Pemikiran Hamka

Disunting oleh SIDEK BABA

DBP (Cetakan Kedua, 2021)
154 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM25.00

Only 1 left in stock

Buku Pemikiran Hamka cuba menukil makna bina insan yang Islami, merangkum isu Islam dan perspektif sejarah, kritik terhadap kedudukan wanita dan jalur berfikir ke arah perubahan. Pemikiran, tulisan, dakwah dan perjuangan HAMKA digarap oleh penulis-penulis dengan maksud tokoh ini telah mempersembahkan sesuatu yang amat bermakna ke arah mengangkat martabat umat dan tamadun. Ianya meninggalkan jejak-jejak Islah yang bermakna ke arah memperkasa minda umat Melayu yang senafas dengan zaman tanpa menolak prinsip dan rujukan asasi Islami itu sendiri.

Hamka dalam konteks dunia Melayu-Islam melakukan proses transformasi sosial melalui pemikirannya yang disalurkan menerusi genre sastera dan agama sebagai asas tajdid dan islah. Ianya amat relevan di tengah-tengah masyarakatnya yang dibelenggu oleh adat dan cara berfikir yang tidak berkembang dan menyebabkan kemunduran yang berpanjangan.

Buku-buku mahupun novel yang ditulisnya mengajak pembaca berfikir tentang pentingnya islah ke arah kemajuan yang diajar oleh Islam. Tafsir al-Azhar beliau merupakan puncak penelitian masalah sosial dan agama setempat yang dilihat dari jendela Qurani supaya ianya mampu memberi kesan pemikiran ke arah tajdid.

“…seorang yang mujaddid dan muslih di Alam Melayu. Pemikirannya mengenai persoalan agama yang luas dan mendalam menjangkau hingga kepada isu atau dialog antara agama, polemiknya dalam mempertahankan kemurnian Islam, baik daripada aspek akidah dan ibadah jelas membuktikan tentang tajdid dan islah yang diperjuangkan.”

Prakata

1. Hamka: Keperibadian, Sejarah dan Perjuangannya
2. Tafsir Al-Azhar: Suatu Gambaran Perubahan Sosial di Indonesia pada Abad ke-20
3. Tajdid dan Islah Mengikut Pemikiran Hamka
4. Bina Insan Melalui Pembentukan Etika Sosial dan Etika Individu dari Perspektif Hamka
5. Sumbangan Hamka dalam Penulisan Sejarah Melayu di Alam Melayu
6. Peranan dan Kedudukan Wanita dalam Novel-novel Hamka
7. Mengangkat Martabat Umat dan Tamadun Melayu: Tinjauan Apresiatif terhadap Pemikiran Hamka

Bibliografi
Indeks

Weight0.245 kg
Dimensions21.5 × 13.9 × 1 cm
Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 4 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Kawah Buku (store manager)

    “Hamka telah menelurkan pemikiran-pemikiran etika yang jelas sekali…”—Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz

    (0) (0)
  2. Kawah Buku (store manager)

    “…tokoh istimewa yang bersifat multi-dimensi; sasterawansejarawan, ilmuwan-budayawan dan ulama-pemikir yang terkenal sebagai singa podium dan pahlawan pena.”—Prof. Madya Dato’ Dr. Siddiq Fadzil

    (0) (0)
  3. Kawah Buku (store manager)

    “…seorang tokoh yang terhasil dari sejarah yang melatari zamannya. Beliau seorang yang nekad dan teguh pendirian dalam melakukan pentafsiran al-Quran walau kadangkala terpaksa menghadapi kecaman dan kritikan.”—Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof

    (0) (0)
  4. Kawah Buku (store manager)

    “…seorang mujaddid dan muslih di Alam Melayu. Pemikirannya mengenai persoalan agama yang luas dan mendalam menjangkau hingga kepada isu atau dialog antara agama, polemiknya dalam mempertahankan kemurnian Islam, baik daripada aspek akidah dan ibadat jelas membuktikan tentang tajdid dan islah yang diperjuangkannya.”—Prof. Madya Dr. Fadhlullah Jamil

    (0) (0)
  5. Kawah Buku (store manager)

    “…memberikan sumbangan yang besar dalam pengkajian ini bagi mewakili pandangan sarjana tempatan dengan mesej yang cuba dibawa iaitu Islam disebarkan ke Alam Melayu melalui proses yang penuh dengan komitmen…”—Prof. Madya Dr. Mohammad Redzuan Othman

    (0) (0)
  6. Nik Mazlan Mamat (Verified Reader)

    (0) (0)
  7. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  8. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  9. JAHWARHAR IZAT AMIER (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.