Suara Bicara: Fragmen Memoir Said Zahari merupakan karya penghormatan (festschrift) bersempena hari lahirnya yang ke-87 yang jatuh pada 18 Mei 2015 dan juga jilid ketiga dalam trilogi memoir Said Zahari, dengan judul “Menggenggam Segumpal Harapan”. Manuskrip asal itu mula ditulis semasa beliau dilantik menjadi sarjana tamu Penerbit UKM pada tahun 2009 setelah jilid kedua memoirnya, Dalam Ribuan Mimpi Gelisah diterbitkan pada 2006. Namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan khususnya kerana usia dan kesihatan beliau banyak kali terganggu, penulisan itu tidak lengkap dan terbantut begitu sahaja.
Memandangkan usia Pak Said semakin meningkat dan hasratnya begitu kuat supaya sesuatu dilakukan agar triloginya dapat dilengkapkan, penyunting telah diminta oleh Said Zahari untuk meneliti kembali manuskrip “Menggenggam Segumpal Harapan” dan, mengusahakan penerbitannya dalam bentuk yang sesuai. Dalam perbincangan dengan beliau, penyunting memaklumkan bahawa manuskrip ini agak kecil dan tidak boleh berdiri sendiri. Justeru penyunting mencadangkan agar ia digabungkan dengan beberapa penulisan lain khususnya beberapa wawancara beliau dengan media serta tulisan kawan-kawan lama dan rakan-rakan lain sebagai penghormatan kepada beliau.
Pada masa yang sama penyunting meminta nukilan daripada anak-anak beliau untuk dimasukkan di dalam buku ini. Penyunting dan Roesman, anak sulung Pak Said, juga telah menghubungi Penerbit UKM untuk mendapat keizinan berhubung hasrat memasukkan manuskrip asal “Menggenggam Segumpal Harapan” sebagai salah satu kandungan dalam buku ini.
Senarai Gambar
Kata Pengantar oleh Syed Husin Ali
Prakata oleh Abdul Rahman Embong
Sekapur Sirih oleh Roesman Said
Pendahuluan: Bicara Nurani Seorang Pejuang Kebebasan oleh Abdul Rahman Embong
BAHAGIAN I: MENGENGGAM SEGUMPAL HARAPAN: Fragmen Memoir Nukilan Said Zahari
1. Prolog : Mengapaku Tulis “Mengenggam Segumpal Harapan”
2. Aku Anak Yatim Kehilangan Bapa
3. Rakyat Indonesia Pakai Bambu Runcing Lawan Penjajah Belanda
4. Program Baru untuk Utusan Setelah Aku Dilantik Pengarang
5. Sumbangan Politik Berhaluan Kiri dalam Perjuangan Anti-penjajah
6. Menetap di Subang Jaya: Menyambung Pertalian Saudara Mara dan Sahabat Handai
7. Orang Melayu dalam Parti Komunis Malaya
8. Salamah Meninggal Dunia secara Tiba-tiba
9. Menyahut Panggilan Kaabah: Akhirnya Aku Naik Haji ke Tanah Suci
10. Aku Kehilangan Komputer Ribaku
11. Lutut Aku Dipasang Besi di Hospital Pusrawi
12. Memoirku Dibaca oleh Doktor dan Fisioterapis di Pusrawi
13. Rawatan Fisioterapi Berterusan: Aku Semakin Sembuh
14. Dikunjungi Ramai Kawan, Keluarga dan Sahabat
15. Kawan-kawan Raikan Hari Lahirku yang Ke-80
16. Mengenangi Sahabat Karibku Usman Awang, Lim Chin Siong dan M. K. Rajakumar
BAHAGIAN II: BICARA SAID ZAHARI BERSAMA MEDIA
17. Kebebasan Akhbar Pengalaman Said Zahari – Wawancara dengan Salmiyah Harun & Anis Nazri (Harakah — 20 Jun 2007)
18. A Strike for Press Freedom – Interview with Zedeck Siew (Nutgraph – 18 November 2008)
19. Chin Peng Bumiputera Malaya – Wawancara dengan Lim Hong Siang (Merdeka Review.com – 29 Disember 2009)
20. Perkauman Sempit Utusan – Wawancara dengan Rocketkini.com (10 Jun 2011)
21. Peristiwa 13 Mei – Wawancara dengan Diyana Ibrahim (The Malaysian Insider – 1 September 2013)
22. Iktiraf Chin Peng sebagai Pejuang Kemerdekaan – Wawancara dengan Diyana Ibrahim (The Malaysian Insider – 16 September 2013)
BAHAGIAN III: SUARA BICARA ANAK-ANAK SAID ZAHARI
23. Bapak dan Mummy: Teladan dalam Hidup dan Perjuangan
Temubual dengan Roesman Said
24. Bersama Pa setelah Pemergian Mummy
Nukilan isi hati Rismawati Said
25. Menghayati Nilai dan Prinsip Hidup Bapak dan Mummy
Luahan Hati Norman Said
26. Kucinta Mummy dan Papa: Tiada Kata Bisa Berbicara
Bicara hati Noorlinda Said
BAHAGIAN IV: BICARA KAWAN-KAWAN DAN PEMINAT MENGENAI SAID ZAHARI
27. Said Zahari Manusia Istimewa – Dr. M.K. Rajakumar
28. My Visit to Said Zahari on the Eve of Commemoration of the 50th anniversary of Operation Cold Store – Dr. Poh Soo Kai
29. Salut Untuk Said Zahari – Usman Awang
30. Wira dan Pejuang Rakyat – Dr Syed Husin Ali
31. Meraikan Hari Jadi Said Zahari – Tan Kai Hee
32. An Icon of Courage and Indomitable Human Spirit – Tan Jing Quee
33. My Friend Said Zahari – Lee Soon Huat & friends
34. Penghormatan Tertinggi Kepada Saudara Said Zahari – S.V. Chen
35. Lambang Perjuangan Kebebasan Akhbar dan Pembebasan – Jomo K.S.
36. Maka Bersambunglah Kisah Panjang Melawan Penganiayaan – Muhamad Hj Salleh
37. Apa Di Sebalik Memoir? – Abdul Rahman Embong
38. Lambang Kebebasan dan Perpaduan Kaum – Abdul Rahman Embong
39. A Humble Man – Yap Hon Ngian
40. Said Zahari Calls Lee Kuan Yew a Political Coward – Gopalan Nair
41. Said Zahari dan Utusan Dalam Parit – Hishamudin Rais
42. Said Zahari Khazanah Negara dan Manusia Sejagat – Hasan Karim
43. The Poems of Said Zahari were My Inspiration – Chia Yong Tai
44. Said Zahari dan Pengkhianatan Utusan – Ahmad Lutfi Othman
45. Said Zahari Tokoh Penulis Selangor – Dinsman
46. Said Zahari’s 80th Birthday – Shahidan Said
47. Said Zahari Idola yang Harus Dikenang Sampai Bila-bila – Hafez J. Malim
48. Kesaksian Said Zahari – Nasrullah Ali Fauzi
BAHAGIAN V: SAID ZAHARI MENARIK PERHATIAN MEDIA
49. Memoir Said Zahari Menarik Perhatian The Straits Times Singapore
50. Memoir Said Zahari Mendapat Perhatian Media Antarabangsa, The International Herald Tribune
51. Berita-berita Media Sana Sini
BAHAGIAN VI: HORMAT KEPADA SAID ZAHARI
52. Salut kepada Said Zahari – Puisi SN Usman Awang
53. Buat Said Zahari
54. And His Name is ‘Said’ – Francis Khoo
55. Hormat oleh kawan-kawan lama dan rakan-rakan
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet