Sains dan Teknologi Alam Melayu

CHE HUSNA AZHARI adalah Profesor Bahan di Jabatan Kejuruteraan Mekanik dan Bahan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM serta Ketua Majlis Profesor Fakulti tersebut.

Senarai penulis:
ABDUL LATIF SAMIAN
MOHAMMAD ALINOR ABDUL KADIR
WAN MOHTAR WAN YUSOFF
AIDIL ABDUL HAMID
ABDUL RAZAK SALLEH
HERMAYULIS ABDUL HAMID
FRENGKI HARDIAN ABDUL HAMID
KAMARUL AFIZI KOSMAN
HAZIYAH HUSSIN
SALINA ABDUL SAMAD
AINI HUSSAIN
MOHD RIDZUWARY MOHD ZAINAL
CHE HASSAN CHE HARON
GUSTI AKHTAR IBRAHIM
MARIYAM JAMEELAH GHAZALI
MOHD. ZAIDI OMAR
ROSDAN ABDUL MANAN
MASTOR SURAT

Penerbit UKM (Cetakan Kedua, 2018)
394 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM150.00

In stock

Sains dan Teknologi Alam Melayu mempersembahkan hasil kajian asli penyelidik sains dan teknologi Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia tentang pelbagai aspek berkaitan bidang. Wacana bermula dengan takrifan ilmu sains Melayu, terungkap secara cendekianya dalam Bahasa Melayu dan berasaskan kaca-mata Melayu-Islam. Untuk menjadi pencetus perkembangan teknologi hakiki serta pembangunan teknologi industry dalam acuan sendiri, saintis watan mesti merintis pemikiran sains teracuan dalam pengalaman kolektif watan, iaitu pewatanan ilmu. Maksud pewatanan ialah pengungkapan dan penafsiran ilmu dalam kosmologi tempatan, mahir falsafah dan epistemology ilmu khususnya sains dan teknologi berdasarkan nilai dan pemikiran sendiri.

Aplikasi pemikiran dan takrifan dari kepustakaan ilmu kepada pelbagai artifak membuah reka bitara Melayu yang digunakan dalam pertanian, pemakanan, sukan dan riadah, busana, bunyi, senjata, perubatan serta seni bina. Setiap artifak dan aplikasi di bicara dari perspektif sejarah tetapi di analisis mengikut perspektif sains terkini, jesteru mencari kesepaduan dan pengiktirafan epistemology pemikiran sains dan teknologi ilmu watan dengan pemikiran perdana sains zaman ini.

Arah tabii wacana teknologi Islam ialah ke persada tanah tumpah darah orang Islam serta meletakkannya seiring dengan konsep teknologi watan. Di Malaysia, pemula sekolah fikir sains dan teknologi watan ialah Shaharir. Kumpulan pengkaji serta penyelidik muncul, mengkaji falsafah serta amalan apa yang ditakrifkan sebagai teknologi etno atau khususnya teknologi Alam Melayu. Teknologi Alam Melayu ditakrif sebagai korpus ilmu membikin artifak dunia Melayu dengan pancaran kaca mata dunianya sendiri.

Penyelidik teknologi Melayu berpendapat kajian teknologi Melayu adalah penyumbang utama kepada korpus ilmu sains Melayu, terungkap secara cendekianya dalam bahasa Melayu berasaskan kaca mata Melayu. Ini bukan bermaksud kita menganuti kedaerahan dalam pembinaan ilmu tetapi mengambil iktibar daripada bukti sejarah bahawa kemaraan negara terindustri adalah melalui kekuatan sains watan. Untuk menjadi pencetus perkembangan teknologi hakiki dan perkembangan teknologi dan industri dalam acuan sendiri, saintis watan mesti merintis pemikiran sains beracuan pandangan serta pengalaman kolektif watan. Maksud pewatanan ilmu ialah pengungkapan dan pentafsiran ilmu dalam kosmologi tempata melahirkan falsafah dan epistemologi ilmu khususnya sains dan teknologi berdasarkan nilai dan pemikiran sendiri.

Insentif untuk ahli sains, teknologi dan jurutera khasnya serta cerdik pandai amnya, meneliti, menyelidik serta menterjemah teknologi watan di Alam Melayu adalah eceran daripada gagasan yang lebih besar, iaitu mentakrif ilmu sains dan teknologi dalam acuan sendiri. Langkah pertama penerokaan ialah penafsiran dan penampilan semula latar warisan ilmu yang diperoleh daripada Eropah Barat selepas Perang Dunia Kedua. Penyelidik teknologi Islam dan teknologi Melayu menghadapi beberapa cabaran; yang utama ialah memperakui bahawa paradigma teknologi Melayu memang wujud, perlu dikaji, adalah asas korpus ilmu sains dan teknologi dalam Bahasa Melayu dan genting kepada kewujudan negara-bangsa yang berjati diri lagi berdaya maju.

Persoalan utama yang sentiasa bugar dan relevan ialah penakrifan sains dan teknologi Melayu. Pemikiran alternatif kepada pemikiran sains perdana sudah lama diwacanakan bermula pada tahun kursus sehingga diselitkan ke dalam pembinaan manusia di universiti tempatan. Mungkin kerana jumlah suara dan tulisan lebih banyak, wacana dan pemikiran sains dan teknologi Islam lebih mendapat pengiktirafan. Rata-rata pemikir sains dan teknologi Melayu berpendapat sains dan teknologi Melayu adalah cabang dari ilmu sumber yang sama, kerana orang Melayu adalah orang Islam. Atas kesedaran kepentingan pewacanaan ini maka penulis dan penyelidik di UKM membina dan sentiasa mewujudkan jisim kritikal kumpulan pewacana pemikiran sains dan teknologi Melayu. Mereka berharap kumpulan inilah yang akan mengungkap dan memberi pendapat tentang epistemologi ilmu tersebut.

Weight0.806 kg
Dimensions23 × 20.2 × 2.2 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.