Ladang Kebebasan: Pengalaman Amerika

JAMES MACGREGOR BURNS (b. 1918 – d. 2014) was an American historian and political scientist, presidential biographer, and authority on leadership studies. In 1971, he received the Pulitzer Prize and the National Book Award in History and Biography for his work on America’s 32nd president, Roosevelt: The Soldier of Freedom.

Diterjemah daripada The Vineyard of Liberty: The American Experiment oleh AMIN AHMAD, PUPPA ROSMAN, JABBAR SALLEH dan AEDI ASRI

IBDE (Cetakan Pertama, 2018)
833 halaman

RM80.00

In stock

Product ID: 5084 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Ladang Kebebasan: Pengalaman Amerika merupakan terjemahan daripada The Vineyard of Liberty (The American Experiment) karya James MacGregor Burns. Menerusi karya ini, James MacGregor Burns menyorot sejarah Amerika Syarikat dari kelahiran Perlembagaan sehingga ke era awal Perang Saudara. Tahun-tahun antara tahun 1787 dan 1863 menyaksikan perkembangan Bangsa Amerika — masyarakat, politik, adab resmi, kebudayaan, dan yang paling penting, keutuhan sebuah kebebasan. Burns meneroka peristiwa utama di dekad awal republik itu, serta peranan wira dari George Washington ke Abraham Lincoln dan juga tokoh yang kurang dikenali. Menawan dan berwawasan, sejarah Burns menggabungkan warna dan tekstur kehidupan Amerika awal dengan penyelidikan kesarjanaan yang teliti. Fokus pada ketegangan yang membawa kepada Perang Saudara, Burns cemerlang menunjukkan bagaimana rakyat Amerika berpuak atau berpecah dalam memahami dan menanggapi darihal makna kemerdekaan, atau kebebasan (liberty). Vineyard of Liberty adalah naratif yang mengasyikkan pada tahun-tahun pembentukan Amerika.

Pusat penduduk Amerika Syarikat pada tahun 1790 terletak 23 batu timur Baltimore. Daripada empat juta penduduk di 13 buah negeri asal pada masa ini, majoriti besar tinggal di ladang-ladang dalam lingkungan lebih kurang seratus batu dari Atlantik. Penduduk pekan-pekan di luar bandar ini sangat seragam, biasanya berjumlah antara seribu hingga tiga ribu orang, kerana perladangan mempunyai keterbatasan tersendiri dari segi bilangan. Sebilangan kawasan yang kelihatan seperti bandar raya telah wujud — Philadelphia dengan 42,000 penduduk, New York dengan 33,000 penduduk, Boston dengan 18,000 penduduk dan Charleston dengan 16,000 penduduk. Tetapi 95 peratus penduduk yang tinggal di pekan berjumlah kurang daripada 2,500 orang.

Melihat ke barat, yang tinggal di sepanjang pesisir Atlantik pada dekad 1780-an ialah orang-orang Amerika yang terpecah-pecah dan lemah. Di tempat lain di luar Appalachians terdapat pecahan kecil penghuni peneroka dan penduduk baru di sebuah tanah yang masih lagi diinginkan oleh Britain atau Perancis atau kuasa Eropah yang lain. Melewati Mississippi terbentang kawasan tidak diteroka yang dituntut oleh raja Sepanyol. Terletak di luar tenggara ialah Florida — bukan hanya dituntut tetapi dimiliki oleh Sepanyol — dan antara Georgia dan Florida terhampar paya yang hampir tidak boleh dilalui. Sempadan utara Maine menjadi pertikaian dengan Britain. Daripada kawasan seluas 820,000 batu persegi, kurang daripada satu pertiga didiami. Barat Pennsylvania dan New York masih lagi belantara.

Orang-orang Amerika disatukan oleh ketakutan bersama orang-orang India Amerika dan pendatang luar, berkongsi keperluan dan persekitaran desa, memori Revolusi, kepercayaan kuat untuk merdeka dan bebas — namun sedikit selainnya. Daripada empat juta penduduk, kira-kira 750,000 orang berkulit hitam, dan daripada jumlah ini, 700,000 ialah hamba dan selainnya “bebas.” Perhambaan secara umumnya telah banyak dimansuhkan di Utara semasa dan selepas tempoh Revolusi, tetapi ramai mengikat kontrak untuk berkhidmat dalam keadaan nyata, jika tidak hanya sementara, sebagai hamba Sistem kasta penuh wujud di Selatan, di mana hamba kulit hitam berada di bahagian bawah gred piramid yang tinggi. Orang-orang Amerika belum lagi ditarik bersama ke pengalaman kebebasan, kesamaan dan persaudaraan bersama.

Orang-orang Amerika juga, meskipun sangat ramai berkeyakinan Protestan, belum ditarik oleh pandangan agama yang sama. Pada tahun 1775, Kongregasi dianggarkan berjumlah sekitar 575,000 orang, Anglikan 500,000 orang, Presbyterian 410,000 orang, gereja Jerman 200,000 orang, Reformasi Belanda 75,000 orang, Baptis dan Roman Katolik masing-masing 25,000 orang, Methodist 5,000 orang dan Yahudi 2,000 orang. Sejak mula peneroka-peneroka hidup dalam kontroversi agama, pertikaian doktrin, perpecahan dan pemisahan sektarian, gerakan kebangkitan semula agama (revivalisme) dan evangelisme, pengambilan faham dan dogma baru dari Eropah, bersama dengan pembawanya — juga hidup bersama serang balas rasionalistik, deistik dan ateistik terhadap agama. Roman Katolik pada mulanya bertapak di Maryland dan tempat lain, tetapi tidak boleh memenangi hak politik dan agama mereka daripada majoriti Protestan yang begitu kuat. Hanya satu daya yang menyatukan mereka yang memiliki kepercayaan, tidak memiliki kepercayaan, mistik, yang warak, kumpulan gereja yang berpecah, penentang, kelompok arus perdana dan arus pinggiran: satu kepercayaan terhadap kebebasan beragama.

Tanah pesisir Atlantik yang panjang, mempunyai banyak sungai dan paya,” mudah memastikan orang-orang Amerika terpisah, dan pengangkutan belum benar-benar ada untuknya. Pada tahun 1790 banyak seksyen negara ini belum mempunyai jalan yang sebenar lagi; apa yang pernah ditunjuk dalam peta sebagai jalan besar ialah selalunya lebih sedikit daripada jalan kuda atau rentis bertakik. Kereta kuda atau gerbong berat hanya boleh bergerak menggunakan jalan besar yang menghubung bandar-bandar besar. Beberapa jalan — terutamanya jalan Belantara melalui Jurang Cumberland ke Kentucky — menembusi sempadan-sempadan gunung ke barat. Dengan hasil kejuruteraan yang mengagumkan, penduduk Boston baru selesai membinajambatan Sungai Charles pada lewat dekad 1780-an, yang merupakan jambatan terpanjang di dunia pada waktu itu. Tetapi banyak sungai dan kebanyakan aliran langsung tidak mempunyai jambatan dan perlu diharungi.

Dalam satu perjalanan, seseorang perlu membawa bukan mata wang “Amerika” tetapi wang syiling yang paling umum, “dolar bergerigis” Sepanyol atau “kepingan lapan” Atau dia mungkin memiliki pound dan pence Inggeris, atau guinea Perancis atau johannes atau “joe” Portugis. Melawat Virginia, adalah bijak untuk dia mendapatkan nota-nota kertas yang dipanggil “wang tembakau”resit gudang awam untuk tembakau yang ditempatkan di sana. Di mana-mana nota bank kertas pengembara akan diterima dengan rasa curiga. Jika dia mahu merasa seperti berada di rumah ketikan berjauhan dari rumah, cara yang terbaik baginya ialah sama ada ke gereja setempat atau rumah tumpangan. Rumah tumpangan mungkin dinamakan Bag o’Nails atau the Goat and Compass atau the Silent Woman — akan menyediakan minuman keras bercampur air yang biasa dan cukup banyak. Orang-orang Amerika suka minum minuman keras. Dianggarkan sebanyak empat juta gelen rum, brandi dan minuman keras yang kuat diimport pada tahun 1787, bersama satu juta gelen wain dan tiga juta gelen molases, untuk membuat rum — semuanya selain daripada buah-buah daripada ladang anggur tempatan.

Merentasi semua perbezaan dan pemisahan ialah perkara yang paling asas antara semuanya —iaitu antara Utara dan Selatan. Dua kawasan ini berbeza dari segi iklim, ekonomi ladang dan sistem sosial, dan dalam pergantungan kepada hamba-hamba. Hubungan antara Charleston dan London dan antara Boston dan London adalah lebih dekat berbanding antara Charleston dan Boston. “Saya bukan orang Virginia tetapi orang Amerika,” Patrick Henry menolak dakwaan ketika Revolusi tercetus. Tetapi dia sentiasa seorang rakyat Selatan. Orang-orang Amerika memiliki sifat baik-sikap jenaka, tahap toleransi yang tinggi, menyukai lagu. Mereka bergembira dengan cerita-cerita hebat, jenaka-jenaka praktikal, riuh-rendah. Bila John Thayer, seorang Kongregasi pulang dari Rom dan menukar kepercayaan sebagai penganut Roman Katolik dan mengadakan satu perhimpunan di Boston, penganut-penganut Protestan setempat tidak menghalau dia keluar dari pekan; sebaliknya mereka begitu tertanya tentang majlis itu sehingga membeli tiket untuk menghadirinya. Dan di mana-mana orang Amerika meluahkan rasa gembira dan sedih mereka dalam lagu.

Prolog – Ladang

BAHAGIAN I
Kebebasan dan Kesatuan

1. Strategi Kebebasan
2. Kader Ketiga
3. Ujikaji Bermula
4. Dugaan Kebebasan

BAHAGIAN II
Kebebasan di Arcadia

5. Kepimpinan Jefferson
6. Gara Orang Amerika Berperang
7. Gara Damai Amerika
8. Kelahiran Jentera

BAHAGIAN III
Kebebasan dan Kesamaan

9. Angin dari Barat
10. Parti-parti: Perlembagaan Orang Ramai
11. Majoriti Yang Tidak Pernah Wujud

BAHAGIAN IV
Empayar Kebebasan

12. Whig: Urusan Politik
13. Empayar Kebebasan
14. Budaya Kebebasan

BAHAGIAN V
Tiada Kebebasan Mahupun Kesatuan

15. Ladang Yang Menguning
16. Kesan Kemarahan Yang Melampau
17. Wain Darah Merah

Nota-nota

Weight1.108 kg
Dimensions22.5 × 15 × 6 cm
Author(s)

, , , ,

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.