Out of stock

Sejarah Falsafah

AHMAD SUNAWARI LONG adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Edisi Kedua, 2021)
262 halaman termasuk Rujukan

RM35.00

Out of stock

ISBN: 9789679428698 Product ID: 2076 Subject: Sub-subjects: ,

Sejarah Falsafah merupakan karya pengantar bidang falsafah yang ditulis dalam Bahasa Melayu, dengan berobjektifkan sebagai bahan bacaan tambahan dalam bidang yang dimonopoli bahasa Inggeris. Falsafah adalah gabungan dua perkataan Greek, iaitu philein dan Sophos yang bermaksud menyintai dan hikmah. Menurut Plato falsafah adalah kajian terhadap sesuatu yang benar, baik dan cantik. Aristotle pula mendefinisikan falsafah sebagai kajian mengenai hakikat zat sesuatu dan penyebab utama. Pengertian falsafah yang dikaitkan oleh Aristotle dengan setiap bidang kehidupan menunjukkan bahawa falsafah adalah sesuatu ilmu yang cuba memahami hakikat ketuhanan (metafizik), struktur dunia fizikal, tujuan kehidupan manusia dan hubungannya dengan alam. Manakala al-Kindi, seorang falsafah Islam mendefinisikan falsafah sebagai suatu ilmu mengenai hakikat sesuatu (Tuhan) yang berada dalam kemampuan manusia untuk menanggapinya. Dalam al-Quran juga membicarakan persoalan ketuhanan, roh, hubungan antara kedua-duanya, baik dan buruk, kebebasan memilih dan kehidupan selepas mati. Falsafah mempunyai bidang kajian yang begitu luas serta mencakup keseluruhan bidang kehidupan manusia. Maksud sebenar hikmah yang diketengahkan dalam falsafah lebih terserlah kerana ia sebenarnya merangkumi beberapa komponen atau subjek utama, iaitu masalah, sikap, metodologi, aktiviti, kesimpulan dan kesan falsafah.

Tiga dorongan utama penulis dalam penulisan bidang falsafah ialah pertama, mengetepikan fobia kebanyakan ahli masyarakat terhadap falsafah yang menganggapnya sebagai subjek yang sukar dan membuang masa. Kedua, memudahkan para pembaca memahami aspek falsafah sama ada dari segi sejarah atau teori. Ketiga, mengatasi kekurangan bahan bacaan tentang falsafah dalam bahasa Melayu. Dorongan pertama lahir daripada pengalaman penulis yang mendapati sebahagian daripada mereka yang mula berjinak dengan falsafah menganggapnya sebagai subjek yang sukar untuk difahami. Mereka menganggap untuk memahami falsafah memerlukan imaginasi yang tinggi, kebolehan menggunakan logik dan kekuatan bahasa terutama bahasa Inggeris. Di samping itu, terdapat sebahagian daripada ahli masyarakat, termasuk kalangan ahli akademik yang menyifatkan falsafah sebagai sampah dan tidak boleh mengenyangkan perut. Bahkan lebih daripada itu terdapat mereka yang menganggapnya sebagai inovasi dalam agama yang wajib diketepikan bagi mengelak kesesatan akidah.

Bagi dorongan kedua, penulis akur dengan hakikat bahawa terdapat bahagian tertentu dalam falsafah yang sukar difahami seperti metafizik. Itu sifat semula jadi setiap subjek termasuk falsafah. Namun ini tidak bermakna tiada jalan untuk memahaminya. Jika pendekatan yang sesuai digunakan bermula daripada peringkat pengenalan difahami secara jelas, maka tidak mustahil untuk menggarap falsafah dengan baik. Ini adalah cara yang ditonjolkan oleh Plato dalam teori Cave atau Garisan Pembahaginya menjelaskan perlunya proses pemeringkatan dalam kefahaman falsafah. Atas semangat Plato inilah, maka penulis mengetengahkan falsafah dalam bentuk pengenalan yang dirasakan sesuai dengan tahap pembelajaran falsafah di Malaysia yang masih muda.

Dorongan ketiga pula ialah untuk menambah bahan bacaan yang terhad dalam bahasa Melayu. Kebanyakan bahan bacaan yang ada adalah dalam bahasa Inggeris kerana monopoli dan dominasi bahasa tersebut dalam perkembangan falsafah di Barat bermula selepas Zaman Pertengahan sehingga zaman kontemporari. Sehingga kini, perbincangan falsafah menggunakan bahasa tersebut sebagai medium dalam pelbagai jenis jurnal, persatuan falsafah dan ratusan ribu buku. Bahan dalam bahasa Melayu kebanyakannya adalah terjemahan daripada bahasa Inggeris. Walaupun terdapat buku dalam bahasa Indonesia, 1a juga adalah terjemahan daripada bahasa Inggeris yang sukar untuk difahami.

Ketiga-tiga dorongan itu merupakan secebis usaha dan sumbangan akademik terhadap perkembangan falsafah di Malaysia. Sehingga kini, kedudukan falsafah di Malaysia adalah tidak jelas. Berbanding di Barat, kita tidak boleh menamakan sifat falsafah Malaysia yang sebenar sebagai falsafah rasionalisme, empirisme atau sebagainya. Kita juga tidak mempunyai tokoh falsafah agung seperti Plato, Ibn Sina atau Rousseau; atau karya masterpiece seperti Novum Organum, The Republic atau Eudaimonian Ethics yang boleh dianggap sebagai falsafah.

Prakata

1. Latar Belakang Falsafah
2. Pengkajian dalam Falsafah
3. Perkembangan Falsafah Zaman Pra-Socrates-Neoplatonisme
4. Perkembangan Falsafah Abad Pertengahan-Moden
5. Metafizik
6. Epistemologi
7. Falsafah Etika
8. Falsafah Politik
9. Falsafah Agama
10. Falsafah Islam

Glosari
Rujukan

Weight0.39 kg
Dimensions22.8 × 14 × 1.3 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 2 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. JAHWARHAR IZAT AMIER (Verified Reader)

    (0) (0)
  2. AHMAD YUSOP KAMIS (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.