Memoir Pegawai Perhilitan: Cerita dari Rimba memuatkan himpunan koleksi 33 buah kisah benar suka duka yang telah dialami oleh penulis sepanjang mengharungi kehidupan sebagai seorang pegawai PERHILITAN selama hampir 29 tahun. Di samping itu, terdapat satu bab khas yang memperincikan segala persiapan serta petua-petua penting bagi kemandirian diri (self survival) kepada mereka yang ingin mengembara di dalam hutan bagi jangka masa yang agak lama dengan hanya berbekalkan makanan dan peralatan yang minimum.
Latar penceritaan ini bermula sekitar tahun 1980, ketika penulis mula ditugaskan di Ibu Pejabat PERHILITAN Kuala Lumpur sebelum ditukarkan ke Kuala Tahan, Taman Negara Pahang dan menggalas tanggungjawab sebagai Penguasa Taman Negara pada usia yang masih muda, iaitu 31 tahun. Penulis telah diberi peluang untuk menimba pengalaman berada di hutan sehinggalah beliau bersara wajib daripada perkhidmatan awam pada 6 September 2007. Kesemua kisah ini masih menjadi ingatan kepada penulis dan juga kepada mereka yang terlibat ketika menjalankan tugas-tugas di dalam hutan rimba sama ada dalam ekspedisi mencari rintis baru, menyelamatkan hidupan liar, penguatkuasaan undang-undang serta tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh Ketua Pengarah PERHILITAN dari semasa ke semasa.
Matlamat ulama penulis mencoretkan kisah-kisah ini adalah untuk berkongsi pengalaman dengan sesiapa yang seangkatan dengan beliau atau mereka yang ada bersama-sama beliau ketika peristiwa ini berlaku sebagai bacaan dan tatapan kepada anak cucu mereka. Selain itu, buku ini juga boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada mereka yang mempunyai jiwa cinta akan alam semula jadi serta hidupan lIlar terutamanya dalam kalangan kakitangan Jabatan PERHILITAN sendiri yang masih berada dalam perkhidmatan.
Reviews
There are no reviews yet