Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed M. Naquib al-Attas: Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi

WAN MOHD NOR WAN DAUD adalah penyandang Kursi Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam Pemikiran Islam, Raja Zarith Sofia Centre for Advanced Studies on Islam, Science, and Civilisation (RZS-CASIS)

Penerbit UM (Cetakan Kelapan, 2020)
404 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM40.00

In stock

Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed M. Naquib Al-Attas: Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi mengandungi huraian dan analisis serta perbandingan yang sistematik dan mendalam tentang idea-idea dan amalan keagamaan dan kependidikan subjeknya secara perbandingan dengan tokoh-tokoh pemikiran dan pendidikan Islam semasa (seperti Abduh, Iqbal, Fazlur Rahman, Ismail al-Faruqi, Seyyed Hossein Nasr, Abdul Karim Soroush dll.) dan yang bukan Islam. Di antara tajuk besar dan penting yang dibicarakan secara berhubung kait ialah pandangan metafizika Islam (Metaphysical worldview of Islam); ilmu dan pelbagai cara mencapainya; makna, kandungan dan kaedah pendidikan; fardu ain dan fardu kifayah; kaedah tauhid dalam epistemologi dan pendidikan; tafsir dan takwil sebagai kaedah saintifik; bahasa Arab sebagai bahasa saintifik; konsep dan hakikat universiti Islam; sejarah Islamisasi ilmu pengetahuan semasa dan respons terhadapnya dan lain- lain.

Islamisasi ilmu pengetahuan semasa dan pendidikan umat Islam telah banyak diperbincangkan secara serius sejak Persidangan Sedunia Pendidikan Islam yang pertama di Makkah pada 1977, tetapi tidak terdapat usaha yang sistematik dan berwibawa untuk menelusuri sejarah idea-idea penting mengenai kedua-duanya. Kehampaan ini menyukarkan usaha memahami gagasan-gagasan penting dalam pendidikan Islam masa ini, dan menimbulkan banyak masalah dalam pelaksanaan di pelbagai tahap. Buku ini merupakan satu huraian tentang idea-idea dan amalan pendidikan salah seorang cendekiawan Islam yang terulung dan amat kreatif pada zaman ini, Syed Muhammad Naquib al-Attas, yang juga telah memainkan peranan mendasar dalam Persidangan Sedunia Pendidikan Islam yang pertama dan kedua, dan dalam menyuluh fikiran dan perjuangan kependidikan umat selama lebih dari tiga dekad, menghadapi zaman yang semakin mencabar pandangan alam, tatanilai, dasar akhlak dan Syariat Islam.

Penulis telah mengetengahkan pelbagai bukti dan hujah bahawa Syed Muhammad Naquib al-Attas yang bertanggungjawab menemukan dan menghuraikan gagasan kependidikan dan kebudayaan terpenting untuk umat Islam zaman ini, iaitu Islamisasi ilmu pengetahuan semasa dan pendidikan, dan mempamerkan amalan idea-idea dan gagasan ini dalam konteks institusi pendidikan tinggi, khasnya di ISTAC (International Institute of Islamic Thought and Civilization) Kuala Lumpur, yang diasaskan olehnya dan dipimpinnya. Karya ini mungkin yang pertama dalam wacana pemikiran pendidikan Islam masa ini. Penulis telah menggunakan pelbagai sumber sama ada yang diterbitkan atau tidak, interviu, dan perhatian langsung tentang sikap dan amalan Syed Muhammad Naquib al-Attas sebagai seorang pemikir dan pendidik.

Prakata
Daftar Singkatan

PENDAHULUAN

1. PANDANGAN METAFIZIKA TENTANG WUJUD DAN KEWUJUDAN
Metafizika Islam Menurut Al-Attas
Manusia dan Psikologinya
Kebebasan dan Nasib Manusia
Alam Raya

2. ILMU DAN CARA MENCAPAINYA
Ilmu Pengetahuan dan Akidah Islam
Definisi Ilmu Pengetahuan
Jenis-jenis Ilmu secara Umum
Saluran Pengetahuan

3. MAKNA DAN TUJUAN PENDIDIKAN
Pandangan yang Mengutamakan Individu
Insan Adabi
Pengembangan Masyarakat
Kehilangan Adab

4. IDEA DAN REALITI UNIVERSITI ISLAM
Universiti Islam sebagai Mikrokosmos
Islam dan Munculnya Universiti Barat
Kebebasan Akademik dan Pengembangan Ilmu
Pendidikan Tinggi: Bukanlah Sebuah Hak
Perpustakaan

5. KURIKULUM DAN KAEDAH PENDIDIKAN
Persiapan Spiritual
Kebergantungan pada Autoriti dan Peranan Guru
Hierarki Ilmu Pengetahuan
Fardu Ain dan Fardu Kifayah
Dimensi Tambahan
Peranan Bahasa
Kaedah Tauhid
Pancaindera, Akal dan Intuisi
Penggunaan Metafora dan Cerita

6. ISLAMISASI ILMU PENGETAHUAN SEMASA: TEORI DAN AMALAN
Perkembangan Awal
Aktivisme Intelektual Al-Attas
Sejarah Singkat Islamisasi Ilmu Pengetahuan
Sifat Ilmiah Bahasa Arab
Tafsir Bukanlah Hermeneutika
Bidang Semantik dalam Konteks Islam

7. RESPONS TERHADAP ISLAMISASI ILMU PENGETAHUAN SEMASA
Reformis Moden dan Ilmu Pengetahuan pada Zaman Mereka
Al-Faruqi dan IIIT (International Institute of Islamic Thought)
Seyyed Hossein Nasr
Fazlur Rahman
Jaafar Syekh Idris
Reaksi Lain
Sifat Ganda Islamisasi
Kesimpulan

BIBLIOGRAFI
INDEKS

Weight0.615 kg
Dimensions20 × 14 × 0.7 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.