Warna Sukma Usia Muda

Arena Wati adalah nama pena dari Muhammad bin Abdul Biang alias Andi Muhammad Dahlan bin Andi Buyung (lahir di Jeneponto, 20 Juli 1925—wafat di Cheras, Malaysia, 26 Januari 2009 pada umur 83 tahun), sasterawan negara Malaysia asal Indonesia. Ia juga memakai nama pena lain seperti Duta Muda dan Patria. Novel pertamanya, Kisah Tiga Pelayaran, terbit tahun 1959 di Singapura. Setelah itu menyusul Lingkaran (1962), Sandera (1971), Bunga dari Kuburan (1987), Kuntum Tulip Biru (1987), Sakura Mengorak Kelopak (1987), Panrita (1993), Sukma Angin (1999), Trilogi Busa (2002), Trilogi Armageddon (2004), dan Trilogi Bara Baraya. Ia juga menulis buku-buku kajian sastra dan kebudayaan.

UKM Press (2005)

411 halaman

ISBN 979679427226

RM40.00

Only 1 left in stock

Warna Sukma Usia Muda adalah kisah pelayaran anak muda bernama Abdul Rahim Daeng Massare yang menongkah arus dan lautan luas, mengharungi gelombang biru dan merentas sempadan negara dengan mengemudi Sukma Bayu belayar ke seantero Nusantara.

Nakhoda Abdul Rahim mula menegmudi Sukma Bayu ketika belasan tahun, belayar dari satu pelabuhan ke satu pelabuhan di banyak negara. Beliau begitu akrab dengan adat resam pelbagai bangsa hasil penjelajahannya di Laut China Selatan, Laut Jawa, laut Sulawesi, Laut Flores, Laut Banda, Laut Maluku dan Laut Andaman; setiap selat telah dilayarinya termasuklah Selat Melaka, Selat Karimata dan Selat Makasar.

Kini laut adalah darah dagingnya-hujan dan ribut, ombak dan badai, taufan dan gelombang dapat ditempuhi. Pelayarannya bukan hanya dilambung gelombang, dipukul ribut atau merempuh karang di lautan. Semasa Perang Dunia Kedua Nakhoda Abdul Rahim terpaksa belayar di celah-celah taburan periuk api di lautan yang telah meletupkan banyak kapal dagang selain serangan orang laut yang mahukan wang ringgit dengan cepat.

Pada masa yang sama dirinya terjerat dalam peperangan jiwa yang bergejolak, bermain dengan hati muda hingga terpaut dengan perasaan cinta dan kasih pada seorang gadis. Tetapi kasih sayang yang suci itu tenggelam kerana cita-cita murninya yang berpegang pada prinsip jati diri, berbekalkan kiat dan kaifiat I Lolo Bayo bersandarkan amal dan iman.

Jiwanya yang memberontak inginkan kedamaian. Semangatnya untuk menimba ilmu tidak pernah padam malah semakin banyak rintangan mendatang semakin menjulang api kemaraan untuk menambah ilmu di dada. Kerinduan yang menghimpit pada keluarga dan kampung halaman ditukar dengan semangat untuk terus berbakti dan menghadapi gelombang hidup dengan cekal.

Petikan Prakata Pengarang: Tema Warna Sukma Usia Muda amat jelas iaitu nostalgia peribadiku. Penuturan itu saya tuang dalam bentuk percintaan aku dengan tujuh gadis. Itu, pada zahirnya sahaja! Itu saya gunakan bagai gula dijadikan sakar, atau sira jadi kulit pada pil pahit, supaya itu mudah ditelah oleh sesiapa pun! Terutama di kalangan anak-anak muda generasi kini, untuk bakti mereka di masa depan. Saya berusaha melalui Warna Sukma Usia Muda, semoga mereka hayati jiwa dan cita-cita era lampau, sebagai pangkal tumbuhnya peristiwa, dan itu jadi fenomena kehidupan kini.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.600 kg
Dimensions 15.2 × 2 × 22.7 cm
Edition

Format

ISBN

9789679427226

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Warna Sukma Usia Muda”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You may also like…