Persatuan Ulama Kedah: Inti Sari Kebangkitan, Gerakan Dakwah dan Kepimpinan

MUSTAFFA MAHMUD adalah ahli jawatankuasa Persatuan Ulama Kedah.

MUHAMAD NOOR HABIBI HAJI LONG adalah ahli jawatankuasa Persatuan Ulama Kedah.

Penerbit UUM (Cetakan Pertama, 2020)
130 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

In stock

If you purchase this book you will earn 7 points worth of RM0.70!

Persatuan Ulama Kedah: Inti Sari Kebangkitan, Gerakan Dakwah dan Kepimpinan membentangkan susur galur sejarah penubuhan Persatuan Ulama Kedah (PUK) sejak kemerdekaan tanah Melayu sehingga kini. Penubuhan PUK bermula daripada kebangkitan semangat perjuangan menentang Malayan Union dan menuntut kemerdekaan negara. Buku ini juga merupakan catatan diari perjuangan para ulama, khususnya pendukung PUK, yang jarang ditemui dalam catatan buku-buku sejarah moden pada hari ini dalam mendepani cabaran dakwah dan gerakan Islam. Ia dapat memberi inspirasi perjuangan kepada para amilin dan pendakwah serta masyarakat Islam seluruhnya. Buku ini mengimbas kembali bagaimana peranan ulama sebagai benteng terakhir menjaga akidah masyarakat Islam di tanah air ketika era penjajahan.

Menelusuri pendekatan yang digunakan oleh para ulama dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. PUK telah menjadi sekretariat gerak kerja penggemblengan kebangkitan rakyat yang melibatkan semua pihak daripada golongan istana, bangsawan hingga golongan petani yang merupakan rakyat marhaen. Setelah mencapai kemerdekaan, ulama berperanan untuk mengisi kemerdekaan dengan menangani isu kelemahan kepimpinan dan kejahilan umat. Para ulama menubuhkan institusi pendidikan seperti pondok dan sekolah agama. Sebahagian mereka mengambil bahagian dalam pentadbiran negeri dan negara. Manakala sebahagian lagi menganggotai pertubuhan NGO menjadi jurubicara yang membawa suara masyarakat yang tertindas dan ketinggalan. Akhirnya, ulama juga adalah sebuah institusi yang berperanan menyatukan umat dan mengembalikan maruah nusa.

Penubuhan PUK berselari dengan kebangkitan Melayu menentang Malayan Union. Sebagaimana yang telah dirancangkan, setelah perarakan gergasi pada pada 19 Januari 1946 telah selesai dijalankan, pagi Sabtu dan pada sebelah petangnya pemimpin-pemimpin dari serata kampung yang datang ke Alor Setar telah berkumpul di Maktab Mahmud, di Jalan Simpang Kuala untuk mengambil keputusan menubuhkan sebuah persatuan seperti yang dirancangkan oleh Tuan Guru Haji Abdullah Abbas Nasution bersama-sama dengan Tuan Guru Syeikh Abdul Halim Osman. Lebih kurang 100 orang ulama telah hadir di Maahad Mahmud dan mereka mengambil persetujuan. Dengan persetujuan ramai dan sebulat suara sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulama Kedah (PUK) dengan rasminya telah ditubuhkan pada 7 Rabīʿ al-ʾAwwal 1365 Hijrah bersamaan 9 Februari 1946

Sungguhpun pada tarikh tersebut PUK telah ditubuhkan tetapi ia tidak didaftarkan secara rasmi sehingga 9 Januari 1953. Ini disebabkan undang-undang negeri pada masa itu tidak mensyaratkan pendaftarannya untuk bergerak secara sah. Dengan demikian PUK telah bergerak lebih dari empat tahun tanpa sebarang kawalan daripada kerajaan sebelum didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan awam.

Weight 0.237 kg
Dimensions 22.8 × 15.2 × 0.8 cm
Author(s)

,

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Persatuan Ulama Kedah: Inti Sari Kebangkitan, Gerakan Dakwah dan Kepimpinan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *