Out of stock

Siapa Yang Salah: Sekitar Revolusi Mental dan Peribadi Melayu

SYED HUSSEIN ALATAS (1928–2007) adalah bapa sosiologi Malaysia, pengasas Parti GERAKAN, dan bekas Naib Canselor Universiti Malaya sekitar tahun 1980-an.

DBP (Cetakan Pertama, 2015)
59 halaman

RM22.00

Out of stock

ISBN: 9789834609405 Product ID: 1969 Subject: Sub-subjects: , , , , ,

Syed Hussein Alatas menulis Siapa Yang Salah: Sekitar Revolusi Mental dan Peribadi Melayu untuk memberikan pandangan beliau terhadap beberapa pendapat yang terkandung dalam buku Revolusi Mental, sebuah buku parti UMNO yang telah diterbitkan pada tahun 1971. Walaupun Revolusi Mental telah muncul lebih daripada empat puluh tahun yang lalu, tetapi pendapat-pendapat yang dikemukakan di dalamnya membayangkan keadaan pemikiran setengah-setengah golongan intelegensia Malaysia zaman sekarang terhadap persoalan kemunduran masyarakat Melayu. Alatas bersetuju sebahagian daripada huraian Revolusi Mental, iaitu anjuran supaya masyarakat melayu mempunyai sifat-sifat yang baik dan yang membantunya memperbaiki masa depannya.

Manakala ada beberapa pendapat dalam buku Revolusi Mental yang tidak dipersetujui Alatas. Beliau tidak menerima pendapat mereka mengenai sebab utama masyarakat melayu mundur. Beliau juga mengkritik sikap mereka terhadap islam. Selain daripada itu, beliau berpendapat penulis-penulis Revolusi Mental tidak merujuk kepada usaha-usaha pemuka-pemuka Melayu yang sebelum Revolusi Mental telah membangkitkan soal kemunduran masyarakat Melayu. Maksud penulis menghidangkan ke khalayak ramai risalah ini, bukanlah demi pertelingkahan politik dengan parti UMNO. Penulis terpaksa menyebut parti UMNO kerana parti inilah yang menerbitkan buku Revolusi Mental. Jika buku ini diterbitkan oleh orang atau golongan lain, nescaya risalah ini juga akan terbit sebagai sambutan. Demikianlah penulis berharap semoga huraian-huraian beliau dalam risalah ini tidak dianggap sebagai permainan politik.

Soal kemajuan masyarakat Melayu tidak patut dijadikan permainan politik. Soal ini terlalu mustahak sifatnya dan memerlukan sikap sungguh-sungguh bagi menghadapinya. Penjelasan ini perlu mengingat peranan penulis pada masa lampau, baru-baru ini sebagai Ketua Kebangsaan Parti Gerakan Rakyat Malaysia dan Ahli Dewan Negara, semasa parti itu masih dalam keadaan membangkang. Sekarang ini, penulis tidak berparti politik lagi. Beliau sedang menumpukan perhatian dalam bidang ilmiah sahaja. Perhatian penulis berkenaan soal kemajuan masyarakat Melayu mulai bangkit pada tahun 1946, semasa beliau tinggal di rumah bapa saudaranya, Dato’ Onn bin Jaafar di Johor Bahru sewaktu tokoh tersebut menjadi pemimpin besar UMNO. Pada masa itu, penulis masih bersekolah di English College, Johor Bahru. Pada waktu malam, Dato’ Onn selalu membahaskan soal-soal kemajuan masyarakat Melayu Hal ini berlaku dalam tempoh dua tahun.

Allahyarham Dato’ Onn berpendapat bahawa yang menghalang kemajuan masyarakat Melayu ialah orang yang memegang tampuk pimpinan dalam masyarakat Melayu. Beliau tidak pernah merendahkan kebudayaan Melayu ataupun nilai-nilai hidup masyarakat Melayu. Beliau juga tidak pernah memperkecilkan rasa bangga masyarakat Melayu. Sebagaimana Sayid Jamaluddin al-Afghani berkata dalam sebuah risalahnya yang terbit pada tahun 1881 di Hyderabad, Deccan, salah satu sifat manusia yang penting sekali ialah sifat harga diri, sifat bangga terhadap kaum sendiri. Bukanlah sifat bangga yang merendahkan kaum-kaum lain. Menurut Sayid Jamaluddin kebanggaan terhadap kaum sendiri akan menimbulkan hasrat berlumba-lumba untuk mencapai segala kebaikan. Sebaliknya, jika sesuatu bangsa itu berasa rendah diri, ragu-ragu akan kelebihannya, bangsa itu akan mengalami penyakit lemah semangat, kurang usaha mencapai kebaikan, rendah kedudukannya, hidup dalam suasana melarat, terjajah dan terhina. Demikian pendapat Sayid Jamaluddin al-Afghani dalam risalahnya al-Radd ala al-Dahriyyin, terjemahan bahasa Arab daripada bahasa Farsi.

Bangga terhadap kaum sendiri tidak bererti buta terhadap kelemahan-kelemahan yang ada dalam kalangan sendiri. Contoh bagi kita ialah sikap Amir Shakib Arsalan dalam karangannya Mengapa Kaum Muslimin Mundur dan Mengapa Kaum Selain Mereka Maju? (Terjemahan Munawar Chalil, terbitan Bulan Bintang, Jakarta, 1967). Shakib Arsalan mendedahkan kelemahan-kelemahan umat Islam dewasa ini. Tetapi beliau menghargai kebudayaan Islam, agama Islam, dan keseluruhan umat Islam. Dengan kita menyerang kelemahan-kelemahan sendiri ini, tidak bererti kita seharusnya mesti merendahkan kebudayaan sendiri. Hal hi bergantung pada sifat kebudayaan itu. Jika mutu dan nilainya tinggi, maka kebudayaan itu tidak patut direndahkan atau diburuk-burukkan.

Kebudayaan Melayu berdasarkan nilai-nilai yang beradab dan bersifat kemajuan. Keburukan-keburukan yang terjadi adalah penyelewengan semata-mata yang terdapat di seluruh masyarakat dunia. Umpamanya, jika terdapat seorang Melayu malas, ini tidak bererti kebudayaan Melayu mengutamakan unsur malas. Pada hakikatnya ialah kebudayaan Melayu menganjurkan unsur rajin. Demikian juga jika ada beberapa orang Melayu yang terganggu fikirannya, mengamuk, membunuh beberapa orang, mata gelap, ini tidak bererti bahawa sifat mengamuk itu merupakan bahagian utama (basic part) daripada watak Melayu. Hal inilah yang dinyatakan oleh Dr. Mahathir dalam bukunya The Malay Dilemma. Sifat mengamuk dianggap oleh Dr. Mahathir sebagai salah satu sendi dasar peribadi Melayu.

Buku Dr. Mahathir The Malay Dilemma ini, sebagaimana juga buku Revolusi Mental akan mengelirukan pembaca tentang peribadi Melayu. Kedua-duanya merendahkan peribadi dan kebudayaan Melayu, walaupun ini mungkin tidak dituju oleh pengarang-pengarangnya. Dalam Siapa Yang Salah: Sekitar Revolusi Mental dan Peribadi Melayu, Alatas bahaskan buku Revolusi Mental.

Weight0.16 kg
Dimensions22.7 × 15.3 × 0.7 cm
Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 2 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  2. Fitri Jalil (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Biarkan Buta: Sekitar Perbahasan Ilmiah Derma Kornea Mata

    Biarkan Buta: Sekitar Perbahasan Ilmiah Derma Kornea Mata

    RM25.00
  • Cover Not Available
    Out of stock

    Kita dengan Islam; Tumbuh Tiada Berbuah

    RM28.00
  • Intelektual Masyarakat Membangun
    Out of stock

    Intelektual Masyarakat Membangun

    RM18.00