Perihal Keadilan: Tinjauan Wacana Keadilan Moden

Hazman Baharom ialah pensyarah Pengajian Malaysia dan Pengajian Moral di Kolej Kesihatan Ramsay Sime Darby. Beliau juga menganggotai Jawatankuasa Etika Bebas (IEC), Ramsay Sime Darby Health Care. Selain itu, beliau ialah felo Islamic Renaissance Front (IRF) dan kru Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM). Beliau telah menterjemahkan dua buku; Islam, Sekularisme dan Demokrasi Liberal: Membentuk Teori Demokrasi untuk Masyarakat Muslim oleh Nader Hashemi, dan Golongan Muslim Pertama: Sejarah dan Memori oleh Asma Afsaruddin. Beliau juga penulis buku Renungan Kemasyarakatan yang terbit pada 2016.

SIRD (Cetakan pertama, 2019)
278 halaman

RM35.00

In stock

Product ID: 7942 Subject: Sub-subjects: , , , , , ,

Perihal Keadilan: Tinjauan Wacana Keadilan Moden cuba membawa para pembaca meninjau secara ringkas bagaimana manusia memasuki zaman moden, dan apakah tuntutan keadilan yang harus difikirkan, yang bersesuaian dengan konteks zaman. Beberapa idea pemikir besar keadilan seperti John Rawls, Robert Nozick, Michael Walzer, dan Amartya Sen akan ditinjau satu-persatu. Ia merupakan satu pengembaraan meneroka pemikiran-pemikiran besar berkait keadilan. Daripada pengembaraan ini, para pembaca dapat menggarap dengan lebih jelas apakah yang dimaksudkan dengan ‘zaman moden’ dan apakah perkara yang menjadi keperluan dari sudut keadilan sejagat.

Persoalan keadilan merupakan sesuatu yang telah lama dibahaskan para pemikir dalam sejarah manusia. Ia melibatkan isu bagaimana sesuatu barangan, manfaat, beban, kekayaan, kuasa, dan status boleh diagih-aglhkan secara paling adil di kalangan semua manusia. Persoalan ini sentiasa malar hijau, kerana dalam mana-mana tamadun, pasti akan ada ketidakadilan dan usaha manusia untuk merespon terhadapnya. Respon-respon ini mempunyai pelbagai landasan idea di peringkat falsafah, yang seterusnya membuahkan pelbagai aksi.

Persoalan keadilan dan perbincangan keadilan di dalam masyarakat Malaysia sering didominasi dengan data transcendent yang meletakkan takrifan keadilan sebagai sesuatu yang muktamad. Kemuktamadan tersebut sering didasari oleh lazimnya pendekatan teologi, dengan menyandarkan pendapat popular tradisional berteraskan teologi ataupun pendekatan positivisme legalistik.

Di satu sudut pula, idea keadilan sosial juga dilihat oleh sesetengah kelompok sebagai satu yang sakral dan muktamad untuk memperincikan persoalan keadilan. Hal ini sekaligus menyahkan perbincangan asasi para pemikir politik dan ekonomi yang melihat pentakrifan keadilan dari sudut yang lebih holistik keadilan pemilikan, keadilan pencarian, keadilan pengagihan, keadilan konsekuensi dan lain-lain lagi yang dibicarakan secara mendalam di dunia akademia. Perbincangan-perbincangan tersebut bukanlah sesuatu yang bersifat awanan, tetapi ianya menterjemahkan perihal polisi dan dasar yang mendominasi sesebuah masyarakat, malah sesebuah negara.

Membaca Perihal Keadilan: Tinjauan Wacana Keadilan Moden seolah-olah membawa kita melayari himpunan karya-karya seumpama A Short History of Nearly Everything (Bill Bryson), The Great Transformation (Karl Polanyi), History of Western Philosophy (Bertrand Russell), serta Himpunan Sejarah oleh Eric Hobsbawm. Tidak dinafikan juga, bagi mereka yang belum berkesempatan meneliti isu keadilan menurut Locke, Hume, Rawls, Nozick, dan Amartya Sen, buku ini merupakan siri ‘readers‘ yang amat bermanfaat sebelum mereka mentelaah helaian buku-buku tersebut. Penulis telah mempersembahkan di dalam buku ini ringkasan dan kupasan idea-idea utama di dalam buku-buku para pemikir tersebut.

Menariknya, setiap bab yang disajikan oleh penulis sentiasa mencabar zon keselesaan pembaca serta menolak pembaca dari kesejahteraan dan ketenteraman minda taklidi konvensional. Penulis juga melalui perenggan-perenggan buku ini tidak sekali-kali berkompromi dengan mediocrity (kesederhanaan yang tidak berkualiti). Perbincangan di dalam buku ini telah berjaya menolak keluar para pembaca dari pemikiran status quo berkaitan isu keadilan.

Seperkara yang tidak boleh dielakkan ialah kecenderungan penulis kepada Rawlsian justice yang ditampung oleh sentuhan idea kritikal beliau. Latar belakang pendidikan agama penulis juga telah menjadikan kemampuan beliau untuk membuat cuplikan-cuplikan keagamaan sebagai awan larat dalam beberapa argumentasi beliau tentang beberapa topik dalam helaian-helaian tertentu buku ini.

Weight0.45 kg
Dimensions22.8 × 15.3 × 1.6 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.