Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara

Oleh : Nik Anuar Nik Mahmud

Penerbit UKM (Cetakan Kedua 2009)
123 Mukasurat

RM25.00

Penyertaan Sabah ke dalam Malaysia pada September 1963 tidak dapat diterima oleh Filipina yang menganggap Sabah sebahagian daripada wilayahnya.

Penyertaan Sabah adalah atas pilihan rakyatnya yang diperakui oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Sabah bukan sahaja menjadi tuntutan Filipina tetapi juga oleh waris Sultan Sulu semenjak sebelum Perang Dunia Kedua. Pada 1961 isu ini bangkit semula apabila Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mencadangkan pembentukan gagasan Malaysia yang termasuk Borneo Utara.

Kerajaan Filipina di bawa kepimpinan Macapagal mempersoalkan kesahihan hak milik British ke atas Borneo Utara pada 22 Jun 1962.

Malah pada Oktober dan November 1962 Macapagal membawa kes tuntutan ini ke PBB dan kemudian berbaik dengan Soekarno serta Azahari (pemimpin parti rakyat Brunei) untuk menentang pembentukan Malaysia.

Satu Sidang Kemuncak diadakan di Manila pada akhir Julai 1963 oleh Tunku Abdul Rahman, Soekarno dan Macapagal untuk menyelesaikan pertikian tentang pembentukan Malaysia dan kes Borneo Utara.

Kerajaan Filipina dan Indonesia bersetuju untuk menyokong pembentukan Malaysia sekiranya terbukti mendapat sokongan penduduk terbabit dan disahkan oleh PBB.

Persetujuan dicapai pada 9 Julai 1963 antara kerajaan British dan Tanah Melayu tentang penubuhan Malaysia pada 31 Ogos 1963.

Walaupun hubungan Malaysia dengan Filipina telah pulih tetapi Kerajaan Filipina masih belum menggugurkan tuntutannya ke atas Sabah.

Dimensions 15.2 x 0.7 x 22.9 cm
Edition

Format

ISBN

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara”

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.