Out of stock

Sebuah Lembah Kunamakan Tanah Air

MUHAMMAD HAJI SALLEH merupakan salah seorang penulis Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara 1991. Beliau juga telah memenangi Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1997. Pada 2008, beliau dinobat sebagai Tokoh Akademik Negara.

Penerbit UUM (Cetakan Pertama, 2019)
240 halaman

RM50.00

Out of stock

Product ID: 22851 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Sebuah Lembah Kunamakan Tanah Air menghimpunkan 155 buah puisi hasil karya Sasterawan Negara, Muhammad Haji Salleh. Menurut penulis, semenjak terbitnya kumpulan Kuntum Biru Kembang Lestari, beliau semakin banyak menulis. Pa beliau, buku usia membuka lebar dan sangat bermurah hati dengan maknanya. Maka, beliau pun mengutipnya di lantai pengalaman, dengan rasa bahagia seorang pengumpul.

Seperti biasa beliau menulis di mana-mana. Di Wakatobi, Ternate, Manado, Kota Ho Chin Minh, Kyoto, Tokyo, Riverside, Cambridge, Pang Ngha serta Pulau Pinang dan Kajang. Semuanya telah pun menjadi tempat bermastautin penulis dan perasaan beliau. Dan penulis paling subur sewaktu dalam kereta, kereta api, kapal terbang dan di depan bahang pengalaman. Inilah sebakul kiasan dan kalimat yang penulis kumpulkan buat pembaca aksara.

Weight0.442 kg
Dimensions20 × 20 × 1.3 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.