Memoir Ghazali Shafie: Penubuhan Malaysia

GHAZALI SHAFIE (1922–2010) merupakan ahli politik Malaysia era Tunku Abdul Rahman hinggalah era Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu dari 1970-1984.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, Edisi Bahasa Melayu 2005)
550 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM90.00

Only 1 left in stock

Di dalam Memoir Ghazali Shafie: Penubuhan Malaysia, pengarang menulis mengikut kronologi pembentukan Malaysia yang sebenarnya. Beliau merasakan adalah menjadi tanggungjawab beliau kepada generasi baru untuk menceritakan sejarah negara yang terpenting dalam perspektif yang betul. Memoir Ghazali Shafie: Penubuhan Malaysia merupakan kisah Tunku Abdul Rahman dan peranan beliau dalam membentuk negara yang rakyat Malaysia cintai. Tun Abdul Razak juga memainkan peranan yang penting dalam memacu Inter-Governmental Committee (ICC), sebuah badan yang membuka jalan kepada kemerdekaan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia. Banyak buku dan rencana telah ditulis tentang subjek pembentukan Malaysia. Sesetengahnya memaparkan makna dan tafsiran sendiri terhadap peristiwa yang berlaku. Apa yang pengarang tulis bukanlah suatu tulisan ilmiah, tetapi suatu cerita tentang peristiwa yang pengarang turut serta atau terlibat secara langsung.

Pengarang memutuskan untuk menulis setelah berfikir bahawa selepas 30 tahun perkara ini harus diceritakan sebagaimana beliau melihatnya. Beliau rasa bertanggungjawab kepada generasi akan datang. Beliau tidak merakamkannya di dalam jurnal atau diari. Bagaimanapun beliau telah membuat catatan mengenai beberapa peristiwa, dan ini membantu pengarang menyegarkan kembali ingatannya tentang apa yang berlaku dan apa yang beliau fikirkan mengenainya ketika itu. Maka pendapat pengarang tentang peristiwa itu seharusnya dibaca berlatarbelakangkan masa itu. Misalnya, cerita mengapa Brunei tidak menyertai Malaysia telah disampaikan dalam beberapa versi dan dalam karya ini pengarang memberikan versi beliau sendiri.

Pengarang berharap Memoir Ghazali Shafie: Penubuhan Malaysia akan memaparkan maklumat yang menarik atau berguna kepada penuntut sejarah dan diplomasi. Mengenai peristiwa dan kejadian yang disebutkan, pengarang tidak memberi rujukan tetapi hal itu boleh diperiksa dengan mudah sama ada melalui rekod rasmi di arkib Malaysia atau United Kingdom dan juga daripada surat khabar lama. Apa yang pengarang lakukan dalam penulisan ini adalah untuk menonjolkan peranan Tunku (Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri pertama) yang menjadi penggerak utama tentang pelbagai dasar dan secara langsung memakluminya kepada rakan kabinet terutama sekali timbalannya (Tun Abdul Razak) kerana nasihat beliau sentiasa diminta.

Tunku adalah seorang yang berperasaan belas kasihan, luhur dan selalu bertimbang rasa. Sifatnya itu sentiasa tercermin dengan jelas dalam perbincangan peribadi yang beliau adakan dengan beberapa orang semasa kehadiran saya yang mungkin tidak ditemui dalam mana-mana dokumen rasmi. Maka penulisan ini adalah tentang Tunku dan peranannya dalam pembentukan sebuah negara yang kita sebagai rakyat Malaysia sangat cintai. Dengan itu, kepada Tunku, kita mempunyai sebab untuk berterima kasih.

Mengenai Tun Abdul Razak, segala penghormatan dan pujian mesti diberikan atas peranannya dalam memandu Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK), badan yang akhirnya mencetuskan buah fikiran bagi kemerdekaan Sarawak dan Sabah dalam Malaysia. Beliau sangat berhati-hati dan memahami serta mampu melayani soalan rumit ketika berlangsungnya perundingan JAK. Hubungan peribadinya dengan Lord Landsdowne, pengerusi dan wakil kerajaan British, adalah sangat baik. Bagaimanapun Tun Abdul Razak tidak pernah lupa berunding dengan Tunku dan rakan sejawatannya apabila beliau berhadapan dengan isu yang sukar. Beliau juga suka memaklumkan kepada pegawai yang bertugas dengannya kedudukan kabinet Persekutuan Tanah Melayu dalam projek ini.

Malaysia, khasnya Sarawak dan Sabah, terhutang budi kepada beliau kerana sumbangan beliau yang agung. Berhubung dengan Brunei, Almarhum Sultan Brunei, Sir Omar Ali Saifuddin, gagal diyakini bahawa kedudukan baginda mestilah setaraf dengan kedudukan raja yang lain. Saya tahu Allahyarham Tun Abdul Razak, walaupun mengucapkan kata-kata yang menggembirakan dan memberangsangkan, menganggap kegagalan itu suatu kelemahan dalam seluruh usaha tersebut.

Bagi diri pengarang, beliau sangat gembira dan bertuah kerana diamanahkan oleh Almarhum Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra dan Kerajaan Malaysia untuk merealisasikan suatu impian yang pada pendapat beliau, tidak mungkin tercapai dan membebaskan berjuta jiwa daripada kolonialisme. Kadangkala, sejarah menawarkan seseorang satu peluang yang jarang-jarang ditemuinya untuk terlibat secara langsung dalam menentukan perjalanan sejarah. Dan perjalanan sejarah menunjukkan kepada pengarang bahawa “Bersatu Bertambah Mutu” dan kuasa politik sama-sama melahirkan ketahanan.

Weight1.07 kg
Dimensions25.4 × 17.8 × 2.8 cm
Language

Publisher

Year Published

  1. Muhammad Zulkefli Ramlay (verified owner)

    Penulis seorg tokoh yg terlibat dlm pembentukan Malaysia

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.