Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS ke Rejimen Ke-10

SHAMSIAH FAKEH adalah pemimpin pergerakan Kemerdekaan dari kalangan wanita Melayu yang berjuang hingga ke belantara Malaya. Beliau adalah Ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

SIRD (Cetakan Kedua, 2014)
142 halaman termasuk Indeks

RM30.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 6 reward points!

Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS ke Rejimen Ke-10 dicoret oleh penulis bermula sekitar Mei 1991, sewaktu beliau masih berada di China. Shamsiah Fakeh adalah pemimpin pergerakan Kemerdekaan dari kalangan wanita Melayu yang berjuang dengan gigih hingga ke belantara Malaya. Beliau adalah Ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bagi mengibarkan panji-panji perjuangan menuntut Kemerdekaan dari tangan penjajah British. Gandingannya dengan Ahmad Boestamam, Ketua API telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah. Shamsiah menyertai Rejimen Ke-10 iaitu sayap Melayu Parti Komunis Malaya (PKM).

Kehidupannya penuh ranjau berduri. Beberapa kali beliau sesat di hutan ketika melanjutkan perjuangan bersenjata ke arah menuntut Kemerdekaan. Perjuangannya tidak mengira tempat, sama ada di hutan mahupun di pentas antarabangsa. Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.

Shamsiah mengorbankan jiwa dan raga untuk memerdekakan Malaya mengikut caranya yang tersendiri. Selepas terpisah dari PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi. Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand yang ditandatangani di Haadyai, Thailand pada 1989. Sekembali ke tanah air, beliau bersama anak cucunya menjalani kehidupan hari tuanya secara sederhana. Beliau tidak pernah menyesal menentang penjajah British, tidak pernah menyesal masuk ke hutan dan menyertai Parti Komunis.

Sejarah ditulis oleh rakyat. Kita mesti berpegang kepada fakta (kenyataan) yang benar berlaku pada masa itu dan keadaan serta situasi ketika itu. Yang penting ialah membuat garis pemisah yang jelas di antara zaman sebelum Merdeka (zaman dijajah oleh imperialis British) dan zaman setelah Merdeka. Mencampuradukkannya membuat satu kekeliruan. Kita mesti kenal yang mana musuh dan yang mana kawan. United Front (Front Persatuan) juga tidak sama di antara zaman ini dan zaman dulu iaitu tergantung pada keadaan, masa dan tempat. Walau bagaimanapun, beliau bersyukur perjuangannya telah menggegarkan penjajah. Beliau percaya dan yakin generasi muda yang dapat menghayati sejarah yang benar pasti akan menemui arah tuju mereka.

Senarai Gambar
Prakata

1. Latar Belakang Kehidupanku
2. Pendidikan, Perkahwinan dan Perceraianku
3. Kunjungan Pasukan Bintang Tiga
4. Perkahwinan Kedua
5. Mencebur Diri dalam Perjuangan
6. Ketua Wanita PKMM di Kuala Lumpur
7. Kesedaran Wanita
8. Bernikah dengan Ahmad Boestamam
9. Kongres Pertama AWAS
10. Sedikit Tentang Gabungan PUTERA-AMCJA
11. Undang-undang Darurat diisytiharkan
12. Peristiwa Sesat Kali Pertama
13. Berdirinya Tentera Pembebasan Nasional Malaya dan Penubuhan Rejimen Ke-10
14. Perjalanan ke Sempadan Malaysia-Thailand
15. Aku dan Barisan 33 Pemuda UMNO
16. Aku dihantar ke China
17. Keadaan Semasa di China
18. Penubuhan Perwakilan Liga Pembebasan Nasional Malaya di Indonesia
19. Situasi Positif dan Negatif di Indonesia
20. Situasi Tegang di Indonesia
21. Anggota Perwakilan Liga di Indonesia Ditangkap
22. Pergolakan Dalaman PKM
23. Merindui Tanah Air
24. Perubahan Polisi Kerajaan Malaysia
25. Aku Sekeluarga diizinkan Pulang oleh Kerajaan Malaysia

Wawancara Mastika dan Shamsiah Fakeh
Indeks

Weight 0.28 kg
Dimensions 15.2 × 1 × 22.7 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api

    Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api

    , , RM50.00
  • Out of stock

    Memoir Abdullah C.D. (Bahagian Pertama)

    RM35.00
  • Siti Norkiah Mahmud: Srikandi dari Pahang Utara
    Out of stock

    Siti Norkiah Mahmud: Srikandi dari Pahang Utara

    RM20.00