100 Tahun Jepun dalam Pembangunan Ekonomi di Sabah 1880-1980

MD SAFFIE ABDUL RAHMAN adalah pensyarah di Universiti Malaysia Sabah.

DBP (Cetakan Pertama, 2019)
289 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM30.00

In stock

100 Tahun Jepun dalam Pembangunan Ekonomi di Sabah 1880-1980 ditulis bertujuan mengenal pasti fenomena migrasi orang Jepun di seberang laut dengan tumpuan khusus kepada imigran Jepun dan impaknya terhadap perkembangan ekonomi di Sabah sebelum tahun 1945 sehingga Sabah pascamerdeka. Buku ini juga menganalisis populasi dan tahap hubungan etnik antara orang Jepun dengan masyarakat lain di Sabah. Seterusnya, buku ini turut membincangkan jenis kegiatan ekonomi orang Jepun dan impaknya terhadap ekonomi Sabah. Angkubah yang digunakan dalam menentukan impak yang berlaku adalah dari segi inovasi yang dilakukan oleh pemodal Jepun di Sabah, seperti pemindahan teknologi. penawaran buruh, hasil keluaran dan perdagangan asing.

Migrasi orang Jepun ke seberang laut bermula pada tahun 1867, disebabkan oleh masalah sosioekonomi di Jepun pasca-1868 yang berpunca daripada pengenalan dasar sakoku ketika era keshogunan Tokugawa. Maharaja Meiji yang mewarisi sistem pemerintahan yang lemah memperkenalkan dasar pembaharuan, seperti pembangunan perusahaan, perdagangan dan hubungan antarabangsa secara terbuka. Walau bagaimanapun, dasar ini memberikan kesan negatif kepada masyarakat petani sehingga kadar pengangguran dan kemiskinan meningkat. Oleh itu, ramayi orang Jepun bermigrasi ke seberang laut untuk mencari taraf kehidupan yang lebih baik.

Namun begitu, setelah Jepun muncul sebagai kuasa imperialisme baharu di rantau Asia Timur melalui kemenangan mereka pada Perang China-Jepun 1894-1895, menyebabkan ramai orang Jepun bermigrasi ke seberang laut sebagai buruh dan pemodal. Matlamat mereka bukan sekadar pelaburan ekonomi, tetapi ingin melihat Jepun muncul sebagai kuasa ekopolitik berpengaruh di rantau Asia.

100 Tahun Jepun dalam Pembangunan Ekonomi di Sabah 1880-1980 turut membincangkan sebab utama yang mempengaruhi orang Jepun bermigrasi ke Sabah, populasi, serta jenis kegiatan ekonomi mereka sehingga memberikan impak kepada pembangunan ekonomi Sabah dari tahun 1880 hingga tahun 1980. Buku ini membincangkan tema sejarah ekonomi yang kurang mendapat perhatian di Malaysia.

Diharapkan penulisan ini menjadi permulaan untuk merancakkan dan mengembangkan lagi perbincangan berkaitan dengan sejarah ekonomi dan migrasi orang Jepun di seberang laut berbanding dengan sebelumnya yang cenderung menggunakan pendekatan ekonomi. Menariknya lagi, keseluruhan perbincangan penulisan ini menggunakan pendekatan local centric berbanding dengan kajian lepas, khususnya era pasca-Perang Dunia Kedua hingga Sabah merdeka yang cenderung membincangkan kajian dari persektif euro centric. Walau bagaimanapun, penulisan ini tetap menggunakan sumber yang pelbagai yang merangkumi sumber awalan yang diperoleh daripada agensi dalam dan luar negara.

Weight0.362 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.7 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.