Konsep Wira Dalam Masyarakat Melayu: Membelai Romantisme Dekaden

SHAHARUDDIN MAARUF is a Senior Research Fellow in the Department of Socioculture in Universiti Malaya. He is the author of Malay Ideas on Development: From Feudal Lord to Capitalist and Concept of a Hero in Malay Society.

SIRD (Edisi baru, 2014)
153 halaman

RM20.00

In stock

Tujuan penulisan Konsep Wira Dalam Masyarakat Melayu: Membelai Romantisme Dekaden ialah menunjukkan beberapa aspek tertentu tentang pemikiran elit Melayu di Malaysia. Sebagai satu tajuk, perbincangan konsepsi wira mereka amat sesuai untuk tujuan ini kerana ianya mendedahkan banyak sekali idea-idea terpenting yang dianuti oleh golongan elit Melayu, termasuk apa yang dianggap mereka sebagai tindakan, pencapaian dan bakti yang ulung. Idea-idea tidak wujud berasingan tetapi saling bertalian, tiap-tiap satu mempengaruhi dan dipengaruhi oleh yang lain.

Begitu juga, apa yang dianggap oleh anggota-anggota elit Melayu sebagai pencapaian agung mencerminkan juga idea-idea lain yang saling berkaitan. Dengan cara menganalisis idea dan pandangan mereka mengenai apa yang dianggap sebagai perbuatan agung, kita dapat menyelami pemikiran mereka.

Beberapa persoalan yang agak menarik adalah seperti berikut: Apakah cita cemerlang mereka dan apa yang dianggap mereka sebagai pencapaian agung? Apa yang mereka banggakan dan apakah yang harus diperjuangkan oleh orang-orang Melayu mengikut pendapat mereka? Bagaimana pengertian kepimpinan di kalangan mereka? Apa yang mereka harapkan dari pemimpin dan pemimpin pula apa yang diharapkan dari pengikut-pengikut? Bagaimana sikap mereka terhadap usaha dan pencapaian intelek atau terhadap ketulusan etika mengikut ukuran nilai-nilai keagamaan dan nilai-nilai insaniah? Kebudayaan yang bressagaimana dianggap mereka sebagai teras identiti?

Akhirnya, bagaimana mereka memberi makna kepada kewujudan mereka?

Konsep Wira Dalam Masyarakat Melayu: Membelai Romantisme Dekaden menyentuh beberapa sikap golongan elit Melayu yang mempengaruhi pembangunan sosial, ekonomi, kebudayaan dan politik orang-orang Melayu. Misalnya, apakah nilai-nilai yang mereka anggap sesuai bagi orang-orang Melayu? Yang dimaksudkan di sini adalah nilai-nilai yang mempengaruhi kehidupan mereka dan bukan sekadar pengertian ideal sahaja. Adakah nilai-nilai ini diambil dari zaman feudal yang lampau, atau dari agama Islam mereka, dan mungkin pula dari pengaruh-pengaruh Barat kepada mana mereka sentiasa terdedah.

Aspek-aspek mana dari satu-satu tradisi itu disadur dan diberi keutamaan, dan apa pula yang ditolak dan dibuang? Sintesis kebudayaan yang bagaimana diperjuangkan oleh elit Melayu? Adakah ianya merupakan sintesis sifat-sifat negatif dari berbagai tradisi atau merupakan sintesis sifat-sifat yang positif? Adakah elit ini sedar akan terdapatnya percanggahan di antara nilai-nilai asasi satu-satu tradisi itu dengan yang lain?

Sekiranya mereka sedar akan percanggahan ini, sudahkah mereka bertindak ke arah reformasi? Apakah pendirian mereka dalam persoalan pengekalan dan perubahan? Apa yang dianggap penting untuk diteruskan dan diperkukuhkan dalam warisan kebudayaan mereka dan apa pula yang harus diubah?

Jawapan kepada persoalan-persoalan di atas merumuskan peranan elit Melayu mencoraki respons masyarakat terhadap cabaran pembangunan.

Konsep Wira Dalam Masyarakat Melayu: Membelai Romantisme Dekaden cuba menunjukkan bahawa golongan elit Melayu sedang menggalakkan banyak idea-idea sesat dan aliran-aliran pemikiran yang menghambat pembangunan. Nilai-nilai dan kuasa-kuasa sosial yang penting dilumpuhkan dan digencat. Satu contoh yang jelas terdapat dalam bidang agama. Nilai-nilai penting dalam Islam yang sebati dan sejajar dengan kemajuan tidak diutamakan oleh golongan elit Melayu; pemahaman Islam mengenai kepimpinan diketepikan sementara pemahaman feudal dianjur dan disebarkan.

Usaha intelek tidak diasuh sementara sikap tidak rasional dan tahyul dipupuk dan dianggap penting. Idealisme dan kerohanian diperlemahkan sementara sikap-sikap anti-sosial dan pendapat-pendapat yang bercanggah dengan kepentingan umum dan keperluan golongan lemah diakui kebenarannya. Pembentukan akhlak yang peka terhadap ketidakadilan dibantutkan sementara jenis insan yang berjiwa kadam dan lumpuh akhlaknya didewa-dewakan.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.273 kg
Dimensions 22.5 × 15.3 × 0.8 cm
Edition

Format

ISBN

9789670630434

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Konsep Wira Dalam Masyarakat Melayu: Membelai Romantisme Dekaden”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.