Kumpulan Puisi: Mahathir, Kami Bersamamu

LIM SWEE TIN adalah penerima S.E.A Write Awards pada tahun 2000.

Penerbit UUM (Cetakan Pertama, 2019)
87 halaman

RM55.00

Only 1 left in stock

Product ID: 24282 Subject: Sub-subjects: , , , ,

Kumpulan Puisi: Mahathir, Kami Bersamamu menghimpunkan sajak-sajak Lim Swee Tin yang digarap dalam tempoh hampir dua dekad (1998-2018). Seingat penulis, sajak ‘Lelaki yang Berdiri’ dan ‘Kepada Teknokrat Berani’ merupakan saja-sajak yang terawal beliau cipta. Isinya mengandungi apresiasi dan kekaguman penulis terhadap seorang pemimpin negara ulung, Mahathir Mohamad.

Seterusnya, penulis kekal mengikuti dengan rapat setiap gemblengan ikhtiar Mahathir dalam membangunkan Malaysia dan merangka pemerintahannya. Malaysia terus makmur. Beliau mengilhamkan banyak kejayaan. Selain pencapaian hebat di peringkat kebangsaan, yakni di dalam negara Malaysia sendiri, Mahathir juga dikagumi di seluruh dunia: kegemilangan Malaysia, suara keberaniannya dalam menyinggung beberapa keputusan terpenting di arena antarabangsa, seumpama ketidakadilan dan penindasan.

Dengan sejumlah 40 buah sajak, Kumpulan Puisi: Mahathir, Kami Bersamamu tentunya mustahil untuk menyeluruhi sumbangan dan jasa beliau yang sangat besar. Di bawah kepemimpinan Mahathir selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, pencapaian ekonomi perubahan sosial, pertumbuhan prasarana, kemajuan dalam bidang teknologi tinggi, perpaduan bangsa, dan keampuhan semangat nasionalisme serta patriotisme dalam kalangan rakyat tidak dapat disangkalkan lagi.

Perjuangan ini tidak diraih hasilnya dengan mudah, dalam sekelip mata. Sudah tentu sangat banyak onak dan ranjau yang Mahathir harungi. Sajak ‘Akankah Mereka ke Sana’ merupakan salah satu pertanyaan penulis. Di sini, penulis melihat kecekalan dan kegigihannya yang amat luar biasa dalam menyatupadukan segenap lapisan rakyat. Era dan zaman pemerintahan Mahathir sangat menguji, demikian iklim perubahan yang berlaku di seluruh dunia menuntut beliau pantas menyesuaikannya dengan situasi dalam negara.

Penulis hanyalah seorang rakyat biasa yang merakam seluruh pencapaian dan kejayaan Mahathir. Sajak-sajak di dalam kumpulan puisi ini seluruhnya tertumpu kepada Mahathir; seawal beliau mengambil alih negara daripada Allahyarham Tun Hussein Onn. Namun, sesekali penulis tidak segera menyebutkan melalui karya kreatif. Walaupun banyak penulisan yang dihasilkan tentang Mahathir dalam pelbagai genre, penulis lebih mengambil langkah berhati-hati.

Bukan diburu sebarang kebimbangan, akan tetapi, tentulah sukar menerjemahkan rasa dan fikirannya setiap kali ingin menyebut tentang Mahathir. Begitu sulitnya, sehinggalah penulis memberanikan diri ketika awalnya mengisahkan pandangan peribadi terhadap beliau. Sajak perlu berimpak. Jasa beliau terlalu besar, penulis berharap sajak-sajaknya tidak menipiskan pencapaian cemerlang pemimpin besar itu.

Kumpulan Puisi: Mahathir, Kami Bersamamu disusun dalam tujuh bahagian. Setiap bahagia mengisikan karya yang penulis sifatkan menyangkut perkara-perkara yang sudah penulis fikirkan sebagai saling berkaitan. Ada tiga kelompok penulisan penulis. Pertama, khusus tentang Mahathir dalam pimpinan kerajaannya; pemerintahan, pentadbiran, pencapaian dan semua yang dilakukan. Kedua, sajak-sajak yang merupakan reaksi penulis akan apa-apa sahaja cetusan idea, pandangan, semangat dan gagasan yang Mahathir rangkakan. Tentang kemerdekaan bangsa, misalnya. Tentang perpaduan rakyat, contohnya. Sajak-sajak ini merupakan kesan sorotan penulis.

Ketiga, sajak yang terhasil atau terilham daripada sikap dan pendirian Mahathir, idealisme dan nilai baik yang sering kali beliau tunjuk serta lakukan. Sajak berjudul ‘Kota Baca’ ialah tentang kebaikan membaca. Mahathir bukan sahaja diketahui sebagai Perdana Menteri yang sangat gemar membaca, akan tetapi juga pada masa yang sama mengarang buku. Itu belum termasuk pelbagai penulisannya yang kebanyakannya meninggalkan impak yang besar kepada masyarakat dan negara.

Sebahagian kecil sajak, yakni dalam bahagian ketujuh adalah luahan penulis setelah PRU ke-14, yang berlangsung pada 9 Mei 2018 yang lalu, yang banyak mengubah landskap politik negara. Kali ini, Mahathir kembali ke tampuk kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, sebagai Perdana Menteri bagi kali kedua. Sebagaimana era terdahulu, penulis menyambutnya dengan penuh rasa teruja. Penulis bahkan mengharapkan pencapaian yang lebih gemilang lagi bagi negara kita, Malaysia.

Weight0.414 kg
Dimensions23.5 × 16.1 × 1.2 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.