Puisi Melayu Tradisi

Diusahakan oleh MOHD. YUSOF MD. NOR dan ABDUL RAHMAN KAEH

DBP (Ulang Cetak, 2016)
258 halaman

RM25.00

In stock

Product ID: 25241 Subjects: , , Sub-subjects: , , ,

Puisi Melayu Tradisi memuatkan sejumlah puisi Melayu lama yang dipilih daripada beberapa sumber yang dianggap penting. Harapan penyusun, rumpun puisi tersebut dapat mencontohi keseluruhan bentuk puisi Melayu lama yang pernah lahir dan memperkaya khazanah kesusasteraan Melayu yang sedia ada. Puisi-puisi yang beraneka ragam bentuknya itu dicipta atau digubah dengan menampilkan warna suasana masyarakat Melayu dan dilatari pula oleh kekayaan alam semula jadi, iaitu Alam Melayu. Justeru, puisi-puisi Melayu lama amat cepat mesra dan digemari oleh masyarakat Melayu suatu ketika dahulu, bahkan sebahagiannya dapat bertahan sejak dahulu hingga sekarang.

Banyak kajian yang telah dilakukan terhadap puisi-puisi Melayu lama ini. Disebabkan oleh banyaknya kajian yang telah dijalankan, maka banyak pulalah pendapat yang telah dikemukakan. Selalunya, perbincangan berkisar sekitar latar belakang kemunculan, bentuk, definisi dan fungsinya dalam masyarakat Melayu dahulu dan sekarang. Sebagai contoh, asal kata pantun dan ertinya telah dibincangkan dengan panjang lebar oleh Pijnappel, Hoessein Djajadiningrat, Zainal Abidin Ahmad, Wilkinson, Winstedt, Van Ophuijsen dan lain-lain lagi.

Antara mereka, ada yang mengatakan bahawa kata pantun terdapat dalam berbagai-bagai bahasa di Nusantara, misalnya toen (bahasa Sunda), tuntun (bahasa Pampanga), tonton (bahasa Tagalog), tuntun, atuntun, matuntun (bahasa Jawa), panton (bahasa Bisaya), pantun (bahasa Toba). Erti kata-kata tersebut tidak jauh berbeza, iaitu semuanya merujuk kepada sesuatu yang teratur sama ada ucapan, pimpinan, didikan atau kesopanan. Semuanya itu dapat kita kesan dalam sebuah pantun yang merupakan suatu bentuk atau suatu cara penglahiran maksud mengikut tatasusila yang teratur.

Mereka turut menyentuh asal terciptanya pantun. Antara mereka, Van Ophuijsen mengatakan bahawa pantun timbul daripada kebiasaan orang Mandailing menggunakan dedaunan sebagai lambang untuk menyuarakan perasaan hati dalam kalangan muda-mudi. Sebaliknya, pendapat tersebut disangkal pula oleh Wilkinson. Katanya, pantun lahir daripada kebiasaat masyarakat Melayu menggunakan perkataan bersajak, sebunyi atau seirama. Demikian pula pendapat Djajadiningrat yang menyetujui pendapat-pendapat sebelumnya, yang mengataka bahawa dalam kalangan masyarakat Sunda, terdapat wawangsalan dan sindiran yang berdasarkan warna pengikat rokok. Misalnya, hedjo (hijau) seperti nendjo, iaitu melihat dalam angan-angat; fideung (hitam) ertinya eurem, iaitu berhenti yang membawa maksud bahasa si teruna tidak lagi mencintai daranya.

Berdasarkan beberapa pendapat tadi, Harun Mat Piah, dalam kajiannya mengenai pantun Melayu, menyimpulkan bahawa sebuah pantun berisi suatu saran bunyi pada kuplet pertama yang memberikan bayangan kepada kuplet kedua. Sebetulnya, hal ini telah disinggung oleh Djajadiningrat dan Gonda yang mengatakan adanya suggestie bunyi atau paralelisma-carmen dalam sebuah pantun, dan mementingkan efek pada asonansi dan aliterasi. Justeru, kejadian pantun dapat dirujuk kepada dua aspek yang kait-mengait, iaitu kebiasaan menggunakan bunyi-bunyi yang memberikan saran, dan kebiasaan menggunakan lambanglambang dalam masyarakat Melayu zaman dahbulu.

Berhubungan dengan waktu kelahiran pantun dalam khazanah kesusasteraan Melayu, Winstedt mengaitkan dengan Sejarah Melayu, roman-roman popular dari India dan Syair Ken Tambuhan. Dia membuat kesimpulan bahawa pantun telah dikenal oleh masyarakat di rantau ini kira-kira abad ke-15. Yang dimaksudkan oleh Winstedt itu mungkin pantun dalam erti yang sudah tertulis, kerana kalau kita mengambil abad ke-15 sebagai titik mula orang Melayu mengenai pantun, rasanya terlalu kemudian. Kita harus ingat bahawa pantun merupakan penghasilan sastera lisan yang dianggap lahir bersama masyarakat, dan justeru tarikh periciptaan awalnya tidak dapat dipastikan.

Banyak pendapat yang mengatakan bahawa pantun bukan sahaja kepunyaan, bahkan ciptaan orang Melayu-di Nusantara ini. Pendapat tersebut telah diperkukuh oleh Harun Mat Piah setelah dia mengusahakan perbandingan antara pendapat-pendapat Winstedt, Teeuw, Overbeck, dan Prampolini. Harun menyimpulkan bahawa pantun adalah ciptaan yang asal dalam masyarakat Melayu, bukan saduran dari Jawa, India atau Cina.

Pendahuluan

BAHAGIAN I: PANTUN

PANTUN DUA KERAT
— Pantun Kanak-kanak

PANTUN EMPAT KERAT
— Pantun Kanak-kanak
— Pantun Jenaka
— Pantun Bersukacita
— Pantun Berdukacita
— Pantun Kiasan
— Pantun Budi
— Pantun Nasihat
— Pantun Agama
— Pantun Kasih Sayang
— Pantun Nasib

PANTUN ENAM KERAT

PANTUN LAPAN KERAT

PANTUN SEPULUH KERAT

PANTUN DUA BELAS KERAT

PANTUN TIGA PULUH

PANTUN BERKAIT
— Kenangan Kasih
— Kemakmuran Negeri Perak

BAHAGIAN 2: SYAIR

SYAIR SEJARAH
— Pemberontakan Patani
— Perang Saudara di Pahang
— Syair Perang Mengkasar

SYAIR ROMAN
— Yatim Nestapa Menjadi Raja
— Angreni Dibunuh
— Syair Nur Alam Syah Lela Putera

SYAIR SIMBOLIK
— Syair Ikan Terubuk
— Syair Burung Nuri

SYAIR AGAMA
— Makna Takbur
— Makna Ria(k)

SYAIR NASIHAT
— Nasihat kepada Perempuan
— Perangai Lelaki dan Perempuan

SYAIR TEKA-TEKI
— Manusia
— Kelapa
— Pohon Buluh
— Bunga Telur
— Bunga Raya

BAHAGIAN 3: BAHASA BERIRAMA

GURINDAM
— Gurindam Dua Belas

SELOKA
— Emak Si Randang
— Pandai Pak Pandir
— Malang Pak Kaduk

BAHASA BERIRAMA YANG LAIN
— Keindahan Alam di Sebuah Kampung
— Kemewahan di Negeri Baru Pelabuhan
— Perniagaan yang Ramai
— Membuat Istana Zaman Dahulu
— Raja dalam Perjalanan
— Kerja Peralatan Raja Melayu
— Keindahan Gigi dan Panau
— Pakaian Raja Melayu
— Peperangan
— Kecantikan Seorang Puteri
— Kenaikan Raja Zaman Dahulu

TEROMBA
— Adat Istiadat Perkahwinan

REJANG
— Rejang Sindiran Diri
— Rejang Padi Emping
— Rejang Tujuh Hari
— Nyanyi Hari Tujuh

MANTERA
— Memanggil Jembalang Tanah
— Membersih Tanah Tapak Rumah
— Pendinding
— Mengambil Nira Kelapa
— Menjerat Burung
— Membuang Badi Rusa
— Permainan Lukah
— Tawar Bisa
— Membubuh Peluru ke dalam Bedil

BAHAGIAN 4: PUISI-PUISI SADURAN DARIPADA ARAB-PARSI

BAYT
NAZAM
RUBAI
KIT’AH
MASNAWI
GHAZAL

Weight0.324 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.4 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Nadiah Nadzirah (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.