Buku Manual Admiralti Ilmu Kepelautan
- , Jilid 1 ialah terjemahan yang sah daripada buku Admiralty Manual of Seamanship Volume 1 terbitan Her Majesty’s Stationery Office (HMSO), St. Crispins, Duke Street, England. Buku Manual Admiralti Ilmu Kepelautan dihasilkan untuk memberikan pengenalan menyeluruh tentang kemahiran yang perlu dalam bidang kepelautan. Maklumat yang terkandung dalam buku ini disusun dalam empat bahagian: 1. Ilmu dan Keselamatan Kapal; 2. Kepelautan; 3. Organisasi Kapal; 4. Pengendalian Kapal dan Pandu Arah; supaya pembaca dapat mendalami sebarang subjek yang ingin diperoleh.
Jilid 1 merupakan buku panduan asas untuk pegawai tentera laut atau sesiapa yang ingin menganggotai tentera laut. Empat bahagian tersebut merangkumi tajuk yang berikut. 1. istilah umum laut, jenis kapal, reka bentuk dan pembinaan kapal perang, keselamatan kapal, langkah mengawal kebakaran; 2. Tali dan kegunaannya, ikatan dan lilitan serta kerja tali umum, tali-temali, bot perkhidmatan, pengendalian bot, bot, sauh dan kabel; 3. Organisasi asas, komunikasi dalam tentera laut, istiadat dalam tentera laut; 4. Kompas kapal, mengarah pandu dan mengemudi, pandu arah asas dan elemen peraturan lalu lintas laut.
Reviews
There are no reviews yet.