Buku Warisan Pemikiran Islam Menurut Syara’ dan Rasional merakamkan kegelisahan penulis yang mewakili golongan yang insaf dan sedar akan nasib umat Islam yang terjebak dalam perangkap kejahilan dan kepalsuan yang didalangi oleh musuh-musuh Islam sehingga umat Islam mempercayai kepalsuan itu. Penulis cuba menyelami, menyelidiki dan mengemukakan pendapatnya tentang masalah umat Islam dan penyelesaiannya berdasarkan sumber tradisi iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah serta ijtihad. Hal ini dapat ditinjau melalui buku ini.
Dengan kata-kata lain, penulis ingin cuba mengetengahkan suatu gagasan yang bersepadu tentang metod pembangunan semula pemikiran umat Islam berteraskan syari’at dan rasional kerana pada hakikatnya terdapat golongan umat Islam yang berpegang hanya pada salah satu daripada dua prinsip utama ini. Buku ini amat bermanfaat untuk mereka yang melibatkan diri dalam dunia pemikiran dan pembangunan masyarakat dan umat Islam. Pemikiran penulis ini merupakan pemikiran institusi yang amat popular pada masa kini iaitu Institut Pemikiran Islam Antarabangsa.
Reviews
There are no reviews yet