Qāmūs al-Ḥamīdī: Iaitu Mengandungi Perkataan-perkataan ‘Arab yang Dipinjam dalam Bahasa Melayu

Disusun oleh ‘ABD AL-ḤAMĪD AḤMAD MELAKA AL-RĀWĪ

Ditaṣḥīḥ oleh ZA’BĀ

Akademi Jawi Malaysia (Ulang Cetak, 2021)
255 halaman

RM35.00

Only 1 left in stock

Product ID: 26612 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Qāmūs al-Ḥamīdī: Iaitu Mengandungi Perkataan-perkataan ‘Arab yang Dipinjam dalam Bahasa Melayu pertama kali dicetak pada tahun 1941 dan telah menjadi sebahagian daripada Siri Sekolah Melayu (The Malay School Series) yang diterbitkan untuk Jabatan Pendidikan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Department of Education, Straits Settlements & Federated Malay States). Qāmūs ini dimulakan dengan pengenalan pengarang yang mengandungi cara-gaya (metodologi) beliau dalam menyusun qāmūs ini, dan disudahi dengan maqālah pengarang dan kata-kata pentaṣḥīḥnya iaitu Zayn al-‘Ābidīn bin Ahmad (Pendeta Za’bā). Tuan Za’bā telah menambah lagi 600 patah kata masukan ketika mentashih qāmūs ini dengan kebenaran Haji ‘Abdul Hamid sendiri.

Lāzim qāmūs-qāmūs ‘Arab-Melayu (dan juga qāmūs-qāmūs ‘Arab lainnya) menurunkan setiap kata masukan berdasarkan turutan kata akarnya, kemudian baharulah disusuli dengan kata-kata terbitan daripada kata akar tersebut. Hāl ini berbeza dengan Qāmūs al-Ḥamīdī, apabila perkataan yang disusun adalah dalam bentuk yang sedia digunakan oleh orang Melayu dalam suratan atau percakapan mereka sehari-hari. Contohnya, kata masukan عالم (‘ālam) didatangkan dahulu daripada علم (‘ilmu), kerana turutan ع-ا tiba dahulu daripada turutan ع-ل. Kata akarnya dalam bahasa ‘Arab iaitu عَلِمَ (‘alima) pula tidak dimasukkan kerana ia tidak digunakan orang Melayu sebagai kata serapan. Setiap kata masukan dieja dalam bentuk ‘Arabnya yang asal tanpa baris, kemudian disuratkan bentuk ruminya oleh pengarang mengikut ejaan yang digunakan ketika itu. Keistimewaan Qāmūs al-Ḥamīdī adalah selain daripada perkataan-perkataan ‘Arab, pengarang turut memasukkan nama-nama tokoh, tempat, kitāb, barang dan iṣṭilāḥ-iṣṭilāḥ tertentu yang mashhūr penggunaannya oleh orang Melayu, yang biasanya tidak dijadikan kata masukan dalam qāmūs-qāmūs biasa.

Selain itu, gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang adalah mudah dan padat. Ta’rīf yang diberi juga lebih menepati konteks yang dipakai dalam bahasa pertuturan dan persuratan orang Melayu, berbeza dengan qāmūs-qāmūs lain yang menta’rīfkan sesuatu perkataan secara ‘umūm dan ringkas. Kata kata masukan yang ‘umum sifatnya diertikan hanya dengan sepatah dua kata sahaja, namun kata-kata masukan yang bersifat teknikal dalam sesuatu bidang dihuraikan dengan lebih panjang dan terperinci, seperti yang dapat dilihat pada kata masukan qullah (قلة/ḳullah) dan qillah (قلة/ḳillah) di bawah:

قلة/ḳullah =
بيجان بسر درڤد تمبيکر [ايسي اير ساتو قله شرعي ايت 250 کاتي بغداد اينله کيرا٢ دڠن تيمباڠن. ادڤون دڠن کيرا٢ سوکاتن يأيت جک تمڤت ايت امڤت ڤرسݢي ستڠه هستا تيݢ جاري اورڠيڠ ڤرتڠهن ڤد تيڤ٢ ڤيهقڽ]. (تله ملارت ڤد ملايو “کوله” دڠن ارتي تمڤت اير يڠدبينا درڤد باتو دان سيمين).

قلة/ḳillah =
سديکيت

Antara keistimewaan lain Qāmūs al-Ḥamīdī adalah trivia yang diselitkan oleh pengarang dalam menerangkan beberapa perkataan ‘Arab yang sudah dipelatkan Melayu atau bahasa lainnya seperti bahasa-bahasa Eropah. Contohnya, pada kata masukan مُعَلّم (mu’allim), pengarang menyatakan bagaimana ia dipelatkan oleh orang Melayu menjadi malim (ماليم) atau malin (مالين); atau bagaimana perkataan peduli (ڤدولي) atau perduli (ڤردولي) itu berasal daripada perkataan ‘Arab fuḍūlī (فضولي); atau bagaimana orang Portugis telah meminjam perkataan qamis (قميص) menjadi kemeja yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu.

Ejaan yang digunakan dalam Qāmūs al-Ḥamīdī bolehlah dikatakan mudah dan jelas, melainkan pada beberapa tempat terutamanya perkataan lama atau serapan bahasa Inggeris yang dieja dalam Jāwī. Terdapat juga perkataan-perkataar Melayu lama yang tidak meluas digunakan pada hari ini, yang kami sertakan penjelasannya pada nota kaki serta sumber ruja’kannya.

Umum diketahui bahawa terdapat perbezaan qa’idah ejaan Jawī yang digunakan dalam kitāb-kitāb turāth—termasuklah Qāmūs al-Ḥamīdī—dengan ejaan Jāwī ‘baharu’ yang digunakan kini. Penerbit berpendirian bahawa ‘Jāwī’ itu bukanlah sebuah ‘ilmu mengeja semata-mata; ia adalah sebuah ‘ilmu bahasa’ yang mempunyai peraturan dan tradisinya tersendiri. Pelaksanaan ejaan Jāwī baharu untuk menyalin semula kitāb turāth seperti Qāmūs al-Ḥamīdī akan sedikit sebanyak mengubah rupa kandungan dan ma’na asalnya. Walaupun demikian, terdapat beberapa tempat yang memerlukan aturan semula, sebahagiannya barangkali disebabkan oleh kekangan alat percetakan pada zaman tersebut. Oleh itu, penyunting telah membuat ketetapan terhadap sebahagian kecil ejaan yang digunakan dalam penerbitan ini, tanpa mengubah bentuk penerbitan asalnya. Penyelarasan ini dilakukan dengan meruju’ kepada tradisi persuratan Jāwī dalam kitāb-kitāb turāth, dalam masa yang sama tetap meraikan sidang pembaca hari ini.

لمڤيران نسخه أصل
ڤڠنالن ڤڽونتيڠ
ڤڠنالن ڤڠارڠ
مقاله ڤڠارڠ
ڤرکتأن مصحح کتاب اين

باب ألف — ياء

Perkataan Muṣaḥḥiḥ Kitāb Ini
Maqālah Pengarang
Pengenalan Pengarang
Pengenalan Penyunting
Penghejaan dan Perumian
سناراي ڤنربيتن اکاديمي جاوي مليسيا

Weight0.429 kg
Dimensions21.5 × 13.8 × 1.7 cm
Author(s)

Format

Language

Script

Arabic, Jawi, Roman

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.