Out of stock

Nekad: Potret Kehidupan Dato’ Sir Onn bin Ja’afar

Pamela Ong Siew Im merupakan peguam yang bekerja dan menetap di Pulau Pinang. Bukunya yang pertama bertajuk Blood and the Soil, sebuah biografi tentang mendiang bapanya,Dr Ong Chong Keng.

Initiatif Buku Darul Ehsan (2018)

317 halaman

ISBN 9789671549735

RM40.00

Out of stock

Nekad: Potret Kehidupan Dato’ Sir Onn bin Ja’afar diterjemah daripada One Man’s Will, karya yang ditulis sendiri oleh Pamela Ong Siew Im, Peguam berasal dari Pulau Pinang. Membaca sejarah Dato’ Onn bererti membaca sebahagian sejarah pembentukan negara ini. Bapa nasionalisme Melayu ini berjaya mengembeleng kekuatan rakyat Tanah Melayu untuk melawan penjajah, seterusnya membuka jalan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.

Buku ini menggariskan perjalanan hidup Dato’ Onn sejak zaman kanak-kanak hingga ke zaman beliau menjadi pelajar, ahli politik, wartawan dan pemimpin. Turun-naik dan cabaran yang dihadapi Dato’ Onn menunjukkan kekuatan semangat dan idealismenya. (para baru:) Buku ini juga istimewa kerana turut menyertakan surat dan rencana yang ditulis Dato’ Onn.

Dari petikan prakata: Semua orang tahu bahawa sejarah ialah berkenaan politik dan ekonomi. Memetik kata-kata Thomas Carlyle, sejarah hanyalah biografi orang-orang terkemuka – dan biografi penuh dengan semantik, psikologi, nasib malang, kebodohan, penyakit, kebetulan dan setiap sumber kekacauan lain yang dapat dibayangkan, ataupun tidak.

Dalam pendekatan saya, saya telah membuat apa yang termampu untuk menonjolkan sumber-sumber tersebut selagi saya dapat mengenal pastinya.

Tiada orang yang dapat mengenal pasti kesemuanya tetapi saya merasakan Dato’ Onn memiliki satu kualiti yang mengatasi semua yang lain, yang memberi penjelasan mengenai diri dan menentukan kedudukan dirinya pada zamannya dan di negara ini; iaitu semangat tekad luar biasa yang membawa perubahan penting dalam sejarah Malaysia.

Disebabkan itulah buku ini diberi tajuk ‘Nekad: Potret Kehidupan Dato’ Sir Onn Bin Ja’afar’.

Weight0.440 kg
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 2 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Farith R. (Verified Reader)

    (0) (0)
  2. Luqman Manap (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author