Out of stock

Negara-Bangsa: Proses dan Perbahasan

ABDUL RAHMAN EMBONG adalah Profesor Sosiologi Pembangunan dan Felo Utama di Institusi Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), UKM. Antara terbitan beliau dengan Penerbit UKM ialah Pembangunan dan Kesejahteraan (2003), Globalisation, Culture and Inequalities (2004), The Role of Universities in the Quest for Peace (2005), Peranan dan Orientasi Sains Sosial di Malaysia (2006) dan Malaysia at a Crossroads: Can We Make the Transition (2011).

Penerbit UKM (Edisi Kedua, 2015)
180 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

Out of stock

Buku Negara-Bangsa: Proses dan Perbahasan adalah usaha awal Abdul Rahman Embong yang sederhana untuk mengkonsepsikan persoalan negara-bangsa dan pembinaan bangsa atau nasion dengan tumpuan kepada pengalaman masyarakat dan negara Malaysia. Sejak diterbitkannya buat kali pertama pada tahun 2000, buku ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan di kalangan pelajar. sarjana, pengulas politik dan lain-lain. Selain digunakan di universiti sebagai teks rujukan, ia juga digunakan oleh sesetengah agensi kerajaan dalam program latihan mereka.

Kepada sesetengah pengulas politik dan penggerak budaya, buku ini mungkin menarik perhatian kerana beberapa hujah di dalamnya mengundang polemik tertentu. Beberapa bab di dalamnya juga telah diterjemahkan ke bahasa Mandarin dan disiarkan secara bersiri di akhbar Nanyang Siang Pau pada tahun 2002. Sesetengah pandangan dalam buku ini pula pernah didebatkan dalam blog di internet dan diulas dalam kertas seminar.

Untuk mengambil kira beberapa dimensi lain dalam wacana tentang negara-bangsa dan pembinaan bangsa, penulis menambah dua bab baru dalam Edisi Kedua Negara-bangsa: Proses dan Perbahasan iaitu Bab 6 ‘Bahasa dan Pembinaan Bangsa’ dan Bab 9 ‘Globalisasi dan Cabaran menjadi Negara Maju’ serta menulis semula Pendahuluan. Bab 6 diasaskan pada sebuah makalah penulis dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan pada tahun 2004 dalam buku suntingan penulis berjudul, Globalisation, Culture and Inequalities: In Honour of the Late Ishak Shari (terbitan Penerbit UKM). Hujah-hujah utamanya masih sama dan ada beberapa analisis dan huraian baru dalam bab ini yang tidak terdapat dalam buku asal. Bab 9 adalah sebuah bab tersendiri yang baru yang ditulis dengan mengambil kira perkembangan terkini khususnya pengumuman Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010) pada 30 Mac 2006.

Pendahuluan untuk edisi pertama Negara-bangsa: Proses dan Perbahasan masih terbatas kepada persoalan di sekitar penghujung 1990-an. Justeru, penulis mengolah semula Pendahuluan bagi Edisi Kedua menjadi bab tersendiri (Bab 1). Sesuai dengan tujuan buku ini sebagai edisi semakan, penulis berusaha supaya perbincangan mengenai persoalan negara-bangsa dan pembinaan bangsa menjadi lebih luas. Penulis juga membuat beberapa suntingan dan pengemaskinian ke atas beberapa bab lain yang kesemuanya tertulis pada separuh kedua 1990-an.

Penulis mengambil pendirian bahawa, pertama, kepelbagaian etnik, budaya, bahasa dan agama adalah satu anugerah kekayaan tamadun yang harus dilihat sebagai aset dan diraikan bersama. Kesemua ini adalah satu realiti sosial yang dinamik dan tidak harus dianggap sebagai punca konflik, perpecahan dan huru-hara. Ini selaras dengan falsafah “perpaduan dalam kepelbagaian.” Isunya ialah bagaimana kita harus mengurus kesemua ini dengan baik agar dapat meningkatkan persefahaman dan perpaduan. Yang selalu menjadi masalah dan punca konflik ialah prasangka yang menebal, pandangan yang chauvinis dan sesetengah dasar atau keputusan yang tidak peka terhadap kepelbagaian. Selain itu cara pelaksanaan dan pengurusan yang berat sebelah, tidak adil, terburu-buru dan tidak memikirkan kemungkinan akibat sesuatu tindakan itu ke atas masyarakat berbilang kaum dan agama juga boleh mencetuskan konflik.

Kedua, bangsa Malaysia yang sedang dibina dan berkembang haruslah sebuah nasion pelbagai kaum yang inklusif sifatnya. Jalan ke hadapan untuk mencapai matlamat ini ialah di samping menghormati dan meraikan kepelbagaian, kita haruslah menggembleng dan memadukan dengan baik dua prinsip penting iaitu mengakui dan menghormati kesinambungan sejarah sebagai landasan serta mengambil kira perubahan dan realiti semasa. Kita harus menghormati dan memelihara kesinambungan sejarah kerana tanpanya, negara dan bangsa kita tidak akan mempunyai landasan yang kukuh dan kita kehilangan jati diri. Namun pada masa yang sama, kita perlu mengakui dan mengambil kira realiti semasa dan menyesuaikan prinsip kesinambungan sejarah itu dengan perubahan yang berlaku. Tanpa mengekalkan kesinambungan sejarah dan menerima perubahan baru, kita sama ada akan terus dibebani oleh nostalgia sejarah, ataupun kita hanya akan menitikberatkan realiti semasa dan mengabaikan sejarah. Kedua-dua sikap ini tidak akan dapat membawa kita maju ke hadapan ataupun membina perpaduan nasional. Untuk melangkah ke hadapan, minda kita mesti berubah menjadi lebih terbuka dan berpandangan jauh ataupun menjadi apa yang kini disebut sebagai ‘minda kelas pertama’.

Senarai Singkatan
Prakata Edisi Kedua
Prakata Edisi Pertama

1. Pendahuluan
2. egara-bangsa dan Bangsa Malaysia
3. ‘Melayu’ dalam Perjuangan Politik Negara-bangsa
4. Persoalan Negara dan Kuasa dalam Sejarah Melayu
5. Bahasa dan Pembinaan Bangsa
6. Globalisasi dan Cabaran menjadi Negara Maju
7. Transformasi Sosiobudaya dan Politik serta Peningkatan Daya Saing Negara-bangsa
8. Nilai, Pendidikan dan Pembinaan Negara-bangsa
9. Pascamodenisme dan Persoalan Negara-bangsa
10. Tradisi Intelektual, Pembinaan Negara-Bangsa dan Kebangkitan Semula Asia

Rujukan
Indeks

Weight0.265 kg
Dimensions22.5 × 15 × 0.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 2 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  2. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.