Memoir Mohamed Salleh Lamry: Guru Melayu Terakhir

MOHAMED SALLEH LAMRY adalah mantan Profesor Madya dan Sarjana Tamu di Program Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2009)
228 halaman termasuk Indeks

RM35.00

Only 1 left in stock

Product ID: 31257 Subject: Sub-subjects: , , ,

Memoir Mohamed Salleh Lamry: Guru Melayu Terakhir memaparkan warna-warni rencah kehidupan dan juga pengalaman penulis sedari kecil sehingga ke suatu tempoh perkhidmatan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohamed Salleh Lamry adalah salah seorang daripada kumpulan guru Melayu terakhir yang dilantik daripada kalangan orang yang berpendidikan sekolah rendah. Beliau menjadi guru dan melepaskan peluang keemasan untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atas kehendak keluarga. Menyedari bahawa status guru sekolah Melayu adalah rendah, usaha meninggikan status diri telah dilakukannya hampir sepanjang hayat.

Salleh mengambil peperiksaan SRP dan SPM dengan cara belajar sendiri. Kemudian beliau mencari laluan lain menuju ke menara gading iaitu ke UKM dengan mengambil peperiksaan STPM. Akhirnya, beliau ditawarkan menjadi tutor sambil mengambil ijazah Sarjana setelah mendapat ijazah Sarjanamuda. Beliau meneruskan kerjayanya: bermula sebagai pensyarah, kemudian Profesor Madya dan berakhir sebagai Sarjana Tamu. Usaha meninggikan status diri hanya berakhir dengan mengambil ijazah Doktor Falsafah. Walaupun tidak berjaya menjadi seorang penulis kreatif, tetapi aktiviti penulisan yang dilakukannya ketika bertugas sebagai guru dan tutor telah memberikannya kelebihan dan kemahiran untuk menulis karya ilmiah.

Minatnya terhadap politik dapat dipenuhi setelah bekerja di universiti dengan membuat pelbagai kajian tentang politik. Beliau berpengalaman menemuramah beberapa orang tokoh Komunis Melayu, seperti Rashid Maidin dan Abdullah C.D., iaitu ketika menjalankan kajian tentang politik kiri yang membawa kepada kelahiran salah satu bukunya yang penting iaitu Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan.

Senarai Gambar
Prakata

Bahagian I – Keluarga dan Persekolahan

1. Kelahiran dan Kehidupan Masa Kecil
2. Bersekolah Melayu
3. Bersekolah Agama dan Belajar Mengaji di Kampung
4. Terlepas Peluang ke Sekolah Menengah

Bahagian II – Menjadi Guru

5. Menjadi Guru Pelatih
6. Menjadi Guru Besar
7. Menjadi Pemimpin Persatuan Belia
8. Mengajar di Sekolah Menengah

Bahagian III – Membina dan Mengurus Keluarga

9. Mencari Cinta
10. Berkahwin dengan Maimunah
11. Isteriku menjadi Tukang Jahit
12. Anakku Si Gadis Bisu

Bahagian IV – Berusaha Menjadi Penulis

13. Asuhan Minda Intelektual
14. Menjadi Penulis dan Penerbit

Bahagian V – Laluan Lain ke Menara Gading

15. Meninggikan Status Diri
16. Mencari Laluan ke Menara Gading

Bahagian VI – Pahit Manis di UKM

17. Mahasitua di UKM
18. Membina Kerjaya
19. Beberapa Kajian dan Penulisan
20. Mengembangkan Minat Kajian Tentang Politik

Bahagian VII – Mengkaji Gerakan Kiri Melayu

21. Temerloh sebagai Buaian Nasionalis Kiri
22. Kunjungan ke Kampung Perdamaian
23. Menginterviu Tokoh Komunis Melayu

Bahagian VIII – Guru Melayu Terakhir?

24. Zaman Persaraan
25. Menulis Memoir

Indeks

Weight0.377 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.