Out of stock

Pentadbiran Kolonial dan Isu Pemilikan Tanah di Kelantan 1881-1941

NIK HASLINDA NIK HUSSAIN merupakan pensyarah kanan dalam bidang sejarah di Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Penerbit USM (Cetakan pertama, 2011)
224 halaman termasuk Indeks dan Bibliografi

RM47.00

Out of stock

Pentadbiran Kolonial dan Isu Pemilikan Tanah di Kelantan 1881–1941 memberi tumpuan kepada tanah dan pertanian di negeri Kelantan antara tahun 1881 hingga 1941 dengan mengupas berkenaan pentadbiran tanah dan sistem hak milik, dan diikuti dengan penelitian dalam aspek pendaftaran dan pengukuran tanah, kutipan cukai, usaha tanah dan aktiviti-aktiviti pertanian pada masa itu. Tujuan utama buku ini adalah untuk mendedahkan bahawa sebelum pentadbiran British pada tahun 1910, negeri Kelantan sudah mempunyai sistem pendaftaran hak milik tanah yang diperkenalkan pada tahun 1881. Tindakan British semasa mentadbir negeri Kelantan hanyalah memperkemaskan pentadbiran tanah untuk menjadikannya lebih efisien.

Dalam tempoh tersebut, masyarakat negeri Kelantan bukan sahaja didedahkan dengan peraturan-peraturan tanah, enakmen dan sistem perundangan British, malah kehadiran kolonial British juga telah membawa perubahan kepada aktiviti pertanian sara diri kepada produksi komersial yang berasaskan getah.

Penguatkuasaan peraturan tanah baru di bawah pentadbiran kolonial British telah membawa kepada penentangan rakyat. Rakyat Kelantan menentang undang-undang dan peraturan tanah baru yang diperkenalkan oleh British bagi mempertahankan hak warisan mereka yang dilihat semakin terhakis. Walau bagaimanapun, undang-undang dan peraturan tanah baru tetap diteruskan, meskipun bantahan untuk mengubahnya dilakukan.

Pentadbiran kolonial dan isu pemilikan tanah di Kelantan antara tahun 1881 hingga 1941 adalah cabaran terbesar yang pernah dialami oleh Kelantan ketika penguatkuasaan Peraturan Tanah Baru pada tahun 1914 yang dilaksanakan oleh British. Tindakan British memperkemaskan sistem pentadbiran tanah sedia ada untuk menjadikannya lebih efisien telah mencetuskan konflik dan penentangan rakyat. Perjuangan Tok Janggut pada tahun 1915 bertujuan untuk mempertahankan hak warisan mereka yang semakin terhakis dan kehilangan hak milik tanah yang berleluasa di tangan pengusaha-pengusaha estet asing.

Namun begitu, langkah pelaksanaan Undang-Undang Rizab Melayu (1930) dan Enakmen Tanah Kelantan (1938) dilihat sedikit sebanyak telah melindungi hak mereka dan menyekat bangsa asing daripada memilikinya melalui penjualan dan juga penggadaian tanah. Apabila enakmen ini dikuatkuasakan, kebanyakan kawasan di dalam negeri Kelantan diisytiharkan sebagai rizab Melayu dan tanah-tanah di Kelantan hanya boleh diberi milik atau dipindah milik kepada seseorang Melayu dan anak Kelantan. Justeru, peruntukan dalam Enakmen Tanah Kelantan (1938) menjadi penyumbang utama kepada kelestarian dan jaminan hak milik tanah rakyat Kelantan hingga kini.

Pentadbiran Kolonial dan Isu Pemilikan Tanah di Kelantan 1881–1941 ditulis berdasarkan sumber-sumber rasmi kerajaan British yang disimpan di Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur dan cawangan Kelantan. Antara rekod-rekod yang dirujuk ialah rekod Colonial Office (C.O.), Foreign Office (F.O.), Setiausaha Kerajaan Kelantan, fail-fail British Adviser of Kelantan dan Annual Report Kelantan.

Senarai Rajah
Senarai Jadual
Prakata

1. Pengenalan
2. Sistem Pemilikan Tanah dalam Masyarakat Melayu Kelantan Sebelum Penjajahan, 1881-1902
3. Perkembangan Sistem Perundangan Tanah di bawah Pentadbiran Rejim Baru (Siam), 1903-1909
4. Pentadbiran British: Pembaharuan Pentadbiran Tanah Kelantan dan Pengukuhan Kuasa, 1910-1915
5. Pentadbiran Kolonial dan Kesannya Terhadap Sistem Pemilikan Tanah di Kelantan, 1915-1941
6. Kesimpulan

Lampiran
Bibliografi
Indeks

Weight0.409 kg
Dimensions24 × 16.5 × 1.4 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

  1. Alesa Hartinie (verified owner)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.