itu pada segala tabib Afranji maka menambah dan merengkah mereka itu beberapa banyak rengkahan yang ‘ajīb.”

Walhal, beliau berasakan orang-orang Melayu sepatutnya mempunyai kelebihan berbanding bangsa-bangsa lain itu kerana khazanah tanaman dan bahan perubatan banyak terdapat dalam hutan belantara di seluruh Alam Raya Melayu. Seterusnya, kitab ini mula menerangkan definisi ‘ilmu perubatan iaitu satu ‘ilmu yang dengannya keadaan sihat dapat dikekalkan dan jika berpenyakit, bagaimana penyakit itu dapat dihilangkan. Definisi ini telah mengikut pengertian yang dipakai oleh Ibn Sina. Dalam situasi semasa, definisi perlu dikemaskan supaya mencakupi beberapa disiplin ‘ilmu lain yang secara tradisinya juga termasuk dalam sains perubatan seperti ‘ilmu tashrih (anatomi) serta disiplin ilmu baru seperi mikrobiologi (kajian tentang hidupan seni seperti bakteria, dan virologi (kajian terhadap virus) juga pada awalnya tidak termaktub dalam sains perubatan, tetapi merupakan bidang ‘ilmu yang dikembangkan kemudiannya. Perubahan paradigma yang berlaku dalam dasawarsa kebelakangan ini menyebabkan ‘ilmu perubatan tidak lagi tertakluk kepada ‘ilmu terapeutik (kaedah penyembuhan dan perawatan) semata, tetapi skop prognastik (perihal perkembangan sesuatu penyakit yang akan dapat digunakan untuk menentukan kaedah dan jenis ubatan , diagnostiknya (qa’idah memperihalkan dan memperincikan jenis penyakit) dan kawalan serta pencegahannya sudah diperluaskan lagi.

Secara amnya, penulis mengambil kaedah Galen iaitu teori humoral dalam huraiannya tentang penyebab kepada penyakit. Ini diterangkan dalam Fasal 3 hingga 7, di mana konsep mengenai mizāj dan khalt diperkenalkan dan diterapkan dalam tatacara mendiagnosis penyakit. Kedua-dua konsep ini disokong pula menggunakan kaedah pemeriksaan fizikal dengan pemeriksaan nadi, dan pemerhatian kepada perubahan dalaman tubuh melalui air kencing, serta beberapa pemeriksaan lain. Bagaimanapun, tradisi Galen bukanlah merupakan satu-satunya tradisi yang mengguna pakai kaedah nadi dan air kencing untuk menentukan penyakit. Kaedah ini juga didapati telah diamalkan dalam jangka masa yang lams di Asia Tenggara contohnya semasa pemerintahan Jayavarman VII yang dikenali sebagai Bhaisajyaguru dan mengamalkan Perubatan Tantric, sekitar tahun 1125. Sebelum perbincangan dilanjutkan ke penjenisan penyakit mengikut bahagian tubuh, sedikit perbahasan tentang kesan sampingan ubat dan hal-hal yang asas bagi ‘ilmu perubatan diperuntukkan dalam Fasal 7 dan 8. Seterusnya, perbincangan mula mengikut susunan yang sistematik dengan menampilkan bahagian kepala dan dituruti ke bahagian tubuh yang lain dalam arah ke bawah. Pengaruh Galen, perubatan ‘Arab dan perubatan Unani serta sedikit perubatan Parsi terserlah dalam penulisan ini melalui penggunaan bahan dan istilah.

Panduan Perūmīan & Tanda Baca
Penghargaan
Pengantar Penerbitan Siri Persuratan Jāwī
Penggerak Utama Akademi Jawi Malaysia
Terbitan Akademi Jawi Malaysia

Kata Pengantar I
Kata Pengantar II
Pendahuluan

Latar Belakang Ringkas Shaykh Aḥmad al-Faṭānī

Pengenalan
– Naskhah-naskhah Perubatan Melayu yang Awal
– Kajian Naskhah Perubatan Melayu Dalam Konteks Semasa
– Deskripsi Naskhah
– Kandungan Naskhah

Ini Muqaddimah
Pada Mengetahukan Ṭibb Itu Apa Ia dan Kelebihannya

Faṣal yang Pertama
Pada Barang yang Jadi Segala Penyakit Daripadanya dan Barang yang Bergantung dengan Demikian Itu

Faṣal yang Kedua
Pada Beberapa Bagai Nadi dan Barang yang Menunjuk Ia Atasnya

Faṣal yang Ketiga
Pada Qārūrah Ertinya Pada Warna Air Kencing dan Barang yang Menunjuk Ia Atasnya

Faṣal yang Keempat
Pada Beberapa ‘Alāmat yang Lain Daripada Nadi dan Qārūrah

Faṣal yang Kelima
Pada Barang yang Manfa‘atkan bagi Tiap-tiap Khilṭ daripada Akhlāṭ yang Empat dan Pada Pecahar dan Barang yang Bergantung Dengan Dia

Faṣal yang Keenam
Pada Segala Barang yang Datang Atas Badan daripada Ubat dan Lainnya dan Pada Segala Pangkat Ubat

Faṣal yang Ketujuh
Pada Beberapa Bicara yang Muhimmah Tak Dapat Tiada bagi Ṭabīb daripada Mengetahuinya

Faṣal yang Kedelapan
Pada Beberapa Penyakit yang Pada Anggota Kepala

Faṣal yang Kesembilan
Pada Beberapa Penyakit Pada Muka dan Barang yang Berhampiran Dengan Dia

Faṣal yang Kesepuluh
Pada Beberapa Penyakit pada Dada dan Perut

Faṣal yang Kesebelas
Pada Beberapa Penyakit Dua Ālat Kemaluan dan Ari-ari dan Raḥim dan Barang yang Bergantung dengan Demikian Itu

Faṣal yang Kedua Belas
Pada Beberapa Penyakit yang Beberapa Anggota yang Tinggal daripada Pinggang dan Peha hingga Hujung Kaki

Fasal yang Ketiga Belas
Pada Beberapa Penyakit yang Tiada Tertentu Dengan Suatu Anggota

Fasal yang Keempat Belas
Pada Mengubati Beberapa Kesakitan yang Bercerai-berai

[Khatimah]

Glosari Ubat-ubatan
Glosari Penyakit
Glosari Racun
Glosari Rawatan
Glosari Sistem badan
Glosari Timbangan
Glosari Kitāb

Daftar Pustaka
Indeks

لمڤيران کتاب طيب الإحسان في طب الإنسان

Weight0.482 kg
Dimensions21.5 × 14 × 2 cm
Author(s)

,

Edition

Language

Publisher

Script

Jawi, Roman

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.