Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia merupakan tulisan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Salleh Abas yang memperincikan perkembangan sejarah Perlembagaan Malaysia dan struktur untuk memahaminya. Undang-undang perlembagaan adalah satu cabang undang-undang yang penting lagi menarik—bukan hanya bagi pelajar undang-undang, bahkan bagi ahli politik, pentadbir, dan rakyat biasa. Undang-undang perlembagaan perlu difahami sebaik mungkin kerana ia merupakan undang-undang asas bagi sesebuah negara. Semenjak Perlembagaan Persekutuan digubal oleh Suruhanjaya Reid menjelang Merdeka, sehinggalah dekad 1990-an ini, ia telah banyak kali dipinda. Dari segi wajah, skop dan penekanannya, ia kini sudah jauh berbeza dengan draf asal—yang biasa dinamakan oleh golongan perundangan sebagai Perlembagaan Merdeka.
Pindaan ini menunjukkan perlembagaan sesebuah negara moden itu adalah sesuatu yang hidup, seiring dengan peredaran zaman dan kemajuan serta aspirasi rakyat sesebuah negara. Oleh sebab perlembagaan sesebuah negara itu perlu mengekalkan imbangan antara kuasa eksekutif, kebebasan kehakiman dan hak-hak asasi rakyat, maka sudah semestinya dari semasa ke semasa kes-kes penting di sekitar tiga isu pokok ini dibawa ke mahkamah untuk diputuskan. Justeru itu, penelitian sebanyak mungkin kes penting yang diputuskan tentang perkara ini adalah diperlukan bagi seseorang yang ingin mendalami perkembangan sejarah perlembagaan sesebuah negara.
Prakata
Senarai Kes
Senarai Statut
1. SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Takrif Perlembagaan
Apakah Perlembagaan?
Perlembagaan Bertulis dan Tidak Bertulis
Jenis Negara
Konvensyen Perlembagaan
Dua Persoalan Perlembagaan
Doktrin Perasingan Kuasa
Sejarah Perlembagaan Persekutuan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Negeri-negeri Selat
Malayan Union
Persekutuan Tanah Melayu
Menuju Ke Arah Kemerdekaan
Menjelang Pembentukan Malaysia
Malaysia
Persekutuan
2. UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Pemerintahan Beraja
Agama Islam
Bahasa Melayu
Kedudukan Istimewa Orang Melayu
Peranan Unsur Tradisi
Kesimpulan
3. PARLIMEN MALAYSIA
Yang di-Pertuan Agong
Timbalan Yang di-Pertuan Agong
Majlis Raja-raja Melayu
Parlimen
Dewan Negara
Dewan Rakyat
Kelayakan Menjadi Ahli Dewan Parlimen
Mesyuarat Parlimen
Peraturan Parlimen
Cara Membuat Undang-undang
Rang Undang-undang Kewangan
Anggaran Pembangunan
Perhubungan Dewan Rakyat dengan Dewan Negara
Hak Keutamaan Parlimen
Jawatankuasa Parlimen
Jawatankuasa Dewan Rakyat
Ketinggian Parlimen
Erti Ketinggian Parlimen
Sejarah Ketinggian Parlimen
Hakikat Konsep Ketinggian Parlimen
Kedudukan Parlimen dalam Perlembagaan Malaysia
Perundangan Kecil (Subsidiary Legislation)
4. PEMERINTAH MALAYSIA
Pemerintah
Kerajaan di bawah Undang-Undang dan Kuasanya Tentang Hal Ehwal Luar Negeri
Tidak Ada Kuasa dan Melebihi Masa
Prinsip Keadilan Asasi
Melanggar Hak Seseorang Rakyat
Jenis Hukuman
Perwakilan Kerajaan
Peguam Negara dan Orang Awam
Kawalan Mahkamah Ke Atas Badan-badan Berkanun
Kuasa Hal Ehwal Luar Negeri
Tindakan Negara
Mengesahkan Triti
Kehakiman
Pelantikan Hakim
Kelayakan Menjadi Hakim
Kebebasan Kehakiman
Gaji Hakim
Mahkamah Rendah
Mahkamah Persekutuan
Rayuan kepada Majlis Privy
Pentadbiran
Ketua Setiausaha Negara
Badan Berkanun
Peguam Negara
Perkhidmatan Awam
Prinsip Berkecuali dalam Politik
Jenis Perkhidmatan Awam
Kelayakan dan Syarat-syarat Perkhidmatan
Suruhanjaya Persekutuan
Angkatan Bersenjata
Kesimpulan
Kewangan Negara
Hasil
Kumpulan Wang yang Disatukan
Perbelanjaan
Anggaran Biasa
Anggaran Pembangunan
Rang Undang-undang Perbekalan
Kelulusan Perbelanjaan Atas Akaun dan Atas Kredit
Anggaran Tambahan dan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan
Kawalan Perbendaharaan
Kumpulan Wang Luar Jangka
Kumpulan Wang Simpanan Negeri
Kumpulan Wang Berkanun atau Amanah Kerajaan
Akaun Wang Amanah
Juruaudit Negara
Jawatankuasa Akaun Wang Negara
5. PILIHAN RAYA MALAYSIA
Kenapa Diadakan Pilihan Raya
Badan Mentadbir Pilihan Raya
Kawasan Pilihan Raya
Calon
Pengundi
Daftar Pengundi
Bagaimana Pilihan Raya Dijalankan
Pilihan Raya Kerajaan Tempatan
Kebebasan dan Kebersihan Pilihan Raya
Kesalahan Pilihan Raya
Amalan Tidak Jujur
Wakil Pilihan Raya
Amalan Salah
Petisyen Pilihan Raya
Pelepasan daripada Akibat Kesalahan Amalan Tidak Jujur dan Amalan Salah
Melepaskan Diri daripada Kemungkinan Menghantar Penyata Pilihan Raya
Kesimpulan
6. PERLEMBAGAAN NEGERI
Raja dan Yang Dipertua Negeri
Pemerintahan
Badan Perundangan
Hal Ehwal Kewangan
Perhubungan Antara Persekutuan Dengan Negeri
Pembahagian Kuasa Membuat Undang-undang
Pembahagian Kuasa Pemerintahan
Hal Ehwal Tanah
Hal Ehwal Kewangan
Hasil Kerajaan Negeri
Pemberian Wang daripada Kerajaan Persekutuan
Pinjaman Wang
Perbelanjaan Wang
Hal Ehwal Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
Kedudukan Negeri-Negeri Borneo dalam Malaysia
Parlimen
Imigresen
Hal Ehwal Tanah
7. KERAJAAN TEMPATAN
Perbandaran
Bandar Raya Kuala Lumpur
Majlis Daerah Luar Bandar
Lembaga Bandaran dan Majlis Bandaran
Majlis Tempatan
Kewarganegaraan
Pendahuluan
Kepentingan
Kewarganegaraan di sisi Undang-undang Antarabangsa
Batasan dan Sekatan
Menyalahi Undang-undang Antarabangsa
Mengakui Undang-undang Kewarganegaraan yang Lain
Perhubungan yang Sebenar
Kewarganegaraan Malaysia
Faktor dan Cara-cara untuk Mendapat Kewarganegaraan Malaysia
Kewarganegaraan dengan Sebab Percantuman Negeri
Masukan (Naturalisation)
Pengeluaran Sijil Kewarganegaraan
Warga Negara Komanwel
8. HAK ASASI
Pendahuluan
Masalah Dari Segi Teori
Kebebasan Rakyat di England
Hak Asasi dan Hukum Undang-undang (Rule of Law)
Hak Asasi dalam Perlembagaan Bertulis
Guna atau Bahaya Hak Asasi
Hak Asasi dalam Perlembagaan Malaysia
Kebebasan Berkumpul
Kebebasan Menubuhkan Persatuan
Kebebasan Ekonomi
Pembezaan
Kesimpulan
Pelbagai Peruntukan Perlembagaan
Bahasa Kebangsaan
Hak Orang Melayu
Agama Islam Sebagai Agama Rasmi
Agama Islam dan Negeri
Agama Islam dan Kebebasan Agama-agama Lain
Pindaan Perlembagaan
Pindaan Perlembagaan dan Negeri-negeri Borneo
9. DARURAT
Darurat di Malaysia
Peristilahan Darurat dan Hasrat Perlembagaan
Tamat Darurat
Darurat dalam Perlembagaan Malaysia
Lampiran
Bibliografi
Indeks
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Anonymous (store manager) –
Anonymous (store manager) –