Puisi dalam Zaman Tidak Puitis (Poetry in Non-Poetic Era) merupakan himpunan puisi indah yang telah dihasilkan oleh 10 pemuisi tempatan dan 11 pemuisi dari luar negara antaranya Jepun, Perancis, New Zealand, Iran, Bangladesh, Brunei Darussalam, Filipina, Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam. Perpustakaan Negara Malaysia berupaya menerbitkan sebuah buku puisi antarabangsa untuk menjadi salah satu khazanah intelek negara khususnya Koleksi Rujukan Malaysiana dan bakal menjadi bahan rujukan kepada para pencinta seni sastera dan budaya yang berupaya menyemarakkan budaya membaca.
Penghasilan buku ini juga merupakan satu tanda penghargaan dan pengiktirafan kami kepada karya kreatif Sasterawan Negara dan penulis puisi tanah air tercinta dan menarik minat golongan pencinta buku atau literary tourist untuk melancong ke destinasi menarik di Malaysia bagi membolehkan mereka menyaksikan sendiri apa yang dibaca menerusi buku bacaan mereka dengan lebih dekat melalui bibliotourism.
Justeru, dalam mendepani cabaran fenomena global seperti Revolusi Industri 4.0, ekonomi digital dan kepintaran buatan, Perpustakaan Negara Malaysia terus mengangkat martabat karya seni dan sastera ke tahap yang lebih tinggi bagi memastikan ia terus menjadi wahana pembangunan ketamadunan citra bangsa Malaysia.
Puisi dalam Zaman Tidak Puitis (Poetry in Non-Poetic Era) membariskan A. Samad Said (Malaysia), Abbas Maroufi (Iran), Anwar Ridhwan (Malaysia), Baha Zain (Malaysia), Free Hearty (Indonesia), Jérôme Bouchaud (Perancis), Kemala (Malaysia), Kirpal Singh (Singapura), Lim Swee Tin (Malaysia), Mohammad A. Quayum (Bangladesh), Muhammad Haji Salleh (Malaysia), Nguyen Bao Chan (Vietnam), Oneh @ Latifah Bte Osman (Malaysia), Rebecca T. Anonuevo (Filipina), Roslan Madun (Malaysia), Rossanee Kaesaman (Thailand), Shukri Abdullah (Malaysia), Suzuki Ayako (Jepun), Vaughan Rapatahana (New Zealand), dan Zefri Ariff (Brunei).
Reviews
There are no reviews yet