Pentadbiran Kewangan Kolonial Johor

ICHIRO SUGIMOTO adalah Profesor Ekonomi di Fakulti Sains Kemanusiaan Antarabangsa, Soka University, Jepun.

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2011)
174 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM35.00

Only 1 left in stock

Pentadbiran Kewangan Kolonial Johor meneliti struktur pentadbiran kewangan Johor sepanjang 1896-1957. Dalam kajian sejarah ekonomi Malaysia, penelitian dan penyelidikan mengenai aspek pentadbiran kewangan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Kajian khusus mengenai belanjawan boleh memberi kefahaman terhadap struktur ekonomi negeri dalam konteks ekonomi pasaran yang lebih global. Penilaian yang berkesan mengenai dasar-dasar Pentadbiran Kolonial dapat dihasilkan dengan mengkaji maklumat mengenai struktur asas ekonomi yang terkandung dalam rekod-rekod pentadbiran kewangan.

Dalam bidang sejarah ekonomi, biasanya percaturan, persaingan dan kerjasama politik berlaku di antara pelbagai golongan pemodal, kesatuan sekerja dan berbagai-bagai pertubuhan, golongan aristokrat, pembesar negeri dan kerabat diraja, pegawai-pegawai tadbir British dan juga pentadbir tempatan sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat Pentadbiran Kolonial Persekutuan. Kajian-kajian mengenai perkara ini biasanya dilakukan oleh ahli-ahli sejarah tanpa mengambil kira soal belanjawarn setiap negeri atau negara yang dikaji. Begitulah halnya dalam bidang sains sosial yang ahlinya cuba memahami perubahan sosial tanpa menyelami peranan belanjawan kolonial dalam menentukan arah tuju dan kepesatan perubahan sosial yang berlaku.

Tumpuan utama Pentadbiran Kewangan Kolonial Johor ini adalah untuk meneliti sejarah pentadbiran kewangan Johor dari 1896 hingga 1957. Tempoh ini meliputi masa Pentadbiran Kolonial British (1896-1941), Pentadbiran Tentera jepun (1942-1945) dan Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu (1946-1957).

Sejarah ekonomi Johor dilihat dari sudut keseluruhan trend ekonomi pasaran dunia; pelaburan modal dalam pelbagai sektor ekonomi; perubahan demografi hasil tindak balas terhadap permintaan buruh dan pasaran tempatan; bentuk dan struktur pentadbiran kewangan; hasil pendapatan dari kastam, lesen dan duti eksais, cukai tanah dan lain-lain bentuk pendapatan; perbelanjaan di bawah kategori gaji kakitangan, pencen, kos pentadbiran dan pembinaan prasarana dan akhir sekali pengurusan wang lebihan.

Penulis menitikberatkan data-data asas belanjawan yang selama ini diabaikan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Pendekatan ini dapat menyerlahkan perkara-perkara yang sering dikemukakan oleh pegawai-pegawai kolonial yang secara umumnya memasukkan isu-isu pertumbuhan dan pembangunan ekonomi setempat dalam laporan-laporan tahunan mereka. Kandungan rekod-rekod rasmi ini boleh mengelirukan kerana tujuan asalnya adalah untuk menyampaikan prestasi kemajuan sesebuah jabatan atau negeri kepada pihak atasan di Pejabat Kolonial, London.

Melalui usaha mengumpul, menyusun semula dan menganalisis data-data belanjawan tahunan negeri dalam tempoh 1911 hingga 1957, ia menghasilkan suatu kefahaman terhadap struktur pentadbiran kewangan kolonial yang berubah-ubah di samping memahami keadaan sebenar sejarah ekonomi Johor.

Weight0.276 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 0.8 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author