Out of stock

Biografi Aminuddin Baki: Arkitek Pendidikan Negara

ROZEMAN ABU HASSAN adalah pensyarah kanan di Fakulti Sains Sosial Gunaan, Open University Malaysia. Beliau berpengalaman berkhidmat sebagai Guru Siswazah di Negeri Sembilan, pegawai peperiksaan di Majlis Peperiksaan Malaysia, pensyarah sejarah dan felo penyelidik di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

Penerbit UKM (Cetakan Kedua, 2010)
246 halaman termasuk Indeks

RM35.00

Out of stock

ISBN: 9789679428490 Product ID: 1108 Subject: Sub-subjects: , ,

Biografi Aminuddin Baki: Arkitek Pendidikan Negara merupakan biografi yang ditulis oleh Rozeman Abu Hassan mengenai sosok Arkitek Pendidikan Negara Aminuddin Baki. Aminudin bin Baki adalah seorang insan yang cukup istimewa dalam kalangan warga pendidik di Malaysia. Beliau meninggal dunia lebih 40 tahun lamanya tetapi jiwa pendidik yang dimiliki oleh Aminuddin Baki dikatakan telah mengalir secara berterusan kepada guru-guru di negara ini. Ketokohan dan kegigihan Aminuddin Baki dalam memperjuangkan nasib pelajar-pelajar Melayu dari segi pelajaran dan meningkatkan martabat bangsa melayu sendiri amat dikagumi.

Aminuddin adalah tokoh yang terkenal dengan perjuangannya dalam pertubuhan GPMS malah beliau tidak boleh dipisahkan dengan GPMS. Perjuangan beliau di anggap sebagai ‘vanguard‘ iaitu pelopor dalam membangkitkan semangat perjuangan anak-anak Melayu dalam bidang pelajaran. Niat murni Aminuddin Baki telah melahirkan satu semangat yang tinggi kepada pelajar-pelajar Melayu untuk berjaya dan meningkatkan status bangsa Melayu.

Bagi golongan pendidik, Aminuddin Baki dianggap sebagai Bapa Pemodenan Pelajaran kerana cetusan idea-idea beliau yang telah menyumbang sehingga merintis kepada lahirnya ‘Dasar Pelajaran Kebangsaan’ di Malaysia. Sebagai seorang pendidik dan pentadbir, Aminuddin telah banyak berjasa kepada bangsa dan negara terutamanya kepada bangsa Melayu.Tidak salah jikalau beliau diiktiraf sebagai ‘Arkitek Pendidikan Negara’ bagi mengenang segala sumbangan yang pernah dilakukan. Sudah lebih 40 tahun Aminuddin Baki meninggal dunia, tidak banyak kajian dan penulisan yang serius dilakukan oleh ahli akademik di Malaysia terhadap biografi beliau. Pada hari ini tidak ramai generasi muda yang mengenali Aminuddin Baki dan mengetahui apakah sumbangan yang telah dilakukan oleh beliau sehinggakan terdapat banyak nama beliau diguna pakai oleh institusi pendidikan seperti sekolah dan institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Kebanyakan penulisan mengenai Aminuddin Baki ditulis dalam bentuk kertas kerja persidangan ataupun penulisan yang hanya menumpukan kepada satu-satu skop penglibatan beliau dan tidak ditulis secara menyeluruh tentang sejarah latar belakang kehidupan dari kecil hinggalah ke akhir hayatnya. Penulisan Biografi Aminuddin Baki: Arkitek Pendidikan Negara merupakan satu sumbangan untuk mengenang seorang tokoh pendidikan negara yang semakin dilupakan oleh generasi pada masa kini. Jasa dan pengorbanan Aminuddin Baki dalam bidang pendidikan tidak harus dilupakan oleh rakyat Malaysia terutamanya di kalangan anak-anak Melayu dan bangsa Melayu.

Perjuangan Aminuddin Baki perlu dilihat sebagai perjuangan kebangsaan dalam membina dan menstrukturkan bidang pendidikan di Malaysia. Idea dan pemikiran Aminuddin Baki begitu futuristik dengan melihat pendidikan pada masa hadapan. Segala idea yang disumbangkan oleh beliau telah memberi kesan kepada sistem pendidikan yang diikuti oleh pelajar-pelajar pada hari ini terutamanya dalam melaksanakan sistem sekolah kebangsaan (national school). Sewajarnya Aminuddin Baki digelar sebagai Arkitek Pendidikan Negara sebagai mengenang sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan. Kepimpinan beliau dalam memimpin persatuan pelajar seperti PERMI dan GPMS amat dikagumi dan dihormati kalangan ahli-ahli persatuan.

Weight0.416 kg
Dimensions23 × 15.2 × 1.6 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
Showing 1 of 1 review (5 star). See all 1 review
  1. NORAIDA RASHID (Verified Reader)

    (1) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.