Out of stock

Polemik Islam dan Dasar Pemerintahan karya Ali Abdul Raziq

MUHAMMAD ‘IMARAH (b. 1931 – d. 2020) adalah seorang profesor dalam bidang falsafah dari Mesir. Beliau banyak menghasilkan karya dalam bidang falsafah, antaranya menyunting buku Fasl al-Maqal fi ma bayn al-Hikma wa al-Shariah min Ittisal (The Decisive Treatise, Determining the Nature of the Connection between Religion and Philosophy), salah satu karya terkemuka filasuf agung Ibnu Rusyd. Antara karya ilmiah beliau yang terpenting ialah Suqut al-ghuluw al-‘almani (The Fall of the Secularist Exaggeration), sebuah respon kepada pemikiran sekular Muhammad Said Al-Asymawi, seorang sarjana Mesir kontemporari.

Diterjemah oleh AL-MUSTAQEEM MAHMOD RADHI dan FARHAN AFFANDI dari karya asal berjudul Al-Islam wa-usul al-hukm li ‘Ali ‘Abd al-Raziq: Dirasat wa-watha’iq.

Institut Kajian Dasar (Cetakan pertama, 2006)
184 halaman, termasuk Nota dan Rujukan

RM25.00

Out of stock

ISBN: 9789838840071 Product ID: 21333 Subject: Sub-subjects: , , , , , ,

Polemik Islam dan Dasar Pemerintahan karya Ali Abdul Raziq adalah terjemahan daripada dari karya asal berjudul Al-Islam wa-usul al-hukm li ‘Ali ‘Abd al-Raziq: Dirasat wa-watha’iq, iaitu sebuah hasil kajian Muhammad Imarah terhadap kontroversi buku Al-Islam Wa Usul Al-Hukm: Bahth Fi-l Khilafa Wa-l Hukuma Fi-l Islam. Buku ini meninjau pelbagai faktor yang menyumbang kepada kontroversi berkenaan. Buku ini istimewa kerana ia menampilkan pelbagai dokumen penting, termasuk prosiding perbicaraan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi Ulama al-Azhar ke atas Ali Abdul Raziq, dan juga sudut pandang semua pihak yang terbabit dalam konflik tersebut. Selain itu, pengarangnya juga berhasil menyusun pandangan-pandangan yang dikutip daripada akhbar-akhbar Mesir pada waktu konflik berkenaan berlangsung (paling hangat sekitar 1924-1925).

Sejak percetakan diperkenalkan di Mesir, tidak ada penerbit pernah menerbitkan sebuah buku yang lebih menimbulkan hiruk-pikuk, pertembungan dan perdebatan mengatasi kesan dari Al-Islam Wa Usul Al-Hukm: Bahth Fi-l Khilafa Wa-l Hukuma Fi-l Islam (Islam dan Dasar Pemerintahan: Sebuah Kajian Tentang Kedudukan Khilafah dan Kerajaan dalam Islam).

Punca kepada kekalutan yang timbul bukan semata-mata berlegar sekitar inti pemikiran yang terkandung di dalam perbahasan buku berkenaan, atau keberanian penulis dalam memperkatakan topik berkaitan. Sebaliknya punca kepada suasana panas yang terhasil akibat buku ini adalah serangan yang ditujukan oleh almarhum al-Syeikh Ali Abdul Raziq terhadap manusia yang menduduki takhta kerajaan Mesir ketika itu (tahun 1925) iaitu Raja Ahmad Fuad. Sejak memasuki zaman moden, tidak pernah ada sebuah buku pun sebelumnya memberikan kesan sehebat itu kepada Mesir.

Kebanyakan kajian yang ditulis tentang buku Ali Abdul Raziq, sepanjang pemerintahan keluarga Muhammad ‘Ali di Mesir, atau dalam tempoh sebelum Julai 1952, tidak ada pengkaji yang benar-benar dapat berlaku adil terhadap buku berkenaan—mereka sama ada menyokong sepenuhnya atau menentang tanpa penelitian dan perhitungan mendalam. Hatta sebahagian kajian serius yang dibuat dengan tujuan asal melakukan kritikan secara objektif terhadap buku ini sampai ke tahap mencela banyak pandangan di dalamnya dan tidak dapat mengelak dari habis-habisan mempertahankan sistem pemerintahan beraja di Mesir dan raja yang menduduki takhta Mesir waktu itu.

Terdapat keperluan untuk membentangkan kandungan buku berkenaan kepada para pembaca zaman ini, agar mereka dapat menyaksikan sendiri pemikiran seorang pemikir Muslim yang telah mencetuskan antara penempuran paling hebat dalam sejarah pemikiran dan politik moden. Kajian ke atas buku ini dipermudahkan oleh suasana semasa di mana negara ini telah bebas daripada pemerintahan dinasti Muhammad Ali. Ia juga dibantu oleh perubahan pemikiran masyarakat yang telah berlangsung sejak separuh kurun yang lalu. Kita telah berjaya melampaui tabiat hubungan yang menentukan rupa masyarakat zaman lalu. Sensitiviti politik yang melingkungi buku berkenaan dan penulisnya juga telah tiada. Kesemua keadaan dan perubahan ini membantu kami untuk mengkaji buku Ali Abdul Raziq seobjektif mungkin, untuk melihat sisi-sisi positifnya, dan meletakkan buku berkenaan pada tempat yang selayaknya di ufuk pemikiran Mesir, Arab dan Islam hari ini.

Polemik Islam dan Dasar Pemerintahan karya Ali Abdul Raziq juga diharap dapat membantu menempatkan buku berkenaan dan penulisnya pada martabat yang betul di dalam gerakan reformasi dan pembaharuan umat Arab dan Islam. Kajian ini juga berhasrat melakukan kritik yang adil dan objektif terhadap kesilapan dan kekurangan buku berkenaan. Kajian ini didorong oleh beberapa persoalan semasa yang penting yang menuntut kita untuk menyelak kembali helaian-helaian yang penting buku catatan kehidupan intelektual kita, sama ada masa lalu yang hampir atau jauh, untuk membolehkan kita menimba kekayaan yang ada dari helaiannya demi hari ini dan masa depan. Dengan melihat ke masa lalu juga kita dapat meneladani keberanian mereka yang berijtihad dan menyuarakan keyakinan mereka tanpa rasa gerun dengan penguasa yang memerintah Mesir sebelum Julai 1952.

Bahkan kajian sebegini-yang dibuat hampir setengah abad selepas penerbitan buku Raziq-dilihat penting oleh mereka yang hidup pada zaman terbitnya Islam dan Dasar Pemerintahan dan menyaksikan perdebatan yang timbul di sekitarnya. Di hari itu mereka telah menyedari bahawa penilaian objektif terhadap karya tersebut adalah mustahil dalam suasana dan persekitaran waktu itu. Salah seorang dari mereka menulis pada waktu itu: “Tidak pernah ada buku yang diterbitkan di zaman ini memberi kesan sepertimana Islam dan Dasar Pemerintahan. Tidak diragui buku ini perlu diteliti selepas keributan reda, dan diamati dengan pemikiran yang bersih dari matlamat dan faktor semasa yang menyebabkan ribut kencang.”

Weight0.212 kg
Dimensions19 × 12.8 × 1 cm
Author(s)

, ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.