Makna Pemilikan dan Persempadanan Tanah Adat

AZIMA ABDUL MANAF adalah Profesor Madya di Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran (SEEDS), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2017)
127 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM30.00

In stock

Product ID: 33100 Subject: Sub-subjects: , , , ,

Makna Pemilikan dan Persempadanan Tanah Adat diolah bagi meneliti makna terhadap pemilikan dan persempadanan Tanah Adat Orang Asal oleh masyarakat adat di Sarawak. Tafsiran terhadap makna memiliki tanah yang berbeza antara agensi dan komuniti setempat mewujudkan konflik dan seterusnya mempengaruhi agenda pembangunan yang telah dirancang, Punca yang membezakan makna pemilikan dan persempadanan ini didapati berkait rapat dengan kerja pengukuran dan pemetaan yang tidak mengambil kira maklumat lisan seperti budaya dan adat. Situasi tersebut menjadi suatu polemik terhadap komuniti setempat apabila berlakunya pencerobohan, eksploitasi dan pengambilalihan tanah yang menyebabkan hak sosial, ekonomi dan kebudayaan serta politik mereka terjejas. Polemik yang melanda masyarakat tanah adat ini secara holistiknya diteliti dalam konteks pemahaman makna pemilikan dan persempadanan tanah mengikut pandangan masyarakat setempat. Sehubungan itu, pengolahan dalam buku ini akan memberikan penekanan terhadap dokumentasi makna pemilikan dan persempadanan dan tanah adat berdasarkan kepada fungsi, peranan dan pelaksanaan sistem pemilikan dan persempadanan tanah adat mereka.

Penelitian merangkumi isu keperluan untuk mendapatkan hak pemilikan tanah adat yang dirungkai dengan menggunakan pemetaan sosial dalam menganalisis makna melalui pengalaman sosial tuan tanah. Pendekatan ini dianggap rasional kerana dalam mengupas isu pemilikan orang asal, yang paling kritikal adalah isu tanah yang didiami sejak nenek moyang mereka lagi, tetapi tidak mempunyai geran tanah yang jelas, Keadaan ini menjadi cabaran terbesar dalam usaha mempertahankan keberadaan tanah adat apabila wujudnya pengaruh pasaran yang akhirnya memecah bahagi kawasan kampung menjadi hak kawasan sendiri melalui aktiviti perladangan komersial, pembinaan infrastruktur, pembinaan empangan dan juga aktiviti pembalakan. Tambahan pula pada masa yang sama, wujud usaha kerajaan negeri yang menggalakkan penyertaan pihak swasta dalam penanaman kelapa sawit dan pelbagai tanaman lagi di atas Tanah Adat Orang Asal (Native Customary Lands).

Oleh yang demikian, buku ini penting kerana tidak ada kajian seumpamanya yang menggunakan pendekatan pemetaan sosial dalam konteks pengalaman masyarakat setempat dalam menggali makna yang tersirat di sebalik keperluan mengekalkan pemilikan mereka terhadap tanah. Justeru, fokus terhadap penentuan sempadan dan pemilikan telah memberi penekanan terhadap proses penandaan, kuasa penentuan sempadan serta penerimaan komuniti terhadap kaedah yang diamalkan. Penelitian untuk memahami kaedah tradisional yang diamalkan oleh komuniti dalam menentukan pemilikan dan persempadanan tanah adat yang sememangnya ternyata berbeza dengan sistem pemilikan dan persempadanan yang diguna pakai oleh pihak agensi. Di samping itu, kejelasan terhadap proses penentuan persempadanan penting sebagai bahan rujuk pemilik tanah. Selain itu, dapat meningkatkan tahap keselamatan pemilikan dalam usaha mengukuhkan penjagaan dan pengawalan ke atas tanah. Keadaan ini memungkinkan terhadap keperluan mendapatkan hak pemilikan yang jelas dalam konteks geran individu.

Prakata

1. Pemilikan dan Persempadanan Tanah
2. Pentadbiran Tanah Adat Komuniti Bidayuh
3. Makna Pemilikan dan Persempadanan
4. Halangan Keberadaan Pemilikan Tanah
5. Tanah Adat yang Diiktiraf dan Didokumentasikan

Rujukan
Indeks

Weight0.195 kg
Dimensions22.7 × 15.1 × 0.7 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.