Out of stock

Warisan Melayu Perak

AHMAD JELANI HALIMI adalah Profesor Sejarah.

ISHAK SAAT adalah Profesor Madya di Jabatan Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Penerbit UTHM (Cetakan Pertama, 2010)
144 halaman termasuk Bibliografi

RM30.00

Out of stock

Warisan Melayu Perak merupakan sebuah koleksi artikel yang memuatkan warisan sejarah orang Melayu Perak yang merangkumi pelbagai aspek seperti sejarah arkeologi, kerajaan-kerajaan awal Perak, undang-undang Melayu Perak, sejarah perdagangan dan perkapalan, peranan istana dan perkembangan Islam di Perak, peranan institusi pendidikan khususnya SITC dan Maahad Al Ehya Asshariff yang terdapat di dalam negeri Perak, perjuangan orang Melayu Perak menentang dan menuntut kemerdekaan daripada British dan juga perkembangan sektor pertanian di Perak. Ia di susun mengikut kronologi dan memperlihatkan perkembangan sejarah negeri Perak secara teratur dengan mengenegahkan peristiwa-peristiwa penting yang telah melakar dan mewarnai sejarah yang menjadi warisan Melayu Perak. Ia juga merangkup skop lingkaran yang meliputi zaman tradisi, Zaman penjajahan dan era merdeka.

Penyelidikan arkeologi dianggap penting bukan sahaja kerana ia menjangkau zaman yang tidak dikaji oleh bidang sejarah tetapi juga kerana sumbangannya terhadap bidang sejarah dalam memberi urutan peristiwa yang tepat dan benar. Bidang arkeologi dan sejarah memang mempunyai perkaitan. Ia merupakan satu bidang yang mampu membina semula dan membuktikan kewujudan sejarah kebudayaan satu-satu bangsa dan tamadun di zaman tersebut. Dalam zaman prasejarah tidak terdapat tradisi penulisan atau catatan.

Maka pemerhatian ke atas zaman silam itu perlu dilakukan melalui kajian arkeologi. Iaitu pengkajian yang mesti dilakukan ke atas tinggalan-tinggalan kebudayaan yang ditinggalkan oleh masyarakat terdahulu. Tinggalan yang dimaksudkan itu ialah beberapa jenis tapak, Candi, artifak, seperti tembikar, tengkorak, tulang manusia, tulang haiwan, manik-manik, alatan senjata, pinggan mangkuk dan sebagainya. Pengkajian ke atas artifak-artifak tersebut dapat membuktikan kesahihan tempuh masa dan juga kebenaran dakwaan kewujudan sesuatu tamadun itu.

Kita juga sering mempersoalkan kewujudan mereka ini kerang agak sukar untuk mendapatkan bukti tentang kewujudan mereka dalam dokumen-dokumen Melayu khususnya dalam hikayat-hikayat lama Melayu. Sejarah Melayu, Bustanul Salatin, Hikayat Aceh, Hikayat Raja-Raja Pasai malah Misa Melayu tidak pernah menyebut tentang kewujudan secara jelas peranan kerajaan-kerajaan awal ataupun peranan saudagar-saudagar Melayu dalam kegiatan perdagangan mahupun kegiatan perkapalan. Apa yang tercatat adalah tentang pedagang-pedagang asing khususnya pedagang India Muslim.

Namun demikian daripada catatan-catatan luar seperti catatan Portugis, Cina, Inggeris dan Belanda dapat diketahui bahawa memang terdapat pedagang-pedagang besar Melayu ini. Akan tetapi mereka bukanlah dari kalangan orang biasa tetapi para pembesar termasuk raja (sultan). Sungguhpun begitu mereka ini juga tidak pernah disebut sebagai pedagang dalam hikayat-hikayat lama Melayu. Jadi di sini timbul satu persoalan, apakah benar yang berdagang atau yang menjadi entrepreneur itu sebenarnya orang Melayu

Begitu juga kajian berdasarkan dokumen-dokumen sejarah dapat membuktikan kebenaran dan kesahihan sesuatu peristiwa sejarah. Sebagai contoh dalam sejarah tiada undang-undang yang benar-benar adil kecuali undang-undang atau peraturan yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Namun demikian sering sahaja hukum-hukum Allah itu dicampuradukkan dengan undang-undang dan peraturan adat yang dibuat oleh manusia bagi tujuan menjaga kepentingan golongan tertentu. Justeru itu walaupun undang-undang Allah itu cuba dipakai, namun ia sering dicampuradukkan dengan peraturan adat dan amalan tradisi sesebuah masyarakat itu. Perkara ini amat ketara dilihat dalam undang-undang orang Melayu Perak.

Lantaran itu, penghasilan buku ini dapat menambahkan khazanah sejarah Malaysia dan juga mendokumenkan sejarah negeri Perak khususnya. Hak yang demikian ini boleh dijadikan batu asas kepada para pengkaji kemudian nantinya untuk menjelaskan, menegaskan menghuraikan ataupun mempersoalkan kebenaran dan kesahihan sejarah Warisan Melayu Perak dengan bantuan dokumen-domumaen atav bukti-bukti baru yang ditemui.

Weight0.239 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 0.9 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.