Sains Sebagai Institusi Sosial

Penyelenggara: Khalijah Mohd Salleh

DBP (Cetakan Pertama 2010)
238 Halaman

RM20.00

In stock

Pembaca diajak merenungi kemungkinan judul-judul wacana dalam buku Sains Sebagai Institusi Sosial dapat dijadikan sebagai sumber penyelidikan sains, teknologi dan masyarakat dengan menggunakan kaedah kajian lapangan atau kaedah yang di anggap munasabah.

Sejarah telah memperlihatkan kepada kita peranan yang dimainkan oleh tamadun islam terhadap kemajuan dan pembangunan sains. Walau bagaimanapun masalah semasa dalam sains, teknologi dan aplikasi memperlihatkan kepincangan sains moden yang bersifat sekular. Sehubungan itu, kita haruslah meneroka dan mengorak langkah memajukan sains dan teknologi berteraskan tauhid.

Kerja sains yang berteraskan tauhid akan mengaruh kegiatan dan budaya sains akan berada dalam batasan syariah Islam. Wacana demi wacana turut menghujahkan kepentingan mempunyai sains peribumi. Sudah adakah di Malaysia agenda pemeribumian sains sebagai respons kepada keperluan, kaedah menurut acuan kita atau status agenda pemeribumian sebenarnya tidak kemana?

Institiusi pengajian tinggi berperanan dalam melahirkan sumber manusia yang diperlukan untuk melaksanakan perancangan pembangunan dengan berkesan.

Jelasnya hal ini akan memberi implikasi kepada kurikulum sains di IPT seterusnya akan timbul pelbagai isu dan cabaran. Hal ini turut dibahaskan dalam buku ini dengan harapan tercapailah kata sepakat mengenai tindakan susulan yang wajar di ambil.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.340 kg
Dimensions 14.0 × 1.4 × 21.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789834603977

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Sains Sebagai Institusi Sosial”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.