Out of stock

Akal Budi Adikarya Sulalat al-Salatin

MUHAMMAD HAJI SALLEH merupakan salah seorang penulis Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara 1991. Beliau juga telah memenangi Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1997. Pada 2008, beliau dinobat sebagai Tokoh Akademik Negara.

Penerbit USM (Cetakan Pertama, 2020)
221 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

Out of stock

Akal Budi Adikarya Sulalat al-Salatin merupakan percubaan mencari bayangan jiwa dan roh Melayu menerusi Sulalat al-Salatin serta cuba mengenal pasti kejayaan bahasa, naratif dan tebaran temanya. Sulalat al-Salatin ialah sebuah karya paling canggih, pintar dan penting dalam seluruh khazanah sastera Melayu. Bahasanya dianggap misali dan halus serta memperlihatkan genius dan pemikiran pengarangnya, Tun Seri Lanang. Terdapat 34 bab dalam karya agung ini yang membincangkan berbagai-bagai persoalan—bermula daripada asal usul raja-raja Melayu daripada Iskandar Zulkarnain, melalui raja-raja Cola, hinggalah ke Bukit Seguntang.

Dari sinilah terpancar sejarah zuriat raja-raja Melayu—ke Melaka, Minangkabau, Siak dan Kampar. Tema-temanya cukup sarwajagat—daripada nafsu penaklukan untuk mengembangkan sempadan negara, hinggalah kepada nafsu memiliki wanita tercantik, kasih sayang yang jernih dan jujur, keadaan isteri dimadukan, perebutan kuasa yang tidak pernah selesai, kemegahan dan kecanggihan maritim Melaka, dan akhirnya rasuah dan kejatuhannya. Wataknya juga berbagai-bagai. Walaupun Sulalat al-Salatin ialah sebuah karya agung dan penting, namun kajian tentangnya dapat dikatakan cukup langka. Kandungan buku ini ditulis dalam berbagai-bagai sudut—daripada ciri-ciri luar biasanya, hinggalah kepada kasih sayang dan berahi, perbalahan dan perancangan politik watak-wataknya.

Teknik dan alatan pengisahannya juga diperincikan keistimewaannya, dan dilihat sebagai berjaya membawa berbagai-bagai tema besar ini, tersurat dan tersirat. Penulis buku ini ialah pentranskripsi manuskrip terawal karya ini, dan kini juga seorang penterjemahnya. Beliau membawakan pengetahuan yang akrab dan mendalam terhadap teks ini, dan ditambah pula kesarjanaan yang sering meneroka genius sastera Melayu – tidak terkecuali Sulalat al-Salatin. Jarang dapat kita temukan julat persoalan yang sedemikian luas oleh seorang pengkaji karya ini.

Teks-teks yang dikenali sebagai Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu) ini telah melalui suatu jangka waktu yang panjang, dan oleh itu dianugerahkan dengan sejarahnya sendiri pula. Pada awalnya, terdapat karya dalam bentuk yang lebih dasar, misalnya senarai dan salasilah raja, seperti kata Linehan (1947) dan Roolvink (1967). Naskhah-naskhah ini dilihat sebagai salasilah pendek, seperti naskhah Maxwell 105 di Royal Asiatic Society, London, tertulis pada zaman kerajaan Melayu Melaka, yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah sejarah yang lengkap apabila selesai ditulis oleh Tun Seri Lanang di Johor. Sejak itu karya ini telah menempuh beberapa tahap perkembangan pula. Naskhah asal karya ini telah pun disalin beberapa kali di Johor, bukan sahaja kerana inilah karya penting yang diperlukan oleh istana untuk merujuk salasilah raja dan kerabatnya, tetapi juga kerana sudah menjadi suatu budaya bahawa teks yang baik diperbanyakkan untuk pembacaan dan simpanan khalayak yang lebih besar.

Karya yang ditulis di Johor ini bertarikh 1612, dan sejak awal lagi, dikagumi kerana kandungan, bahasa dan seni persembahannya yang mempunyai keunikan. Namun demikian, karya Melayu ini ditambah, dikurangkan, diperbesar atau dikecilkan sewaktu proses penyalinan dilaksanakan. Dan kita melihat bahawa ada beberapa versi yang berbeza-beza, setengahnya cukup besar, yang lain pula agak kecil sifatnya.

Weight0.351 kg
Dimensions24.2 × 16.1 × 1.1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.