Motif Alam dalam Batik dan Songket Melayu merupakan kajian tentang tekstil tempatan Melayu melalui temu bual dengan 30 informan yang mempunyai pelbagai peringkat kepakaran tentang sumber motif batik dan songket Melayu dan berdasarkan bahan artifak sebanyak 315 jenis blok batik dan kain songket dari tahun 1900 sehingga tahun 1999. Kajan ini danggerahkan “Pingat Emas” oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di peringkat Universiti Putra Malaysia. Kajian ini mengandungi enam bab dan dilengkapi illustrasi berwarna. Penulisan dahan buku ini mengetengahkan penemuan baharu dalam bidang reka corak motif tempatan, Khususnya batik dan songket Melayu daripada sumber alam semula jadi.
Dalam buku ini dapat dilihat beberapa perkara yang merangkumi aspek latar belakang atau asal usul orang Melayu yang akhirnya menyumbang kepada perkembangan budaya. Selain itu dipaparkan soal ruang Melayu yang, merangkumi bangsa Melayu, konsep budaya Melayu, sejarah dan tamadun Melayu serta orang Melayu-Islam. Turut dibincang alah penggunaan prinsip seni, estetika dan reka bentuk yang mempengaruhi pemilihan motif pada tekstil khususnya batik dan songket. Tidak ketinggalan dalam buku ini juga diberikan penerangan tentang penghasilan tekstil yang merangkumi masyarakat lampau dan penghasilan tekstil, pengaruh dan penggunaan tekstil, ciri dan kaedah perusahaan batik dan songket.
Seterusnya, satu bab khusus membincangkan dan songket daripada tumbuh-tumbuhan, haiwan, sekali dikemukakan maklumat tentang pengaruh motif dari sudut budaya, iaitu motif dan corak yang meliputi motif dalam reka corak tekstil, motif dan alam semula jadi, semula jadi orang Melayu di Semenanjung Malaysia.
Secara umum, penulisan buku ini memaparkan beberapa perkara yang merangkumi aspek latar belakang atau asal usul orang Melayu yang akhirnya boleh menyumbang kepada perkembangan budaya.
Secara khusus pula, penulisan buku ini merupakan penyumbang kepada maklumat teori dan praktis dalam bidang reka tekstil tempatan khususnya batik dan songket. Dari segi teori, penulisan buku ini menyumbang kepada maklumat bertulis tentang tekstil tempatan. Dari segi praktis pula, penulisan buku ini menambahkan penemuan baharu dalam reka corak/motif khususnya daripada sumber alam semula jadi tempatan (flora, fauna, kosmologi dan alam bumi) yang dapat menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan reka corak/motif tempatan.
Selain itu, penulisan buku ini juga merupakan satu maklumat yang komprehensif tentang motif batik dan songket. Evolusi dan perkembangan motif batik dan songket dikaitkan dengan sumber asal berdasarkan kronologi. Dalam buku ini dapat dilihat bagaimana sejarah, budaya dan kepercayaan (agama), keperluan hidup dan seni orang Melayu mempengaruhi perkembangan motif batik dan songket tempatan.
NORAIDA RASHID (Verified Reader) –