Out of stock

Masyarakat Madani dan Politik: ABIM dan Proses Demokrasi

SHAHARUDDIN BADARUDDIN (1962–2018) adalah ahli akademik dan ahli politik, yang pernah menjawat sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan menjadi ADUN Seri Setia dalam Dewan Negeri Selangor pada 2018.

IDEA (Cetakan Pertama, 2016)
244 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM39.00

Out of stock

Masyarakat Madani dan Politik: ABIM dan Proses Demokrasi mengetengahkan peranan yang dimainkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dalam galur politik Malaysia sebermula penubuhannya pada 1971. ABIM merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah ditubuhkan empat dekat yang lalu atau lebih tepat pada 6 Ogos 1971. Meskipun bergerak sebagai sebuah NGO, namun gerakan belia Islam ini sering kali menjadi perhatian umum dan memberi impak yang besar dalam mencorakkan politik tanah air. Gerakan yang ditubuhkan awal era 70-an ini menjadi pilihan masyarakat, khususnya kepada mahasiswa-mahasiswi yang ingin mendalami dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dengan menjadikan ABIM sebagai alternatif dan platform untuk mencapai cita-cita tersebut. Gerakan ini sebenarnya bukan sahaja popular di kampus-kampus, malah turut bergerak di desa-desa, pekan dan seluruh kawasan termasuk Sabah dan Sarawak bagi mengangkat martabat umat Islam.

Sejak ditubuhkan, ABIM telah melalui beberapa era dalam gerakannya dengan membincangkan pelbagai perkara khususnya yang melibatkan umat Islam di dalam mahupun di peringkat antarabangsa. Selain itu, sebagai gerakan dakwah, ABIM juga bergerak mengikut rentak semasa masyarakat dengan turut membincangkan pelbagai perkara penting bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat negara ini. Ini termasuklah berkaitan dengan politik dan demokrasi yang menjadi satu topik penting dalam mana-mana pertubuhan. Oleh itu, tidak menjadi satu kejutan apabila ramai tokoh-tokoh politik negara lahir daripada gerakan ini, sama ada di posisi parti kerajaan mahupun pembangkang. Antara tokoh penting ialah Anwar Ibrahim yang merupakan Presiden ABIM yang kedua selepas menggantikan Razali Nawawi. Anwar Ibrahim menjadi tokoh penting dalam politik Malaysia kerana beliau berjaya mencetuskan kekuatan parti pembangkang setelah dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan UMNO. Kesannya, pemimpin yang pernah menjadi Ketua Pembangkang ini telah dikenakan pelbagai tindakan oleh pihak kerajaan bagi menyekat kemaraannya bersama rakyat untuk membawa perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik.

Bermula dengan perjuangan yang lebih menitikberatkan tentang nilai-nilai Islam, ABIM mula mengorak langkah yang lebih proaktif apabila terlibat secara langsung dalam politik, meskipun masih mengekalkan statusnya sebagai sebuah NGO Islam. Antara sejarah penting gerakan ini adalah menjadi pencetus kepada penubuhan parti politik, iaitu bermula daripada gerakan reformasi selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO sehinggalah parti KeADILan ditubuhkan. Bermula dari saat itu, gerakan ini menjadi pertubuhan penting yang mempunyai pengaruh dalam mencorakkan politik negara sehinggalah Pilihan Raya Umum yang terakhir, iaitu Pilihan Raya Umum Ke-13, 2013. Seperti pertubuhan NGO yang lain, ABIM juga tidak terkecuali daripada mengalami zaman yang sukar. Ini termasuklah sebahagian besar pemimpinnya pernah ditahan oleh pihak kerajaan dan sebagainya. Namun begitu, gerakan ini masih berjaya meneruskan survival dengan menggarap seluruh kekuatannya untuk terus utuh sehingga ke hari ini dengan merencanakan ideologi dan pendekatan yang baharu mengikut kesesuaian zaman.

Kata Pengantar Penerbit
Kata Pengantar Naib Canselor Unisel
Prakata
Kependekan

1. MASYARAKAT SIVIL DAN POLITIK
Pengenalan
Fenomena Kebangkitan Islam
Konsep Islam dan Masyarakat Sivil
Ciri-Ciri Masyarakat Sivil
Islam dan Demokrasi
Pemikiran Politik Islam
Penutup

2. ABIM DAN KEBANGKITAN GERAKAN ISLAM
Pengenalan
ABIM di Awal Penubuhan
Agenda Pembudayaan Islam
Isu Perjuangan ABIM
Kebangkitan Dakwah dan Peranan Pelajar Luar Negara
Reaksi ABIM Terhadap Kemasukan PAS dalam BN
Reaksi Politik Pemerintah dan Aksi Politik Islam
Pendekatan Strategik Kerajaan
Penutup

3. PEMIKIRAN POLITIK ABIM
Pengenalan
Kerangka Pemikiran ABIM
Demokrasi dan Politik Islam ABIM
Pendekatan Politik ABIM
Pendekatan Manhaj Maliziy
Penutup

4. ABIM DAN PENDEKATAN POLITIK WASATIYATUL ISLAM
Pengenalan
Anwar Ibrahim dan UMNO
Kesan Kemasukan Anwar Ibrahim Kepada ABIM
Hala Tuju ABIM Pasca Anwar Ibrahim
Rakan dalam Pembinaan Negara Bangsa
Penginstitusian Gerakan Dakwah
Penutup

5. ABIM DAN PERUBAHAN AKSI POLITIK 1990-AN
Pengenalan
Prinsip Siyasah Syariah
Politik Mandiri ABIM
Perpecahan Politik Umat
Proses PengABIMan UMNO
Penutup

6. DARI GERAKAN SIVIL KEPADA GERAKAN POLITIK
Pengenalan
Gerakan Reformasi
ABIM, GERAK dan Gagasan Rakyat
Dari ADIL ke Parti Keadilan Nasional
Pilihan Raya Umum Ke-10
Penutup

7. STRATEGI BARU POLITIK ABIM PASCA SEPTEMBER 2001
Pengenalan
Politik ABIM Pasca September 2001
Peminggiran Elemen ABIM dalam Keadilan
Konsep Wahdatul Ummah
Agenda Perpaduan Ummah
Penutup

8. DARIPADA AKOMODATIF KEPADA PATRIOTIK
Pengenalan
Politik Akomodatif
Politik Patriotik
Pilihan Raya Umum Ke-12, 2008 Politik Pendidikan
Penutup

9. AKTIVIS POLITIK DAN KESANNYA KEPADA PARTI POLITIK
Pengenalan
Masyarakat Madani dan Norma Politik
Peranan Aktivis Masyarakat Madani
Aktor Politik Tahap Pertama
Aktor Politik Tahap Kedua
Aktor Politik Tahap Ketiga
Penutup

10. JAMAAH ABIM DAN PILIHAN RAYA UMUM KE-13
Pengenalan
Politik Islam di Malaysia Pra PRU Ke-13
Isu-Isu Politik Islam Pasca PRU Ke-13
Isu Perkauman
ISU KALIMAH ALLAH
Persaingan Politik Ahli-Ahli ABIM
Aktor Politik Jamaah dalam PRU Ke-13
Penutup

Biodata
Lampiran A1
Lampiran A2
Glosari
Bibliografi
Indeks

Weight0.393 kg
Dimensions23 × 15 × 2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.